Bab 25

661 33 0
                                    

Akibat terlalu letih menangis, Hazel terlelap. Pipinya ditepuk-tepuk agar dia terbangun. Sebaik sahaja kelopak mata dibuka, wajah Hairil wajah pertama dilihatnya. Walaupun masih lemah, dirinya menguatkan diri untuk kekal tersedar.

Satu jam sebelum..

Hairil mencari besi kecil untuk dijadikan kunci. Cari punya cari akhirnya ketemu. Dia melipat lipat sedikit dan akhirnya membentuk sebuah kunci, bolehlah daripada takda langsung. Orang pertama yang dibunuhnya ialah orang yang menjaga pintu itu. Senjata diambil untuk kecemasan.

Entah di mana mereka berada. Hazel.. Tunggu Hairil, Hairil datang ni..

Tembakan dilepaskan, bunyi tembakan membuatkan konco-konco yang lain berlari menuju bunyi tembakan. Mencari setiap pelusuk, melihat pintu sel tahanan terbuka dan penjaga terbunuh, dia mengambil phone dan mendail Boss.

"Hai.." tegur Hairil, lantas mereka dibunuh oleh Hairil. Hanya empat peluru diperlukan untuk bunuh binatang ni semua.

"Tell me, where's Hazel?!" soalnya sebelum konconya mati. Sempat dia menunjuk arah ke bilik cctv. Mungkin tiada Tuan Kamil ketika ini. Kalau ada pasti dia tak mampu keluar dengan hidup.

Hairil membawa Hazel pergi dari situ, hanya bertemankan peluru 2 biji dan sepasang kaki. Berlari sejauh yang mungkin masuk ke dalam hutan agar Tuan Kamil tidak menjumpai mereka berdua.

Setelah berhenti seketika, Hazel diletakkan di tanah. Bersandar pada pokok. Kerana keletihan, kakinya perlu berehat. Dirinya perlu menggumpul tenaga semula. Tiba-tiba..

Bang! Bang!

Tembakan dilepaskan. Bunyinya hanya beberapa meter dari tempat mereka. "Hazel.. Tunggu dekat sini diam-diam tau, nanti Hairil datang balik." melihat Hazel yang kepenatan, Hairil mengatur posisinya.

Hairil mengumpan konco-konco Tuan Kamil naik ke atas bukit. Di bawahnya ada tebing bersambung lautan. Walaupun badannya masih lemah, digagahinya juga untuk menaiki bukit agar dapat menjauhkan mereka dari Hazel. Mereka menghala ke arah Hairil. Begitu juga Tuan Kamil.

Ish, mana dorang ni? Hairil menunggu kedatangan kawan-kawannya. Terus sahaja Tuan Kamil ketawa kecil, "Kau ingat aku tak tahu cucu aku tu dekat mana? Kau silap Hairil. Kau bermain dengan api." diheretnya gadis itu dan dihempasnya ke tanah.

"HAZEL! Cukuplah seksa dia. Dia tak salah!" pinta Hairil.

Hazel merenung kosong ke arah langit yang tidak berbintang. Mungkin sudah hampir pagi. Deruan ombak yang kedengaran sayup-sayup di bawah sana tidak lagi dapat menenangkan jiwanya. Bagaikan turut bersedih dengan apa yang menimpa dirinya.Hazel cuba berdiri beberapa kali. Untuk kesekian kalinya, air mata di pipi berlinangan lagi. Dia tak dapat berbuat apa-apa. Dia bukan black cat yang dulu.

Sebelah tangannya menggenggam tanah untuk menyokong tubuhnya yang semakin longlai. Benar, aku sudah tidak kuat lagi. Kenapakah aku diuji seberat ini? Cucu mana yang sanggup melihat atuknya sebegitu? Adik mana yang tidak kasihan melihat abangnya sendiri dipukul demi dirinya? Manusia mana yang mampu menerima kebenaran walaupun pahit ditelan?

Hazel benar-benar buntu. Apa yang harus aku lakukan sekarang? Yang pasti aku tak mahu Hairil mati disebabkan aku. Aku tak mahu berpisah dengan atuk lagi. Jika itu berlaku, aku lebih rela mati dan tidak akan memaafkan diriku.

Kenapa atuk sanggup memisahkan aku dengan Hairil? Aku pernah merasa sakit apabila ditinggalkan. Sehinggakan setelah bertahun-tahun berlalu pun belum tentu hilang pedihnya.

"Aku taknak seksa dia. Tapi aku taknak dia hidup kerana memilih kau!" tempiknya. Teruk Hairil dipukul. Bertalu-talu. Mukanya bengkak berdarah. Tapi dia masih tersenyum melihat Hazel. Semakin kuat Hazel menangis. Bagaimana kau boleh tersenyum sedangkan dipukul teruk sebegitu? Bodoh Hairil! Bodoh!

