~BAB 27~

358 26 12
                                    

"Bad boys ain't no good but good boys ain't no fun."

Henry menepuk bantal kekabu usang yang menjadi peneman tidurnya selama dia di sini. Kata Ustaz Husni,guru akidah di sini, kalau nak bangun awal subuh kena tepuk bantal. Minta doa dengan Allah supaya malaikat yang menjaga kita tu kejutkan.

"Bang...pstt...Bang..."

'Dah mula dah budak ni...' Henry jeling ke arah budak katil atas.

"Dah lewat malam ni mulalah nak ajak sembang itu ini. Siang tadi sombong!"

Henry dah tahu sangat dah si Fahrin ni. Dari hari pertama masuk sini dah peramah terlajak. Nasib baik dia tak terlajak bagi penyepak. Serabut jugak!

"Bang... Story lah bang. Cam biasa..." Fahrin menghulur kepalanya jeluar dari palang katil untuk memandang Henry di bawah.

Ustaz cakap,adab bercakap dengan orang kena pandang muka. Haa...ni nak praktikkanlah ni.

"Ah,tak ada maknanya! Sejak aku masuk sini,asyik tidur lewat je. Semua sebab kau. Orang lain nak tidur,kau nak jaga. Dah,pergi tidur!" Henry tonyoh muka Fahrin manja. Rasakan!

"Alah,bang... Tapi kan bang? Abang cakap,abang cari isteri abang tu,kan?" Fahrin menunggu jawapan dari Henry yang dah meletakkan kepala ke bantal.

"Haah. Kenapa kau tanya?"

"Abang tak ada phone,kat sini pun tak ada akses,macam mana nak cari?" Fahrin mengerutkan dahinya.

"Hah,tulah engkau... Tak tahu." Henry mengangkat kening tanda bangga.

"Abang ada bawak. Cuma tak selalu lah bukak. Nanti budak-budak kat sini kata Mudir layan abang tak sama macam yang lain."

"Maknanya,selama setahun ni... Abang ada phone lah ye?! Kat mana abang simpan?"

Fahrin memang teruja sangat nak tahu ni. Bukan apa... Pelajar kat sini,memang boleh bawa phone. Tapi tak bolehlah bawa yang canggih-canggih tu. Tu pun,mualim kat sini yang pegang. Hari Jumaat baru diorang kasi guna.

"Yelah... Selama ni abang pergi jumpa Ustaz Afif tu,sebab nak guna phone abang lah."

Kan dah cakap,Fahrin ni penyimpan rahsia terbesar dia kat sini. Dengan Ustaz Musa boleh lagi nak simpan,tapi kalau dengan Fahrin ni memang jadi auto terkeluar semua. Hehehehe...

"Huish,bang! Jadi selama ni, baik dengan Ustaz Afif bersebab ya?"

"Mana ada! Abang kawan dengan dia fillah tau. Abadan abada!"

Acehwah... Sejak masuk sekolah agama ni,belajar bahasa arab. Kemain lagi! Abadan abada!

"Orang gurau je,bang!" Fahrin sengih macam kerang busuk. Kepala masih setia di luar palang walaupun lenguh.

"Habis bang... Apa cer bini abang tu?"

Haih,Fahrin ni... Memang pak cik bawang betul! Ada aje dia nak korek rahsia Henry ni.

"Dahlah adik ye... Abang nak tidur. Walaupun subuh nanti abang awak nak tak bertugas azan,abang awak ni kena jadi imam tau? Jangan mengganggu,please."

"Eleh abang ni. Macam lah dia sorang je. Adik awak ni pun bertugas jugak tau. Tapi Zuhur lah. Hehehe..."

Henry diam. Pura-pura tidur. Kalau dia jawab sepatah,lagi banyak patah budak tu soal nanti. Baik dia diam aje.

"Dah lah bang! Tidur lu. Macam lah kita tak tahu dia pura-pura tidur. Taktik lama! Huh!"

Fahrin masukkan kepalanya kembali. Bantal ditepuk tiga kali lalu surah 3kul dibaca dan disapu dari kaki hingga kepala. Biar terhalang dari gangguan sihir.

Henry di bawah, masih belum terlena. Walaupun matanya terpejam,namun bayangan wajah Aira asyik menerjah ke ruang memorinya.

Sukar lagi untuk dia masuk ke alam mimpi. Takut mimpi yang sama berulang. Mimpi yang membuatkan dia rasa sakit. Sakit yang amat sangat. Bagaikan dihempap batu dan ditikam di dada dalam masa yang sama.

Kehilangan Aira dari hidupnya banyak membuatkan dia rasa sakit dan menyesal. Perasaan itu menjadi sebati dalam dirinya saban hari. Sehinggalah dia datang ke sini. Rasa tenang tu kembali walaupun tak sepenuhnya dirasai.

"Dahlah,Henry... Baik kau tidur aje. Esok karang,dalam halaqah mengantuk pulak. Tak pasal-pasal kena denda." Henry berbisik pada dirinya.

Memang perlu paksa tidur kalau tak nak kena denda esok. Silap hari bulan,nama dia pecah rekod pelajar tertua yang didenda. Alasan,sebab mengantuk dalam halaqah. Malu besar! Baik tidur aje. So, good night!








What About Revenge [✔]Where stories live. Discover now