Bab 23

540 27 4
                                    

Jarinya mendail menggunakan kod panggilan ke Malaysia sebelum mendail nombor telefon Nabil. Sudah tiga hari dia mencuba tetap tiada sahutan. Hmm.. Babil, kau betul-betul nak tinggalkan aku sorang dekat sini ke? Riak wajahnya jelas kecewa. Hazel teringin sangat hendak berjalan-jalan di sekitar kawasan. Tetapi dengan kawalan ketat, dia tidak mampu apatah lagi hendak melawan dengan jumlah mereka yang ramai.

Dia hanya memerap diri di rumah yang besar itu. Lebih tepat lagi , memerap diri di dalam bilik sambil melayan perasaan. Entah apa yang dilakukan Austin, Luis dan Criss ketika ini, entah di mana mereka berada. Hatinya teringin menyelamatkan mereka tapi apakan daya.. Hanya dirinya berseorangan.

Seminggu berlalu berseorangan tanpa teman, entah kenapa berdebar-debar hatinya saat ini. Tubuh disandarkan pada sofa. Pelik betul rasanya hati kini. Dengan pakaian ala kadar yang tersarung menampakkan kulitnya yang putih gebu. Baju tidur nipis dikenakan. Maklumlah hanya  dia berseorangan, jadi dia bebas memakai apa sahaja. Bukanlah bermakna tiada bodyguards bersama tetapi di dalam rumah hanya dirinya sahaja.

Jam di tangan dijeling sekilas. Tepat pukul 10 malam. Terbayang-bayang wajah Nabil tersenyum kepadanya. Terus sahaja dia menarik nafas dalam-dalam. Tiba-tiba sahaja muncul wajah lelaki lain, entah kenapa hatinya sedih semakin membuak-buak.

Jo! Hazel! Ahh whatever, jangan angau sangat boleh tak? Entah-entah dua dua tak sukakan kau. Mata yang tadinya hanya memandang television kini diangkat dan gugup seketika. Mana tidaknya, pintu utama terbuka seperti ada manusia yang melangkah masuk.

Lantas menoleh ke belakang, anak mata lelaki itu kini merenung tepat ke arahnya. Kacak betul dia ni haih. Dengan tuxedo hitam di badan, dia dilihat masih merenung ke arahnya. Saling berpandangan.

Terpaku. Itulah perkataan sesuai yang menggambarkan situasi mereka sekarang ini. Terpaku melihat aku? Terus sahaja jantungnya melajukan rentaknya. Senyuman terukir di wajah Nabil. Nabil terus melangkah ke arah gadis itu. Langkah kakinya dihentikan apabila berasa betul-betul di belakang sofa.

"Haven't slept yet?" soal Nabil. Soalann yang hanya dijawab dengan renungan yang semakin mendalam memanah ke dalam anak mata. Ada senyuman di bibirnya ketika ini. Hazel mendongak agar bisa melihat wajah Nabil dengan jelas. Terus sahaja tangan kiri Hazel menyentuh wajah lelaki dirinduinya sepanjang hari.

"Let's go," ajak Nabil bersama senyuman di bibir. Nabil menyarungkan hoodie pada tubuh Hazel kerana baju yang tipis itu mencabar keimanannya.

Kaki sudah mula melangkah mengekori Nabil. Tangan kirinya digenggam erat. "Nabil, where are we going?" tergagap-gagap dia bertanya. Tambahan pula bodyguards tersenyum melihat mereka saat ini. Bertambah kekok jadinya.

Terus sahaja lelaki itu menoleh seketika. "Ke bintang atau ke bulan? Ataupun ke awan, perhaps?" berkerut dahi Hazel. Kenapa?..

"I know you can speak malay." ujarnya lagi. Ada ketawa kecil di hujung ayat membuatkan Hazel tidak mampu menahan senyuman nipis terukir di bibir. Bulan atau bintang? Pasti bahagia kalau ke sana.

"Macam mana tau?" soal Hazel kembali.

"I know you know me. You panggil i Babil, i tak bagitau pun dekat you tu nama panggilan i." gumamnya. Anak mata dilarikan ke arah lain.