"Kau tengok abang kau puas-puas, mana tahu dia kalah kali ni!" hahahaha Tuan Kamil tertawa melihat setiap darah yang keluar dari tubuh badan Hairil. Mukanya persis Hazim membuatkan Tuan Kamil semakin galak menyuruh konco-koncomya memukul lebih kuat.

Maafkan Hairil, Hazel... kau harus sengsara demi untuk terus bernafas.

Mata Hairil tertutup rapat. Hairil pengsan kerana menerima pukulan tanpa henti. Tiba-tiba tempat itu penuh dengan kenderaan dan helikopter menyuluh ke arah penjahat.

"Letakkan senjata atau kami tembak!" suara dari pembesar suara bergemang. Lega akhirnya mereka datang menyelamatkan Hairil. Dari jauh Nabil berlari mendapatkan Hazel. Membalut tubuh itu dengan tuala. Memastikan kehangatan kekal pada tubuhnya. Hazel tersenyum.

Dia mendapatkan Hairil yang pengsan terbaring di tanah. "Hairil..." nama lelaki itu meniti di bibirnya. 1...2...3... Uhuk uhuk! Hairil tersedar dan nafasnya yang sesak dikawalnya sebaik mungkin.

"Hazel.. Syukurlah kau selamat.."

"Kenapa bodoh sangat?!" marahnya.

"Kau ingat aku?..." soal Hairil.

"Gila tak ingat?!"

"Tapi kau tak hilang ingatan?"

"Tak.." selamba dia menjawab, sambungnya lagi. "Aku taknak balik semula dekat korang.. Kau tengok kan, aku takda tangan aku cacat." tangan kanannya yang bersisa itu dilambai seperti tidak bersedih akan kehilangan tangannya.

"Tapi kau tetap menangis untuk aku.." Hairil tertawa, auch! Sakit mukanya kerana galak tertawa.

Hazel menoleh ke belakang, melihat Ketua tersenyum. Lantas dahinya berkerut. Ohhhh shit!!

Dengan kekuatan yang bersisa, Hazel menggagahkan diri untuk bangun dan berlari menuju ke atuknya.

"ATUK!" jeritnya lalu mendepakan badannya seperti menghalang sesuatu.

BANG! BANG!

Hazel tertolak ke belakang kerana peluru yang mengena di tubuhnya.

AGHHHH!!!

"Hazel!" mereka menjerit nama Hazel serentak. Tuan Kamil membeliakkan mata, melihat cucunya melindungi dirinya. Aku.. Aku dah buat jahat dengan kau.. Tapi kau masih lindungi aku, kenapa Hazel.. Kenapa?

Malangnya tolakan itu membuatnya terhumban ke tebing, mujur Nabil pantas bertindak. Tangan kiri gadis itu digapainya. "Pegang tangan I kuat-kuat! Jangan lepaskan!"

Hairil terhuyung-hayang ke arah adiknya.

"Syirah! Apa kau buat ni?!" jerit Mika. Syirah yang melepaskan tembakan itu. Niatnya ingin membalas dendam atas kematian ayahnya, tetapi peluru itu tersasar. Dia puas. Jika bukan Tuan Kamil, cucu kesayangannya juga boleh.

"Hulur tangan kau Hazel!" dengan kudrat yang ada, Hairil cuba menolong Hazel.

Hazel tertawa, "Hahaha kau lupa aku cacat?"lidah Hairil kelu. Benar dia terlupa.

"Hairil.. Abang.. Hahaha abang," ujar Hazel lagi, "Tak sangka aku ada abang, ughhh kau la orang yang pernah aku sayang. Rupanya sayang sebab kau abang aku halamak." gadis itu menahan kesakitan peluru yang mengena badannya.

"Bertahan Hazel.. Kami tarik kau!" ujar Hairil.

"Tak perlu.. Aku penat aku sakit Hairil.. Aku minta maaf aku sayangkan kau Babil," genggaman tangan Nabil dilepaskan. Dia tersenyum, melihat mereka semakin jauh dari pandangan.

"TAKKK HAZEL TAKK!" Nabil menjerit, kenapa kau lepaskan tangan aku Hazel.. Setidaknya aku tahu kau sayangkan aku, Nabil mengalirkan air mata. Hairil yang terpaku melihat tubuh adiknya melayang jatuh di udara. Ingin digapainya tangan itu tetapi terlalu jauh baginya.

Flush! Tubuh Hazel terhempas di air laut.

Syirah ditahan kerana cubaan membunuh. Kesemua penjahat dimasukkan ke dalam penjara. Konco-konco warga Malaysia dikembalikan ke Malaysia. Tuan Kamil dimasukkan ke hospital sakit jiwa. Setelah melihat pengorbanan Hazel untuknya, dia menjadi separuh gila. Menyalahkan diri sendiri. Kali kedua dia kehilangan orang yang dia sayang kerana sifat dirinya sendiri.

Spy I Love You! Where stories live. Discover now