Bab 24

551 29 2
                                    

"Cepat Riduan, laju lagi. Tekan pedal minyak tu kuat lagi!" kelam kabut dibuatnya. Hairil mengasak asak Riduan yang memandu kereta.

"Ahhh jangan laju sangat, sia sia mati kang!" bantah Syirah yang turut bersama mereka. Kereta dipandu laju. Laju laju nak ke mana cik abang oi!

Sampai di kawasan rumah yang besar di tepi pantai, pedal brek ditekan. Seraya itu mereka melihat mayat yang tidak bernyawa. Dia tidak tahu hendak berkata apa lagi. Dia sendiri tersepit dengan semua yang terjadi. Apalagi bila mengenangjan keadaan Hazel Natasha, air matanya pasti mengalir.

Lantas mereka mencari satu persatu, "Aku tak jumpa mayat perempuan pun gila, kau ni gelabah. Kau tau kan Hazel tu pandai jaga diri. Bertahun kot dia hidup takde mati," ujar Riduan.

Puk!

Kepalanya dihempuk dengan buku lima Hairil, "Kau en, cakap elok sikit."

"Aku rasa tak jauh dari sini, macam baru lagi bekas tayar ni." ujar Daniel sambil melihat kesan tayar di perkarangan rumah.

"Bersabarlah Hairil.." pujuk Syirah. Itu sahaja yang mampu dikatakan.

"Bersabar? Mampukah aku bertahan, Syirah? Aku dah tak boleh nak fikir apa lagi. Aku runsing! Yang ada dalam fikiran aku hanya adik aku. Aku risaukan dia!" melurut kesedihan Hairil menumpahkan perasaannya.

"Kau dengan dia sama je menderita sebenarnya. Dia langsung tak tahu kau abang dia. Selama ni aku nampak dia macam menaruh harapan dekat kau. Kalau dia tahu kau abang kandung dia?"

"Aku tau.. Aku.."

"Woi! Cepatlah!" Mika menjerit.Kereta dipandu hanya mengikut gerak hati.

Kereta Nabil dihalang oleh sebuah kereta putih yang memecut memotong mereka. Mahu dilanggar tidak mampu. Kemudian datang kereta lain dari belakang. Mengepung mereka. Tiada jalan keluar.

"Macam mana ni?!" jelas terpancar kerisauan di wajah Nabil. Apabila dipandang, Hazel merasa serba salah. Kenapa orang yang aku sayang terlibat dengan semua ni? Kenapa mereka perlu berkorban untuk aku?

Pintu hampir dibuka oleh Nabil. Kononnya ingin melawan, tetapi sempat dihalang olehnya. "Kau gila?! Mereka tu ada pistol senapang. Selangkah kau keluar, kau boleh mati faham. Biar aku yang keluar. Mereka nak aku, bukan kau. Kekal di dalam." menyesal dirinya tidak membawa pistol bersama.

"Tak! Aku takkan biarkan kau dengan mereka. Kau tahu aku..."

"Aku tak kisah.. And sorry,"

"Kenapa.." buk! Satu penumbuk hinggap di pipinya membuatkan Nabil pengsan. Eleh lemah ada hati nak lawan orang banyak banyak tu heh..

Lantas dia keluar dari kereta dengan tangannya diangkat ke atas seperti menyerah diri. Pistol yang diacu membuatnya tidak mampu melawan, seraya itu kereta dipandu Riduan datang.

"Boss!" konco-konco itu menoleh ke arah kereta putih, langsung tidak kelihatan wajah lelaki yang berada di dalam.

"Biarkan.." arah Boss mereka.

Pistol masih diacukan. "Macam mana ni Hairil? Ramai sangat ni," soal Az.

Setelah berfikir, "Korang.. stay dalam kereta sampai keadaan selamat. Jangan keluar. Hubungi polis dan ketua. Daniel, Mika.. Korang sedia?"

"Sedia tapi bukankah ketua ada dekat Malaysia?" soal Mika.

"Aku kenal dia, dia bukan jenis tinggalkan Hazel sendirian. Dia tahu apa dia buat.."

Dengan tangan di atas, mereka bertiga keluar dari kereta itu. Hazel ditarik dan diacu tepat di kepalanya. "Apa yang korang nak?!" jerit Hairil.

"Aku nak lelaki tu," ujar Boss mengarahkan konco-konconya menangkap Hairil.

Spy I Love You! Where stories live. Discover now