~BAB 7~

487 18 0
                                    


Aira membetulkan tudung shawl yang melilit kepalanya. Pantulannya yang memakai baju kurung material english cotton dengan corang bunga halus berona pastel itu ditilik buat kali terakhir.

Jam dah menunjukkan pukul 6:30 pagi. Hari ini,dia harus mengambil pengangkutan awam ke sekolah. Maklumlah, kereta Myvi kesayangannya dah tersadai di tempat parkir Black Cap Records.

Sebelum keluar,Aira cek senarai 'to do list'nya sepintas lalu.

Sarapan,dah.

Jemur baju,dah.

Ambil barang laptop dan barang sekolah,dah.

Setelah itu,Aira menutup suis kipas dan lampu lalu keluar dari biliknya. Pintu bilik ditutup perlahan. Takut singa kat dalam bilik sebelah tu terbangun pulak.

"Tadi aku dah kejutkan kau subuh,dosa atas aku dah lepas. Okey?" Aira teringat kembali saat dia mengejutkan lelaki itu bangun untuk solat. Memang payah!

"Lantak pi lah hang!"

Sebelum melangkah keluar dari rumahnya,Aira sempat meninggalkan nota di atas meja kopi.

Henry,
Saya pergi kerja dulu. Bawah tudung saji saya dah siapkan sarapan untuk awak. Apa-apa awak boleh call saya.
019-6233436

~~~   

Aira melepaskan lelah di meja kerjanya.

'Fuh nasib sempat sampai.'

Naik grab ke tempat kerjanya memanglah tak susah mana. Tapi mesej dari Puan Zainun,guru besar sekolahnya mengatakan yang dia ada perkara penting untuk berbincang  dengannya buat dia rasa tak sedap hati.

Aira memang berdebar sakan lepas baca mesej WhatsApp tu. Dia takut kalau sesuatu berlaku pada kerjayanya. Dia tahu tindakannya hari itu salah.

Aira mengerling jam di tangan. Dah hampir pukul 7:30 pagi. Aira buat keputusan untuk ke bilik guru besar yang terletak di tingkat atas bangunan pentadbiran sekolahnya,SK Petaling Jaya.

Setiap langkahnya diisi dengan zikir,selawat dan doa agar semuanya selamat. Sedar tak sedar,dia sekarang sudah berada di hadapan pintu bilik Puan Zainun.

Tangan kanannya mengetuk pintu kayu itu sebanyak tiga kali. Salam diberi lalu pintu dikuak. Terpampang wajah seorang wanita bertudung litup berusia dalam lingkungan lewat 40-an. Aira pamer wajah dengan senyuman nipis.

"Waalaikumussalam,Cik Aira. Have a seat."

Aira lekas duduk seperti yang diarahkan. Dalam hati ini,tak usah cakaplah. Berdebar tahap dewa!

"Cik tahu kenapa cik dipanggil ke sini pagi-pagi?" Puan Zainun bertanya tegas. Cermin mata yang dah melurut sedikit dibetulkan letaknya.

"Tak, tak tahu,puan." Aira sedikit menunduk. Walhal,dia dah dapat agak akan perkara yang ingin dibincangkan tu.

"Baiklah kalau macam tu... Biar saya yang ingatkan Cik Aira." Puan Zainun bangun lalu berjalan mundar-mandir di belakang Aira.

"Cik Aira Damia, dua hari lepas Cik Aira dah merosakkan imej sebagai seorang pendidik kepada anak bangsa kita! Cik Aira sedar tak tindakan cik bergaduh dengan seorang penyanyi tu dah menyusahkan ramai pihak?!" Suara Puan Zainun naik seoktaf. Aira jadi tersentak. Aira mata yang hampir gugur diseka cepat-cepat.

"Maaf,puan. Saya tahu saya salah."

"Memang awak salah! Pihak PPD dah berapa kali telefon saya untuk suruh lucut jawatan awak sebagai guru kerajaan. Tapi saya tetap mohon pada mereka supaya awak hanya digantung tugas..." Puan Zainun diam sejenak.

"Tapi itu lah,siapa saya nak membangkang pihak atasan keras-keras. Mereka tetap nak awak berhenti jadi guru di sekolah ni atau mana-mana sekolah sekali pun!" Aira tersentak. Dia bukannya bunuh orang.

"Tapi puan, kesalahan saya bukan sebesar tu sampai nak pecat saya. Selama ni saya dah banyak berjasa pada sekolah..."

"Memang betul tu,Cik Aira. Saya tak nafikan sejak awak masuk ke sini tahun lepas, murid-murid yang awak pegang semua menunjukkan peningkatan. Tapi saya jugak tak boleh nafikan tindakan awak hari tu sememangnya salah." Puan Zainun kembali duduk di kerusinya. Dia memandang tepat ke arah Aira yamg sedang tertunduk.

"Baiklah,puan. Kalau itu yang pegawai atasan mahu,siapa saya untuk kata tidak. Saya faham. Terima kasih atas semuanya,puan." Aira berura-ura untuk keluar.

"Wait,Aira... Saya tak mahu anak murid awak nanti tertanya-tanya kenapa awak dah tak mengajar mereka. Jadi saya nak awak buat ucapan khas nanti masa perhimpunan. Awak faham,kan?"

Aira mengangguk kecil lalu bersalaman dengan Puan Zainun. Berat sungguh hatinya untuk meninggalkan sekolah pertamanya ini. Dan kini SK Petaling Jaya ini juga menjadi sekolah terakhirnya.

✨   ✨   ✨   ✨   ✨   ✨   ✨   ✨

"Kau betul ni,tak nak suruh aku angkat barang-barang kau ni?" Soal Sufian ikhlas nak tolong Aira.

Sebelum waktu rehat tengah hari Aira menelefonnya. Katanya suruh datang ambil dekat sekolahnya cepat. Ingatkan kenapa. Tapi bila dah nampak Aira bawa kotak besar tu,fahamlah dia.

"Tak apalah,Pian. Aku boleh angkat sendiri. Lagipun bukan berat sangat. Ni,kau jangan bagitahu abah dengan ibu aku pasal ni,ek?" Aira terus tutup pintu kereta.

Namun Sufian cepat-cepat keluar dari kereta lalu mendapatkan Aira yang baru melangkah.

"Aira,kejap! Kau ni,macam ada sembunyikan sesuatu dari aku. Kau tak nak share ke?"

"Pian,please... Aku tak ada mood ni. Nanti bila aku dah okey sikit aku akan bagitahu kau,okey? Terima kasih tolong aku tadi. Lagi satu,kalau kau balik kampung tolong jangan sebut pun nama aku." Aira terus melangkah ke lif meninggalkan Sufian di belakang.

Sufiam yang menghantar Aira dengan pandangan mata itu, sesekali menggaru kepalanya yang tak gatal. Otaknya sibuk memikirkan asbab Aira kelihatan moody dan putus asa. Macam kalah judi pun ada.

"Mungkin sebab kena buang kerja kut..." Sufian buat spekulasi sendiri. Kakinya diatur ke arah keretanya semula. Mungkin Aira perlukan sedikit masa bersendirian. Itu yang dia rasakan.

 Itu yang dia rasakan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


What About Revenge [✔]Where stories live. Discover now