Aira memarkir kereta Myvi hitam kesayangannya itu di tempat letak kereta Black Cap Records.
Dia sebenarnya sedikit geram dengan Nurul sebab tak bagitahu awal-awal nak suruh jumpa kat sini. Bila dia dah siap-siap semua barulah dia sedar mesej dari Nurul.
Nasib baik baju yang dipakainya boleh dikatakan sesuailah juga. Blouse cutting kimono berwarna ungu lavender dipakai dengan palazzo putih dan tudung bawal satin berona ungu gelap.
Aira melihat di sebelahnya. Kereta BMW i8 hitam yang baru saja diparkir di sebelahnya itu memang sangat menarik perhatian.
'Wow,lawa giler kereta dia!'
Aira sedikit teruja.
Dia lantas keluar dan mengunci pintu kereta. Sebelum memulakan langkahnya,Airameletakkan handbagnya ke atas kereta lalu memeriksa biasan dirinya di tingkap kereta.
Bawalnya dibetulkan sedikit biar nampak kemas. Bunyi pintu kereta ditutup tak dihiraukannya. Padahal dalam hati,bukan main lagi nak tahu siapa empunya kereta.
"Wah,look who we got here!!!" Aira menjeling matanya. Bagai nak terkeluar. Nafas dihembus berat.
"Kenapalah dalam sebesar alam ni, aku kena jumpa kau?!" Aira mengambil handbagnya lalu mengangkat kaki. Nak beredar dari situ cepat-cepat. Sempat dia jeling lagi sekali pada lelaki itu yang cuma tersengih jahat.
"Eh...sabar dulu,my dear."
Serentak itu, pinggang rampingnya dirangkul Henry. Sekelip mata badannya ditarik lalu disandarkan pada kereta BMW milik lelaki itu.
Nafasnya turun naik kerana berdebar. Takut juga kalau ada orang nampak.
"Kau, siaplah nanti. Kau ingat ni,eh? Henry got what he wants! By hook or by crook! And I'm a man of my words!" Jarak wajah dia dan Aira cuma seinci. Dahi mereka bagaikan berlaga satu sama lain.
"Aku tak takut dengan kau!" Aira tegas.
' Apa?! Ingat aku takut dengan orang berlagak macam kau ni?!"
Sangatlah tidak! A big NO!
Henry mengalihkan wajahnya ke telinga kanan Aira.
"Kau akan dapat balasan sebab lantang sangat dengan aku!" Suaranya tegas walaupun berbisik.
"Ehem...ehem..." Suara Nurul menyentak mereka berdua. Automatik Aira menolak kasar badan lelaki itu untuk mencipta jarak.
"Mmm...boleh kita masuk ke dalam sekarang,Henry? Cik Aira?" Nurul senyum tipis.
Henry melangkah segera meninggalkan Nurul dan Aira di belakangnya.
"Kau hati-hati sikit Aira dengan Henry tu! Aku takutlah dia apa-apakan kau nanti." Nurul sempat berbisik. Takut kalau Henry terdengar dan syak apa-apa.
"Don't worry la." Aira buat muka selamba. Buat apa nak takut dengan orang sombong macam tu,kan?
🔥 🔥 🔥 🔥 🔥 🔥 🔥 🔥
"Cik Aira, terima kasih sebab beri kerjasama pada syarikat kami. Kami harap lepas sidang media yang akan datang ni akan selesaikan kontroversi kamu berdua."
Nurul berjabat tangan dengan Aira. Wanita berambut panjang paras bahu itu diberi senyuman manis.
' Hebat lakonan kau ignore aku,ya?'
Nak tergelak juga sebab dia terpaksa berlakon tak kenal dengan Nurul sepanjang satu jam lebih 'perbicaraan' ini. Akhirnya, dia setuju aje untuk minta maaf dalam satu sidang media.
Kata Nurul, baik tutup saja kes ini daripada dibiarkan terus hangat diperkatakan masyarakat awam. Tapi itulah, sidang media tu belum ada tarikh tetap sebab minggu depan lelaki berlagak tu ada event di Singapura.
