Pintu bilik tahanan dibuka perlahan agar tidak membuat Hazel terjaga. Senyuman manis terukir di wajah lelaki tersebut. Lantas pintu ditutup rapat tanpa sebarang bunyi dikeluarkan.
I'm waiting for you to come back to me, Hazel Natasha.
Dirinya terpegun melihat keanggunan pada gadis itu. Sungguh dia merindui gadis di hadapannya. Tanpa sedar, tangannya bergetar ingin menyentuh muka si gadis. Seinci jarak tangannya dari muka gadis itu, dia tersedar lalu mengalihkan tangannya.
I miss.. You.. So much
Hazel menggerakkan badannya berpaling ke kiri. Lelaki itu membekukan diri hanya menahan rasa dihati ingin melihat wajah itu kembali. Tiba-tiba, "Hairil, keluar dari situ. Jangan ikutkan perasaan!" suara daripada kawannya menyedarkan dirinya. Lantas dia berlalu pergi tanpa menoleh kembali. Dia berharap ini bukan kali terakhir dia melihat gadis itu.
"Apa yang kau fikir ni Hairil?! Aku tahu niat kau, tapi cara kau salah! Fikir Hairil. Jangan bertindak melulu. Kau tahu dia takkan.." kata-kata Riduan berhenti apabila Ketua mereka muncul.
"Hairil, hati-hati." Tegas Ketua mengajukan kata-kata. "Jadi apa perkembangannya?" soal Ketua.
"Kami masih menunggu jawapan dari Hazel, Ketua." jawab Riduan.
"Hairil. Jangan buat kesilapan. Riduan, terus yakinkan dia. Aku taknak ada masalah terjadi. Faham!"
"Baik Ketua!"
"Kau tak boleh paksa aku kan?" Hazel tersengih melihat Riduan yang baru sahaja melangkah masuk. "Hazel.. Kau kena faham. Kami perlukan kau."
"Tak boleh ke kalau kau datang elok elok, tak perlu lah main culik je aku."
"Maaf Hazel. Hanya itu yang kami mampu buat. Kau tahu diri kau sendiri," sambungnya lagi, "It's okay kalau kau rasa taknak bekerjasama. Kami dah sediakan pilihan. Lagipun kami tak paksa." Riduan membuka pintu bilik. Apabila pintu hampir tertutup,
"Tunggu! Aku tak kata pun aku tak terima. Mana akal kau?" Hazel menahan pintu dan melontarkan suaranya. Riduan tersenyum. "Baiklah, kau ikut aku. Aku tunjuk bilik kau."
"But before that, aku nak jumpa atuk aku. Aku nak bagitau dia pasal ni.."
"Tak, kau takboleh. Tak perlu bagitau sesiapa. Itu syaratnya."
"Kau sengaja tambah syarat!" Hazel menjelingnya,"Habis tu takkan aku nak hilang macam tu je?"
"Kau tak hilang, kau akan bercuti. Kami telah sediakan semuanya. Hanya diri kau bersedia atau tidak. Aku dah settle kan semuanya. Atuk kau dah tahu kau bercuti but he doesn't know kau bercuti dekat mana."
"Korang memang dari awal syak aku join korang ek?"
"Kau akan dilatih paling kurang berdasarkan pengalaman dan kebolehan kau selama 9 bulan."
"Kau dah gila?! 9 bulan kot! Confirm la atuk aku tahu. Agak-agak la 9 bulan pun huh." kesemua staf yang bekerja terganggu dek kerana suara Hazel yang lantang.
"Awal-awal dah aku bagitau kat kau. Kau akan.."
"Ye ye aku tahu.. Pasal kematian palsu tu kan?"
Langkah mereka berhenti di hadapan pintu bilik. Riduan menghulurkan sekeping kad. "Guna untuk masuk ke bilik ni." wow canggih giler dorang ni dah macam level taraf dunia. Tak sia sia.
Bilik yang menempatkan tiga buah katil. Satu katil diduduki oleh seorang gadis mungkin sebaya Hazel. Hazel memerhati keadaan bilik. "Weh hai! Glad to see you! Hahaha by the way nama aku Syirah. Kau mesti ahli baru, Hazel kan?" Hazel yang dikenali sebagai seorang gadis yang sombong tidak gemar perkenalan seperti ini. Tangan dihulur oleh Syirah diabaikan. Hazel sengaja pura-pura tidak melihatnya.
"Hazel. Dekat sini kau akan belajar banyak benda. Lagi-lagi kerjasama. Kau perlu antara satu sama lain.." Riduan menegur sikap Hazel yang tak endah dengan sapaan gadis di hadapannya.
"Eh takpe la Rid. Aku okay je. Aku kental la weh." Syirah seorang gadis periang yang sempoi orangnya. Setelah itu Riduan pergi meninggalkan mereka berdua.
Hazel duduk di katil hujung. Terlihat barang-barangnya diletakkan di dalam almari. Tiga katil dua orang je duduk? Tak. Mereka bukan berdua. Seorang gadis kemudian memasuki bilik itu. Tenang lagaknya memakai earphone di telinganya.
"Weh Az! Kau tengok laaaa, ahli baru dah datang. Aku tak sabar nak mulakan latihan." Syirah menegur gadis itu.
Gadis itu berpaling melihat Hazel. Bertentang mata dengannya, tidak sampai 10 saat gadis itu mengalihkan pandangan. Benarlah apa yang dikatakan. Black cat sememangnya menakutkan apabila face to face.
"Saya.. emm aku.. saya.. aku.." gadis itu menarik nafas kemudian menyambung kembali, "Aku Az. Nice to meet you. Aku.. Aku pro dalam technology so kau bolehlah minta tolong aku untuk.. yela kau tau la kan.."
"Okay." Hazel sedar di sini dia bukan siapa-siapa. Hanya gadis mentah. Dia perlukan kawan. You can do this Hazel. Yelah Riduan pun kata aku perlu kerjasama. Menyampah ahh, menyesal aku terima benda ni! "Nice to meet you too. Aku Hazel." Kedua-dua gadis itu terkedu. Rasa bangga sebab jarang ada manusia yang boleh rapat dengan Hazel.
YOU ARE READING
Spy I Love You!
ActionStatus: Completed "Lepaskan aku! Kenapa korang gari aku?!" jerit Hazel Natasha. Kehidupan Hazel Natasha penuh misteri menjadi tanda tanya masyarakat. Hazel Natasha diupah untuk menjadi agent bagi satu unit rahsia keamanan negara. Kematian palsu Haz...