~BAB 2~

596 18 0
                                    


Aira menghempas punggung ke atas sofa ruang tamu rumahnya. Marahnya dengan lelaki pelik itu masih tak reda-reda lagi. Bila teringatkan Sufian,dia rasa kesian pula sebab dah tinggal macam tu aje. Tapi, lantaklah! Barannya ni masa tak reda lagi,tau?!

'Dahlah berpakaian pelik! Perangai tu tak payah cakaplah! Kalau jumpa dek abah memang makan rotanlah jawabnya kalau pakai macam tu depan dia!' Getus hatinya yang masih panas. Rasa nak rotan-rotan mamat kepoh tu dengan rotan abah.

Lama Aira merehatkan dirinya di atas sofa. Dia kemudian sedar yang solat zuhurnya masih belum tertunai. Lantas dia ke bilik untuk membersihkan diri dan bersolat.

😬   😬   😬   😬   😬   😬   😬   😬

Aira menghidangkan kuah tomyam yang baru dimasaknya tadi ke atas meja makan. Menunya hari ini dan esok ialah tom yam campur. Kenapa hari ini dan esok? Sebab dia memang tak kisah lauk sama pun. Baginya, lagi senang macam tu memandangkan dia pun selalu sibuk dengan aktiviti sekolah.

Walaupun dia duduk seorang diri,dia tetap masak macam biasa. Tak suka bungkus kedai punya. Lagipun dia dah biasa masak untuknya dan Nurul dulu.

Baru saja dia nak menyuap nasi ke mulut, telefon pintarnya berdering minta diangkat.

'Nurul'

Tertera nama bekas teman serumahnya itu pada skrin telefon itu.

'Aik,kenapa pulak ni?'

"Hello,Assalamualaikum,Rul? Ke..."

Belum sempat dia bertanya tujuan kawannya itu menelefon pada waktu sebegini,Nurul dan potong awal-awal lagi

"Aira! Kau buat apa ni? Kau memang cari nahaslah..." Nurul mengeluh di hujung talian sana. Aira keliru.

"Apa kau cakap ni? Aku tak fahamlah. Cuba cakap betul-betul." Aira cuba hadam satu-satu situasi sebenar.

"Kau memang cari nahaslah,Aira. Kau tak tahu lagi Henry tu macam mana."

"Eh,jap. Henry? Henry mana ni?" Bila otaknya dah ingat kembali nama itu dia melopongkan mulut.

"What?! What've i done?!"

"Kau tanya aku pulak. Kau tahu tak dia tu artis bawah syarikat aku kerja tu? Sekarang ni dia suruh failkan saman. And kau tahu tak kenapa dia nak saman kau?"

"What the heck nak saman aku?!" Marah Aira. Nurul menjadi mangsanya.

"Hish,kau ni! Kau sedar tak kau gaduh tu kat tempat public Teacher Aira Damia woi... Dah sah-sahlah ramai paparazzi tak bertauliah!"

"Oh, damn it!" Habislah dia nanti!

"Aku letak dulu. Nanti aku send kau link video tu."

"Hah okey okey." Aira segera memutuskan panggilan tadi.

Selang beberapa minit, mesej daripada Nurul diterimanya. Satu link Youtube ditekan. Dia menonton video itu.

Memang jelas nampak mukanya. Memang tak boleh nak nafi lagi dah. Ruang deskripsi video itu dibaca.

Mencecah seratus ribu tontonan!

Alamak!

"Insiden Henry dari kumpulan The Shouts bergaduh dengan seorang perempuan yang dipercayai melanggarnya dengan tak sengaja.

Ahli kumpulan hip hop yang semakin terkenal itu dipercayai berang setelah wanita itu tidak mengaku silapnya. Dikatakan kejadian ini berlaku di Sunway Pyramid."

"What?! Mana aci! Macam nak salahkn aku sorang aje?!"

Aira ke ruangan komen.

"Tapi bukan ke memang salah aku?"

Apa yang susah sangat nak mengaku salah ni,Aira?

"Amboi,yang komen pun. Bukan main lagi mengata aku mengejar publisiti. Aku ke mamat pelik tu?!"

Aira ralit membaca ruangan komen itu sehinggalah panggilan dari Nurul mengganggu konsentrasinya.

"Hah,apa lagi?" Aira tak ada mood nak cakap banyak.

"Aira! Dah trending nombor 1 in Youtube! Dia nak suruh aku jumpa kau esok ni. Macam mana?"

"Hish! Kau bagitahu ke kau kenal aku?" Aira mula bimbang. Lagi bimbang kalau pihak pendidikan tahu. Dia boleh digantung tugas kerana merosakkan imej seorang guru.

"Tak. Aku takut nanti dia lagi berani nak apa-apakan kau."

"Habis,apa aku nak kena buat ni?" Separuh hatinya tak ikhlas kalau kena minta maaf dengan manusia spesies itu. Bad bad boy! Urghh!!!

"Sebab aku yang akan uruskan kes ni,apa kata kita jumpa esok secara formal. Then,baru kita bincang."

"Hah,okeylah. Nanti kau bagi alamat kat mana nak jumpa."

Panggilan diputuskan. Hilang selera makannya malam itu.

Dia duduk di sofa ruang tamu. Tangannya ligat mencari maklumat tentang Henry, The Shouts itu.

Perasaannya bercampur-baur sekarang. Takut. Marah. Geram. Macam-macamlah.

Dia mulakan dengan mencari profil penuh lelaki itu.

Nama lelaki itu dibaca separa berbisik.

"Rizqisyah Henry bin McCann Abdullah? Huish nama. Kemain lagi lawa. Perangai ya ampun."

' Tapi ingatkan bukan Islam.' Sambung hatinya lagi.

Pencariannya diteruskan. Dia mula mengkaji latar belakang Henry. Asal Selangor. Okey...

Umur 28 tahun.

' Hmm,tua dari aku tapi macam perangai baru habis sekolah rendah!' Kutuk hatinya.

"Wow,banyak betul kontroversi kau ni kan?! Baru je naik nama dua tahun lepas dah berapa banyak kontroversi kau buat."

Aira scroll lagi dan lagi. Habis dibacanya artikel itu dari atas sampai bawah.

"Memang tak boleh pakai perangai kau ni!" Aira tak puas lagi mengutuk lelaki itu.

Dari kontroversi bergaduh di tempat awam dah berapa kali sampailah gelaran "ikon playboy Malaysia" menjadi milik lelaki itu.

Memang out of my league betul!

Memang out of my league betul!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


What About Revenge [✔]Where stories live. Discover now