Bab 15

604 33 0
                                    

"Korang.. Sampai bila korang senyap? Langsung taknak tegur aku ke?" mereka terdiam mendengar rayuan Syirah.

"Mika.. Az.. Daniel.. Please.." mereka masih diam. Matanya mula berkaca, bibirnya terketar-ketar menahan air mata daripada mengalir.

Mika pergi meninggalkan mereka, dia berhenti "Daniel.. Az.. Korang nak tunggu lagi ke?"

"Aku.. Aku teman Syirah. Kau pergilah Daniel."

"Terima.." Az mencelah, "Tak perlu. Tak bermaksud layanan aku ni aku maafkan kau atas apa yang jadi dekat Hazel."

Syirah tertunduk, benarlah. Hazel memberi kesan besar di dalam hati semua orang. Kematian dia membawa kesedihan. "Tapi, sampai bila Az? Kau kawan aku dari dulu.."

"Aku tak kenal Syirah yang pentingkan diri sendiri.." Az berlalu pergi meninggalkan gadis itu sendiri.

Seminggu berlalu setelah kepergian Hazel Natasha..

"Syirah.." akhirnya saat di tunggu-tunggu. Hairil datang menemuinya.

"Aku maafkan kau. Tapi tak bermaksud aku lupakan. Aku tahu semua ni ketentuan takdir. Aku tak dapat ubah. Aku harap.." Syirah yang gembira mahu memeluk Hairil ditolak kasar.

"Aku harap kau gembira dengan apa yang kau buat dan lepas ni, aku taknak kau tegur aku. Maaf." Senyuman Syirah terhenti.

"Tapi.." Hairil pergi tanpa mendengar penjelasannya.

"Takpe lah, kau masih ada kitorang. Kan Mika, Daniel?" ujar Az.

Walaupun kelihatan Mika melayani Syirah, Mika masih tak dapat melupakan. Ia terkesan di hati Mika. Amat terkesan. Melihat di depan matanya sendiri. Melihat perginya seorang sahabat.

"Thanks semua." Syirah berasa tenang sedikit.

Operasi demi operasi mereka laksanakan bersama. Tidak sekali pun, Syirah menegur Hairil. Apatah lagi Hairil yang tidak mahu memandang Syirah. Seperti orang asing.

Hairil merenung gambar seorang gadis. Cantiknya adik Hairil ni.. Hazel, kalau kau ada lagi. Aku takkan sia-siakan kau. Aku takkan biar kau terlibat dengan semua ni. Jika dapat diulang kembali masa, aku taknak kau kenal aku, taknak kau kenal unit ni. Aku cuma nak kau selamat.  

Syirah memandang sayu ke arah Hairil. Dua tahun berlalu, Hazel masih tidak dilupakan.

Penggera berbunyi nyaring seperti ada masalah. Lamunan Hairil terhenti, dia menoleh ke tepi. Bertentang mata dengan Syirah, lantas mengalihkan pandangan. Kau masih bencikan aku Hairil..  

Ketua memberi arahan di interkom. "Hairil dan Riduan bersama kumpulan diminta ke ruangan mesyuarat sekarang. Harap maklum." seperti kes kali ini amat penting. Mereka berlari menuju bilik mesyuarat. Syirah menjadi orang terakhir menutup pintu.

Keadaan bilik gelap hanya diterangi cahaya dari skrin terpapar di hadapan. Terlihat presiden Jerman, pegawai polis berpangkat dan juga pengarah muzium di Jerman berada di dalam bilik tersebut.

Mereka duduk sebaris mendengar taklimat dan arahan.

"Within two months, there will be a robbery at a museum in Germany. We found out after they sent a message to the museum director. So it's your job to block their plans and rebuke them." ujar Ketua. Mereka membincangkan tentang rompakan terancang yang akan berlaku di Jerman. Kumpulan ini seperti kumpulan baharu yang ditubuhkan kira-kira setahun yang lalu.

Mungkin mereka mencabar kuasa luar, kerana kumpulan mereka tidak terkenal. Dikatakan kumpulan ini giat melakukan rompakan kecil-kecilan di pelusuk negara. Tetapi kali ini mereka menyasarkan sesuatu yang lebih besar. Barang berharga di muzium Jerman.

"This will be fun hahahaha," Mika tertawa. Selama ini mereka menumpaskan ramai penjahat. Setakat kumpulan baru berjinak, agak mudah.

"Tak, Mika. Kita kena waspada. Mereka tak pernah ditangkap walaupun jenayah kecil." ujar Daniel.

"Yup.. Mungkin mereka tak sama macam sebelum ni, kena lebih hati-hati." Riduan tersenyum.

"So bila nak bertolak?"

"Tunggu arahan ketua." jelas Hairil.

Spy I Love You! Where stories live. Discover now