Click!
Kunci gari dibuka. Dengan ibu jari terangkat, "Korang memang cenggini lah," akhirnya keluar dari sekolah itu. "Hahahaha tak sangka korang ada otak geliga belaka,"
"Eh kau ingat kitorang takde otak ke?" Daniel menjelingnya.
"Semua ni arahan Ketua. Tapi, kau kena tinggal dekat penjara dulu. Untuk 2 hari mungkin. Untuk pastikan atuk kau tahu." Ujar Mika.
Hazel mengangguk tanda setuju. Kereta bergerak ke kawasan penjara. Hazel dimasukkan ke dalam ke dalam penjara. Eeee bau ape yang tengit sangat ni, uwek! uwek! Ahh nak termuntah aku. Dorang tak bersihkan ke apa?! Dalam penjara, kau nak expect apa lagi Hazel? Bau wangi semerbak bunga mekar? Lol!
Pung! Bunyi pagar penjara dihentak dipukul.
What the heck is that! Gadis itu terkejut mendengar bunyi ketukan yang nyaring.
"Ahh!Aku nak balik!" jerit salah seorang banduan. "Woi kau boleh diam tak?! Memekak!" jeritan berbalas jeritan. Ohhh ini suasana penjara.
Seorang pegawai polis wanita datang memukul pagar besi itu mengarahkan mereka diam. Pandai pulak korang diam, tadi bising nak mampus!
Pintu besi dibuka, "Ada yang nak jumpa."
"ATUK!! Ohhh atuk, rindu nye atuk! Dah rasa bertahun tak jumpa,"
"Tak payah lah kamu nak pujuk hati atuk. Ni apasal boleh masuk? Tak pernah lagi kamu buat kes berat sangat. Terbunuh ke orang tu?"
"Tah la atuk, Hazel tak tau." Terkekek-kekek tawanya, "Hazel, ni bukan masa nak buat lawak kamu tu!" Tuan Kamil naik berang. Masa macam ni ada masa lagi nak main-main!
"Atuk.. Hazel tak tau, Hazel pukul sikit je. Mungkin adalah tercucuk sikit.."
"Apa benda yang tercucuk ni?"
"Alah atuk ni, takkan tercucuk ayam kot,"
"Hazel!"
Gulp! Hazel menelan air liur, tidak pernah atuknya marah sampai macam tu sekali. "Yela atuk, benda tajam la takkan tumpul pulak." Hazel berpeluk tubuh sedikit merajuk dengan jeritan atuknya.
"Hazel.. Kamu tak pernah macam ni, takkan sampai terbunuh kot." Tuan Kamil merendahkan suaranya.
Hazel masih diam. Ligat otaknya berfikir. Apa yang aku nak bagitau atuk? Takmo bohong hm..
"Atuk cuba lepaskan kamu. Kamu tunggu atuk."
"Maaf atuk, biar Hazel jalani hukuman. Tak adil bagi orang lain."
"Sejak bila kamu fikir pasal orang lain?"
"Sejak tengok atuk marah, Hazel taknak balik dah," Hazel menyambung, "Ahahaha Hazel gurau je. Hazel kena terima hukuman. Tak boleh lari. Atuk kena faham."
"Baik. Tapi kalau kamu dihukum mati.."
"Atuk lepaskan Hazel dengan rela hati.." Hazel menyambung ayat atuknya. Menitis air mata di pipinya. Hazel berlalu pergi setelah itu.
"Hazel! Atuk akan datang lagi esok!" Hazel menoleh ke belakang. Hazel tersenyum.
Pandai jugak aku berlakon, dah macam drama pukul 7! Hatinya gembira dalam masa yang sama serba salah.
"Puan. Kalau atuk saya datang esok, bagitau dia. Saya taknak jumpa. Sampaikan salam saya dekat dia." Hazel bertekad menghabiskan 9 bulannya dengan segera.
Di dewan, tempat staff dan ahli berkumpul menunggu kedatangan Ketua. Para staff dan ahli duduk senyap tanpa bunyi. Pintu dibuka," Maaf lambat, tadi.. "
"Eh Hazel, duduk sini shhtttt diam la," Mika menarik tangan gadis itu.
"Kenapa?" Mika memandang Hazel supaya diam. Akhirnya yang ditunggu-tunggu. Ketua pun tiba. Pintu dikuak, ahli dan staff berdiri memberi penghormatan. Setelah Ketua berdiri di hadapan mereka dan mengangguk, mereka semua duduk.