Aira masih belum diberitahu tarikh sebenar.
"Kalau macam tu saya minta diri dululah,ya? Aira sikit pun tak pandang pada Henry di sebelahnya. Mamat tu langsung tak fokus masa Nurul bercakap. Dasar kepala batu! Nak orang ikut dia je selalu.
Aira melangkah keluar dari bangunan 3 tingkat Black Cap Records. Dia berlari-lari ke keretanya memandangkan hujan dah mula membasahi bumi.
Mujurlah tadi dia ada tengok ramalan cuaca dan dah bawa payung.
Masuk saja dalam kereta, Aira mula menghidupkan enjin kereta Myvi berjasanya itu.
"Come on, darling... Hiduplah untuk I. Takkan nak suruh I duduk kat sini lama-lama..." Aira mula gelabah bila Myvinya tak mahu hiduplah pulak. Mampuslah... Dah lah kat sebelah tu..hmmm tau tau je la sape.
Aira fikir dua tiga kali jugak nak keluar ke tak.
First,aku memang tak pandai baiki.
Second,kat luar dah hujan lebat.
Third, aku nak balik sebelum mamat tu keluar!'
Aira memandang sekelilingnya. Cuma ada kereta yang diparkir. Langsung tak nampak ada manusia lalu. Dia pula tak ada nombor...Pian!
Baru dia teringat dia boleh call Pian.
Segera telefonnya dikeluarkan dari handbag. Nombor Sufian didail. Namun, hampa. Sufian tak angkat pulak panggilannya.
"Hish,kau ni Pian. Masa-masa macam nilah kau tak nak angkat call!"
Tok! Tok! Tok!
Aira tersentak bila cermin tingkapnya diketuk dari luar.
Terkejut beruk jugaklah bila tengok siapa yang ketuk tingkapnya.
"Apa kau nak lagi ni?!" Aira segera turunkan tingkap bila Henry buat isyarat macam tu.
"Apa?" Aira bertanya terus. Serabut ajelah.
"Kenapa kau tak gerak lagi dari tadi?" Rasanya dah agak lama Aira berada di sini. Lepas meeting tadi kat dalam, gadis ini terus blah. Dia pula,sambung sikit kerja kat dalam sana. Keluar-keluar je, Aira masih ada di sini?
Aira meletakkan phonenya ke dalam handbag semula. Mamat di luar tak dihiraukannya. Geram betul dengan Pian sebab tak angkat call.
"Kau sibuk apa hal aku?!"
Tengok pada muka stress Aira dan enjin kereta yang masih belum dihidupkan, dia rasa kereta minah ni dah rosak.
Terus dia tersengih sedikit. Plannya akan bermula sekarang!
"Kereta kau rosak,ek?" Henry masih setia dengan payung di tangannya. Demi 'Evil Plan', aku sanggup berhujan dan berpanas.
"Kau sibuk kenapa?!" Aira pandang ke depan. Sikit pun tak nak tengok muka yang boleh mendatangkan sakit di hati. Menyampah!
"Kalau rosak,aku boleh tolong. Panggilkan orang repair. Tu pun kalau hujan berhenti..." Henry pandang sekeliling. Sejuk pulak siak duk kat luar ni lama-lama.
Aira rasa teruja sebab ada yang nak tolong. Tapi cepat dia tepis sebab orang tu ialah Henry!
"Cepatlah...naik kereta aku dulu. Biar aku hantar kau. Esok baru call orang repair tu." Tanpa segan silu,Henry buka pintu kereta Aira.
'Heh,budak ni memang memudahkan kerja aku sebab tak kunci pintu.' Henry sengih lagi. Dalam benaknya ligat memikirkan plannya untuk Aira nanti.
YOU ARE READING
What About Revenge [✔]
Romance[COMPLETED/ IN EDITING PROCESS] previous title; My Bad Bad Boy Rare tak rare kejadian hidup Aira Damia. Dia seorang yang tak minat hip hop boleh pulak terserempak dengan kumpulan hip hop terkenal Malaysia. Terserempak cara luar biasa. Sampaikan t...