Kakinya melangkah masuk ke dalam kawasan sekolah. Melihat muka pelajar baharu, kawasan baharu dan pengalaman baharu.
"Ahh bosan! Taknak sekolah pun kena sekolah jugak!" bebelnya sendiri.
Sejak kematian ibu bapanya, Hazel Natasha kini tinggal bersama atuknya. Kekayaan Hazel Natasha dipersoalkan. Dari mana datangnya sumber kekayaan mereka? Apakah benar kewujudan syarikat atuknya?
Melangkah ke dalam pagar sekolah sahaja menjadikan mata-mata pelajar tertumpu padanya. Anggun wajahnya sesuai menjadi model, ketinggiannya bukan seperti pelajar sekolah menengah sememangnya menarik perhatian.
Don't judge a book by its cover!
Dia sememangnya menarik untuk dilihat tetapi bukan untuk disentuh. Black cat gelarannya. Anggun di luar, kejam di dalam.
"Hazel Natasha! Stoking pendek! Tudung pendek! Mana ade sekolah benarkan stoking merah! Baru je masuk sekolah ni dah buat hal?!" jerit cikgu disiplin. Tanpa memperdulikan pekikan cikgu disiplin. Dia berlalu pergi.
"Hazel Natasha! Jangan mentang-mentang kamu kaya, ramai orang takut kamu jadi besar kepala!"
"Well cikgu, can you show me mana kelas aku?" dengan lagak dia berkata.
Kerana kata-katanya itu, dia dihukum rotan ditangan 5 kali sebatan. Tangannya seperti kebal dengan rotan, merah berbekas tetapi kesakitan tidak dirasai.
Dia ditempatkan di dalam kelas 5F. Sesuai untuk dirinya, malas! Sikapnya sombong! Dia sudah biasa. Sebaik melangkah ke dalam kelas, dia disambut dengan balingan kertas dan jeritan, "Kau tak layak masuk kelas ni, pergi mampus la budak. Kau ingat muka lawa tu boleh bawa mati ke?!" sehingga ke kelas sebelah ketawa apabila mendengarnya.
Hazel mendiamkan diri. Malas hendak bergaduh. Dia jugak berharap inilah sekolah terakhir dia. Inilah kali kelapan dia berpindah sekolah. Atuknya juga berkata jika dia membuat masalah lagi, dia tidak akan melihat dunia luar lagi.
Tanpa menghiraukan kata-kata itu, dia meletakkan beg di tepi meja dan duduk memandang ke luar tingkap. Apabila terkena cahaya matahari, anak matanya jelas kelihatan berwarna coklat keperangan. Unik.
"Ahh budak ni langsung tak balas balik. Betul ke ni black cat yang disebut-sebut? Sepatutnya black pig baru cun." disertai dengan gelak tawa pelajar lain.
Budak budak tak boleh layan sangat, kang mati aku cekik kang. Sabar Zel sabar!
"Alah Hazel, come on. Fight la! Tak best ah cenni." sekali lagi dia diketawakan.
"Aah Hazel, kau dah lembik ke bodo?"
"Biarlah mak bapak mati jatuh gaung memang centu, tak heran pun bodo." Kali ini tidak diiringi tawa pelajar lain. "Apasal korang tengok aku centu?" kehairanan.
Pang!!
Berdengung bunyi kerusi mengena di kepala lelaki itu. "Aku dah kata, jangan cabar aku!" mengalir darah di kepala lelaki itu. Lalu Hazel menendang lelaki itu dan mengheretnya ke bilik sakit sekolah.
Hazel menyerahkan lelaki itu kepada mereka yang berada di bilik sakit itu. "Pecah kepala budak tu nanti aku hempuk kalau masih berdarah."
Hazel dikenakan hukuman gantung selama 2 minggu. Dengan senang hati dia mengambil beg dan ingin berlalu pergi.
"Tak Hazel. Hukuman kamu bermula esok. Bukan hari ni. Hari ni kamu masuk kelas saya." arah cikgu Zahir. Hazel akur dengan arahannya.
Sepanjang sesi pembelajaran, mata Nabil tertumpu ke arah Hazel. Nabil atau lebih dikenali sebagai, Babil adalah lelaki idaman pelajar perempuan."Ewah Nabil. Tumpukan perhatian dekat tingkap ke dekat saya?" diiringi ketawa Cikgu Zahir.
"Eh eh, saya saja je tengok tingkap. Salah ke cikgu?" Nabil cuba untuk cover dirinya.
"Yelah Nabil, kamu je betul. Kelas, saya harap semua dapat tumpukan perhatian. Jadi sekarang saya mempersilakan pelajar baru untuk perkenalkan diri?"
Menyusahkan betul la dorang ni, dah kenal kan tak perlu lah nak kenalkan diri lagi!
"Hazel Natasha" kemudian dia kembali duduk tanpa dijemput. Auranya lain macam. Hazel tidak tertarik untuk berkenalan dengan pelajar lain. Baginya itu hanya membuang masa.
Setelah masa persekolahan habis, Hazel mencapai helmet dan menghidupkan enjin motosikalnya, Kawasaki Ninja ZX-14. Motosikal ini seperti nyawanya.
Mendengar deruman ekzos motosikal Hazel, semua pelajar terkedu. Ramai yang terpegun melihat kelincahannya.
Nabil tertarik dengan perwatakan Hazel. Tidak pernah dalam hidupnya melihat perempuan bersifat sebegitu.
"Lawa kaya tapi sombong kasar nak mati, boleh reject awal-awal la Babil. Takyah la kau buang masa," Qisya, perempuan yang menyukai Nabil memperlekehkan Hazel.
YOU ARE READING
Spy I Love You!
ActionStatus: Completed "Lepaskan aku! Kenapa korang gari aku?!" jerit Hazel Natasha. Kehidupan Hazel Natasha penuh misteri menjadi tanda tanya masyarakat. Hazel Natasha diupah untuk menjadi agent bagi satu unit rahsia keamanan negara. Kematian palsu Haz...