"We are going to the beach," ujarnya kemudian wajahnya ditoleh kembali ke hadapan.

Kepala didongakkannya sedikit. "Lama terperap dalam rumah, bosan kan? Nasib tak gila," ujar Nabil. "Separuh gila," jawab Hazel kembali.

"Sit," Terus sahaja Nabil bersuara.

Mereka melabuhkan punggung di pantai. Sesekali terdengar deruan ombak yang menghempas pantai jauh di hadapan sana. Mereka hanya ditemani cahaya bulan. Hazel terleka memerhati ke sekeliling. "Nabil, why did you come back here after a week? Isn't it supposed to be a month?" benar dia betul-betul ingin tahu.

"I miss you. Asyik teringat dekat you," matanya merenung dalam ke arah Hazel ketika berkata begitu membuatkan Hazel semakin kekok.

"Crazy!" bagi menutup debaran di hati,hanya itu sahaja yang mampu keluar dari mulutnya.

"You are so right about that," ujarnya lagi, "Hazel Natasha.. I am so crazy over you,"

Dia mengungkapkan kata-kata itu bersungguh-sungguh. Hazel cuba untuk bangun tetapi dengan pantas Nabil menghalang. Kedua-dua lengannya diraih semula

"Are you going to run away again?" soalnya sedikit tegas. Hazel menjeling matanya.

"Aku tak layak untuk kau. You see me as flawed, I'm not perfect."

"No one is worthy of me except you. I don't need perfection. You're perfect enough in my eyes," pujuknya. Kot dibuka dan diletakkan di tepi.

"Lepas you pergi, i buntu Hazel. I buntu. I macam hilang arah tuju. Padahal umur i belum matang lagi. Tapi entah, hati i ni tak pernah stop untuk cari you lagi walaupun satu dunia heboh pasal you. Entah kenapa boleh heboh kan?" terdiam Hazel seketika. Kelu lidahnya, bagaimana dia akan menjelaskan.

"Hazel.. Trust me, I have tried thousand times to deny this feeling but it kept on hunting me. I tak boleh diri i sendiri," kepala digelengkan sedikir ketika meluahkan ayat itu. "Hazel Natasha.. I really love you!"

Jantungnya benar-benar terasa seperti terlompat keluar dari badan. Betapa tak keruannya saat ini hanya tuhan yang tahu.

"I tak sanggup berpisah dengan you, macam last week. you tahu bagaimana peritnya rasa bila i tak jumpa you? Tahu tak macam mana risaunya i dengan you sorang dekat sini? I miss you so much!"

Rintihan Nabil membuatkan jiwanya bergelora. Tidak sama sekali dia jangkakan Nabil akan meluahkan semuanya. Hazel masih kehilangan kata-kata. Entah kenapa hatinya menidakkan perasaan ini. Entah kenapa dirinya tidak mempercayai kata-kata yang terzahir itu.

"I tried calling you but I couldn't. You didn't pick up the phone."

"Wait what?! You tried to call me? Oh my God! You tak sedar ke you buat apa? Come.. Let's get out from here." terus Hazel dibawa pergi. Kereta dihidupkan, belum sahaja keretanya berjalan datang beberapa buah kereta menghalang perjalanan mereka. Bodyguards melindungi mereka. Memastikan mereka berjaya keluar dari sini.

"What happened?" keliru dengan apa yang jadi. "Kalau you cuba call i maksudnya ada orang dah jumpa lokasi you sebelum i datang sini balik." terangnya tanpa basa basi.

"Sorry i don't know.."

"Takpe, kita perlu keluar dari sini," minyak ditekan dan melanggar kereta yang menghalang jalannya. Tembakan dilepaskan bertubi-tubi. Kereta itu masih dipandu laju. Jika mereka berhenti tamatlah riwayat mereka di sana.

Ketika melepasi sebuah kereta putih di jalan, seorang lelaki tua memandang tepat ke sisi terpandang wajah seorang gadis yang dikenalinya. Tetapi gadis itu langsung tak persaan tentang dirinya.

Dunia ni tak besar sangat untuk aku jumpa kau lagi, Hazel Natasha...

Spy I Love You! Where stories live. Discover now