"All of you know that we have a new members of our team. We are agents, we do not forgive, we do not forget!.."
WE ARE AGENTS. WE DO NOT FORGIVE. WE DO NOT FORGET!
Kata-kata itu dilaungkan oleh staff diikuti oleh ahli. Suasana di dalam dewan, dingin dan semangat membara. Boleh digambarkan sebagai dewan yang dipenuhi agent - agent berpengalaman.
Baju yang dikenakan adalah baju agent khas untuk staff dan ahli. Tidak panas dan tidak ketat. Ketua mengalu-alukan para ahli naik ke pentas dan menerima lencana sebagai ahli baru di unit rahsia. Mereka hanya diberi penghormatan tetapi bukan bermaksud diterima menjadi agent.
Az khusyuk dengan peralatan canggih dan laptop di mejanya. Syirah mengajak Hazel untuk duduk di luar, jangan mengganggu Az.
"Az taksub belajar komputer, kau boleh tengok kan? Sebabkan benda tu dia dibuli dan diasingkan oleh ramai orang. Kawannya? Hanya aku..." Syirah menceritakan kemampuan Az dalam technology. Dia boleh memintas aktiviti dan memecahkan dinding keselamatan sesuatu yang ada akses dalam internet. Hanya perlu internet dan laptop.
"Kemampuan kau?" Hazel ingin tahu lebih mengenai Syirah.
"No need to know lah," Syirah tersenyum dan meneguk cawan berisi air.
"Kau ada family?" Syirah memecahkan kebisuan mereka.
"Aku.. Ada atuk aku."
"Mak ayah? Saudara lain? Takde?" Hazel hanya tersenyum.
"Samalah. Tapi aku ada ayah. Tapi ayah aku.. Oh takde ape lah. " perkenalan mereka semakin akrab.
"Hey! Tak ajak pun!" Az datang menegur. "Kau tu fokus sangat," Ujar Syirah. Malam itu mereka menjadi rapat seperti kawan yang kenal bertahun dari usia kecil.
Pancuran air dibuka perlahan, jari menekan disuis suhu normal. Badan terketar-ketar menahan angin air-conditioned. Baju biru gelap disarungkan. Seluar slim fit dikenakan. Rambut diikat kemas. Muka ditempek Sunscreen.
Riduan berkata semalam sebelum tidur, esok ada aktiviti di pergunungan. Mungkin mendaki.
Semua ahli bergumpul di parking. Menunggu Hairil. Entah apa barang yang dia nak ambil.
Sebelum menaiki kenderaan, Hairil memberi sepasang jaket kepada Hazel. "Nah.. Pakai. Kalau kau pakai baju t-shirt ni je pukul 3 macam ni, mau mati sejuk kau." Hazel akur. Memang sejuk. Riduan yang memerhati memberi senyuman. Benarlah, Hairil menyayangi Hazel teramat sangat.
Setiba di kawasan pergunungan, Mereka diberi taklimat oleh Hairil.
"Ingat. Jangan jauh dari kumpulan, disini tiada akses internet. Az, kalau kamu hilang. Kamu tak boleh akses apa-apa. Jadi kamu berjalan di belakang Riduan. Paling hadapan supaya saya boleh nampak. Syirah, kamu antara Anderson dan Mika. Daniel, kamu di belakang Mika dan kamu Hazel,di hadapan saya. Kita akan mendaki ke puncak."
Riduan sempat berbisik,"Eleh kau sengaja en nak Hazel dekat dengan kau." Riduan mengejeknya. Kaki Riduan dipijak, "Pergilah kau." Riduan tertawa.
"Hey kecik, buat apa lagi tu? Pergilah depan sana. Kang hilang kang!" Anderson menyakatnya.
"Dah dah, baris." Nasib baik ada Riduan hentikan. Kalau harapkan si Hairil mau sampai atas puncak pun dia tak kisah.
YOU ARE READING
Spy I Love You!
ActionStatus: Completed "Lepaskan aku! Kenapa korang gari aku?!" jerit Hazel Natasha. Kehidupan Hazel Natasha penuh misteri menjadi tanda tanya masyarakat. Hazel Natasha diupah untuk menjadi agent bagi satu unit rahsia keamanan negara. Kematian palsu Haz...