Pesawat mendarat di lapangan terbang Jerman. Kalau Hazel ada kan best... "Syirah fokus," Riduan menegurnya. Mereka turun dari pesawat dan dibawa ke sebuah hotel ternama. Ia menjadi tempat penginapan mereka. Bilik disediakan bersebelahan.
"Aku tak sabar nak mula," ujar Mika.
"Aku pun.. Aku nak kerjasama dari semua okay? Jangan ada yang tak beri." ujar Riduan seraya memandang Hairil yang membuka pintu bilik.
"Takpayah pandang aku, aku tau apa aku buat."
"Baguslah kalau kau tahu," pintu bilik dibuka. Daniel, Mika, Hairil dan Riduan berada satu bilik dan Syirah dan Az satu bilik.
Sebelum mereka memulankan bicara, mereka terlebih dahulu dilatih supaya berwaspada. Mencari kalau-kalau ada camera tersembunyi. Di bilik lelaki, ditemui 5 camera dan di bilik perempuan ditemui 6 camera. Selalunya perbuatan ini dilakukan oleh orang yang menginap sebelum mereka. Lagi-lagi hotel ternama.
Barang-barang diletakkan. Menurut kiraan, ada dua hari lagi untuk jenayah terancang. Persiapan ketat dilakukan di muzium itu. Cctv juga dijaga oleh Az. Lincah jarinya mengawal setiap cctv. Matanya memerhati setiap pergerakan.
Daniel mengilap snipernya. Seperti biasa, tugasnya untuk membuat tembakan jarak jauh.
Mika hanya bersedia menunggu arahan daripada Hairil dan Riduan. Hairil, Mika dan Syirah akan mengawal aktiviti dan memerhati. Riduan yang akan memberi arahan di airpod masing-masing.
Setiap sudut diperiksa, agar tiada yang berjaya menceroboh. Kawalan amat ketat dengan tentera.
Di tempat berbeza, ada mata yang memerhati pergerakan mereka. Kumpulan penjenayah itu, memerhati tindak tanduk mereka. Kawasan Daniel sudah diketahui. Mereka juga tahu bahawa ada yang memerhati cctv.
Unit rahsia ada hacker? Begitu juga mereka. Hacker akan berlawan sesama mereka. Dua orang lelaki daripada penjenayah dihantar untuk melawan tiga orang spy. Bilangan mereka sama, tiada beza. Hanya kelincahan membezakan mereka.
Mereka bersedia menempuh segala kemungkinan. "Huh they are weak by sending troops to fight us." ujar Austin, hacker untuk kumpulan penjenayah.
Di dalam bayangan, muncul seorang gadis tanpa sebelah tangan kanan berjalan menuju ke markas.
"Austin, don't look down. They are trained employees.." ujarnya.
"Jo, your hand .. Use that iron hand. It's scary when I see it." ujar Lio, lelaki yang akan melawan spy.
Jo memasang kemas, agar tak terbuka, "Are you all ready? If we don't succeed .. Hahahaha" soal Austin.
"Hey listen to me! I'll make sure we succeed. We do it for the people we love, not for ourselves! Fighting!" kata-kata semangat diberikan oleh Jo.
Jo terlibat dalam kemalangan yang teruk sehingga dia kehilangan tangannya. Tapi dia tak menyesal kerana dia masih hidup atas bantuan keluarga Lio. Dia terhitung budi dan berjanji akan membantu keluarga Lio.
Bukan hanya keluarga Lio, malah keluarga kawannya yang lain. Kesemua mereka berasal dari keluarga yang ditindas. Tiada tempat tinggal, berpindah randah, tidur di tepi jalan.
Tetapi setahun lalu mengubah segalanya, kemunculan Jo dalam komuniti menjadi semangat mereka. Jo menolong mereka dengan hasil rompakan. Baginya, keluarga itu juga berhak ke atas harta itu, sebab itulah dia merompak.
Kali ini, mereka tidak akan berhenti setakat itu. Mereka akan mencuba lebih lagi, melawan pihak berkuasa.
Hairil keluar dari hotel untuk mengambil angin segar. Jalan sesak dengan kenderaan, malah street dipenuhi dengan manusia dari pelbagai sudut.
Hairil berjalan ke sebuah restoran berdekatan, tiba-tiba dirinya terlanggar seorang gadis. Gadis itu tidak mendongakkan kepala, hanya meminta maaf. Hairil berjalan bersebelahan tetapi berlainan arah.
Dirinya terkedu. Hazel.. Hazel.. Tadi tu Hazel.. Cuma potongan rambut dan bentuk badan lain, mungkin juga ketinggiannya juga lain. Hazel...
"HAZEL! Hazel..." bayangan gadis itu tidak kelihatan lagi.
"Hey Hairil.. Kau memang kena move on dari masa lalu. Ikhlaskan dia pergi, dah berapa kali kau tengok dia merata tempat.. Sana sini kau nampak dia kan?" Riduan menepuk bahu kawannya itu.
Hairil hanya menguntum senyuman. "Maybe aku terlalu rindu dia.."
"Fokus Hairil, kau boleh.. Sedia tak sedia lusa kita ada job kan? Dahla jom." Hairil masih mencari kelibat gadis itu.. Aku cuba ikhlaskan.. Tapi aku tak mampu Hazel.. Kau lain, kau istimewa..
YOU ARE READING
Spy I Love You!
ActionStatus: Completed "Lepaskan aku! Kenapa korang gari aku?!" jerit Hazel Natasha. Kehidupan Hazel Natasha penuh misteri menjadi tanda tanya masyarakat. Hazel Natasha diupah untuk menjadi agent bagi satu unit rahsia keamanan negara. Kematian palsu Haz...