Aira menyanyi kecil sambil mengeringkan rambutnya yang masih basah di hadapan cermin. Tadi dia baru saja selesai mandi. Hari ni,Henry akan balik dari Singapura. Jadi,dia cadang untuk masak makan malam.
Sangkanya hari tu, Henry langsung tak tinggalkan apa apa bekalan untuk di makan. Naik geram juga dia hari tu. Dengan keretanya tak ada. Haih...
Tapi nasib baik keesokan paginya ada pekerja dia yang hantarkan barang-barang dapur. Fuh,selamat keadaan.
Aira melangkah ke almari pakaiannya. Baju pajama berwarna putih dengan corak bunga ros merah itu ditarik keluar.
Selama empat hari dia menjadi "tukang tanam anggur",dia punya lebih masa untuk dirinya sendiri. Pagi , bangun tidur aje dia akan work out dulu dan sarapan. Lepas tu barulah buat kerja rumah.
Alah,kat rumah Henry ni pun bukannya banyak kerja sangat. Tengah hari sampai petang dia tengok movie aje.
'Macam seronoklah pulak hari-hari tak ada kerja nak kena buat.'
Kadang-kadang hati jahatnya ada juga terfikir perkara seperti itu. Tapi,siapa cakap dia tak rindu nak mengajar balik?
Selesai menyarungkan baju pada badan,Aira bentang sejadah lalu sarung kain telekung. Dia nak solat maghrib dulu sebelum turun ke dapur untuk masak.
Selesai menunaikan solat,Aira menadah tangan memohon doa pada Ilahi agar dosanya diampunkan. Dia juga berdoa agar abah menerimanya semula.
Aamiin.
Aira menyeka air matanya yang sedikit mengalir. Memang dia tak kuat hadapi semua ini, tapi dia juga tak boleh putus asa dalam berdoa agar semuanya akan kembali seperti sedia kala.
Sebelum keluar,dia sempat selempangkan shawl hitam miliknya ke bahu kiri dan kanan. Ya lah,mana tahu mamat king control tu balik awal pulak,kan?
Ketika Aira menuruni anak tangga,dia terdengar bunyi pintu dibuka dari luar. Dia jadi sedikit teruja.
"Dah balik ke?" Aira bisik pada dirinya.
Namun bila langkahnya semakin dekat dengan lantai bawah, telinganya menangkap bunyi seperti Henry sedang bergelak ketawa dengan seorang perempuan lain. Hatinya tiba-tiba berdebar. Dia harap sangkaannya salah.
Aira hanya mampu mengalirkan air mata bila matanya menyaksikan adegan keji dua manusia di ruang tamu itu. Mujur saja mereka tak sedar akan kehadirannya. Aira menekup mulutnya. Takut jika esakannya kedengaran.
Langkahnya diatur laju ke bilik tidurnya semula. Dia menangis bukan kerana dia mencintai Henry atau punya perasaan pada lelaki itu tapi dia menangis kerana dia tak sangka ada juga manusia yang tak tahu malu seperti itu.
Dan yang paling dia kecewa,dia tinggal sebumbung dengan manusia yang tak kenal agama seperti Henry! Masuk saja ke dalam biliknya,Aira terus menghempaskan pintu lalu dikunci.
'I really need someone right now! I thought he could help me but I was wrong! Very wrong indeed!' Hatinya meraung.
"Kalau dia tak boleh tolong diri dia sendiri,macam mana dia nak tolong aku?!" Aira hampir putus asa. Harapannya untuk mengharapkan lelaki yang kini bergelar suaminya menjadi tempat dia bergantung harap kini musnah.
Baru dia tahu selama ini,kontroversi yang melanda Henry bukanlah rekaan netizen. Semuanya betul. Dia dah nampak. Buktinya, Henry seronok meraba perempuan mana entah sana sini siap bercumbu bagai.
"Selama ni,aku bukan main nafikan semua tu sebab nak husnuzin dengan kau! Aarrgghh,aku jijik dengan kau!"
Aira menyeka air matanya. Telefonnya dicapai dari meja sisi katil tanpa tujuan. Pada siapa dia perlu meluahkan rasa.
YOU ARE READING
What About Revenge [✔]
Romance[COMPLETED/ IN EDITING PROCESS] previous title; My Bad Bad Boy Rare tak rare kejadian hidup Aira Damia. Dia seorang yang tak minat hip hop boleh pulak terserempak dengan kumpulan hip hop terkenal Malaysia. Terserempak cara luar biasa. Sampaikan t...