Bab 21

584 26 0
                                    

Mata dipejam kerana terlalu letih. 1..2...3... Akhirnya kedua-dua gadis itu melelapkan mata. Besi tangannya dicapai lalu dipasang pada tangan kanannya. Kulit putih Jo tersarung singlet hitam dan berseluar jeans hitam.

Matanya terpandang pistol di atas meja berdekatan Syirah. Digapainya perlahan-lahan agar tidak membuat mereka terjaga. Kaki tertendang gelas kaca dan membuatkan Az terjaga.

Terbeliak mata Az tika melihat pistol dihalakan pada dahinya. Jo membuat sign agar dia senyap tidak mengeluarkan sebarang bunyi. Jo berjalan perlahan menuju pintu, sambil pistol dihalakan pada Az.

Sebaik sahaja pintu dibuka, kerana cahaya di luar bilik hotel membuat Syirah terjaga. Kelam kabut Syirah mencari pistol, tersedar apabila melihat pintu dikuak luas dan ada kelibat keluar dari bilik itu.

"Ahh Az! Kenapa tak bangunkan aku?!"

"Kau tengokkan dia ada pistol, gila ke nak lawan?"

Tanpa menyarungkan sebarang baju pada singlet nya, dia berlari keluar untuk mengejar Jo.

Tok! Tok! Tok!

Pintu bilik Nabil diketuk bertalu-talu tanpa henti.

Apabila pintu dibuka, seorang gadis masuk ke dalam memegang tangan Nabil untuk membawanya masuk semula.

"HAZEL!" uppp.. Sepatah perkataan keluar lagi, mulutnya akan ditembak dengan pistol yang kini dihalakan di dalam mulutnya yang terbuka.

Kesemua agents mencari kelibat gadis itu. Pasti kecoh jika mereka membuka pintu penghuni sebarangan pada pukul 2 pagi.

"I'm sorry but I think you should help me out from here. Please, I'm begging you." pinta Jo dan mengalihkan pistol itu dari mulut Nabil.

"Tomorrow? Can we?"

"No, they will find out."

"I'll help you as long as you believe on me," ujar Nabil. Tambahnya lagi, "Hey, Isn't it cold? Come here. Lie down, you can sleep in my bed."

"What about you?"

"I can sleep on the couch, don't worry about me." Nabil memimpin tangan Jo dan menyelimutinya dengan selimut. "Sleep well my princess," Nabil memberinya senyuman. Tidak sampai beberapa minit, Jo tertidur. Dari sofa itu, Nabil memerhati wajah Jo. Tenang hatinya bisa melihat kembali wajah yang dirinduinya. Teringat kembali suatu ketika dahulu wajah Hazel disinari sinaran mentari ketika mula mula menduduki kelas 5F.

"Hey Syirah, kau tak sejuk ke?" soal Hairil melihat singlet yang dipakainya dan seluar pendek paras lutut. Dek kerana ingin mengejar Jo, tidak terfikir akan penampilannya.

"Haha aku lupa.."

Hoodie yang dipakai pada badan Hairil ditanggalkan dan disarungkan pada tubuh Syirah. Gadis itu hanya menuruti pergerakan badan. Tidak berbicara hanya terdiam. Terkedu dengan layanan Hairil padanya.

"Jaga elok elok hoodie ni," ujar Hairil kemudian berlalu pergi.

Sebaik sahaja cahaya matahari memancar pada wajahnya, kelopak mata dibuka. Terasa nyaman paginya merasa cahaya itu. "Hi good morning sunshine!" ucap Nabil kepada Jo.

Badan dipaksa untuk berdiri. Berjalan menuju ke bilik air, dibasuh mukanya dengan air pagi itu. "Let's go," terus mengajaknya keluar dari situ.

"Wait a minute please.." pinta Nabil. Terasa hanya ingin kekal berdua bersama Jo.

"Why?" tiba-tiba pintu dikuak dan datang dua orang lelaki bertubuh sasa mengiring mereka keluar. Untungnya mereka tidak terserempak dengan para agents. Kereta dipandu laju menyusuri jalan raya itu.

Spy I Love You! Where stories live. Discover now