Bab10

703 37 0
                                    

     "Weh Hazel, dua hari kau cuti ni ada berita boek punye," Anderson menegur Hazel ketika berjalan seiring ke cafe. "Hairil.." Hazel tertarik mendengar.

     "Hairil tak ajar kita tau 2 bulan ni. Aku rasa untung giler takde dia, taklah kita terseksa. Iyer tak?"

What?!

     "Asal?"

     "Riduan kata, dia ada tugas." Hazel mengambil sandwich dan hot chocolate. Mereka berdua duduk semeja. Anderson mengambil nasi lemak dan coffee.

     "Best kan ada misi," Sambil membuka tapau nasi lemaknya. Hazel diam.

     "Weh! Korang tak tunggu kitorang pun," sapa Az.

     "Kau tu lambat," Syirah senang hati melihat wajah geram Az.

     Daniel perasan sesuatu tentang Hazel, "Kau kenapa diam Hazel?"

     "Dari tadi dah dia tu, aku ni macam bercakap dengan kerusi tau. Tak bergerak, diam je."

     "Ohh takde ape lah, lepasni nak pergi mana?"

     "Riduan kata pergi air terjun."

     Mereka berbincang sesama mereka. Bergelak tawa tetapi fikiran Hazel jauh melayang.

     "Waaaa lawa siot aku, dahla air jernih nampak ikan pulak tu. Ahh semula jadi sungguh!" Syirah yang mudah terpegun sememangnya akan gemar melihat dunia luar.

     "Anderson dan Az, kamu bertiga  kumpulan satu. Yang lain satu kumpulan dua. Kumpulan satu kamu akan menyelam ke dalam air. Mencari barang yang hilang.."

     "Tapi.." Anderson seperti tidak berpuas hati. Manakan tidak, dia dan Az sering bergaduh. Mengata sesama sendiri.

     "Ada aku suruh kau menyampuk? Kumpulan dua pasang ankle harness dan tali bungee. Kamu akan lakukan bungee jumping di sana.." Riduan menunjuk jari ke puncak paling tinggi air terjun. Mereka sedia maklum puncak itu puncak tertinggi antara air terjun. Jangan risau, keselamatan dijaga.

     Mereka berempat ditemani dua orang staff berjalan ke puncak. Anderson dan Az memandang sesama sendiri.

     "Bila nak mula?" Riduan sengaja menyimpan mereka dua bersama. Sering bertengkar membuat kumpulan ini lemah, malah mereka berdua bijak dalam technology. Kemampuan mencari barang hilang perlu ada. Mereka perlu menumpukan perhatian. Arus air terjun, pernafasan dan daya tahan perlu mereka kawal. Agent perlu bersedia dari segi fizikal dan mental.

     "Takde alat selam? Tangki oksigen?"

"Tak perlu. Masa jadi agent, kamu harus bersedia. Takkan nak bawa tangki oksigen sana sini kan?"

"Nah tali," Az menghulurkan tali. "Untuk ape?"

"Ikat la bengong, kang kena bawa arus kang." air terjun deras mengalir walaupun jernih ada bahagia dalam yang tak kelihatan. Az hampir tenggelam ketika berpijak, "Capai tangan aku."Anderson menolongnya.

Sementara itu, mereka berempat sudah diberi taklimat oleh staff. Tetapi mereka perlu mengikat tali sendiri.

Mika melihat Syirah, seperti sebelum ini. Dia ketakutan. Daniel dan Hazel bersedia untuk melompat. Mereka perlu melompat lebih dari 3 kali. Jika gagal, automatik dibuang daripada kumpulan. Ketinggian setinggi 50 kaki.

Lompatan dimulai oleh Hazel kemudian Daniel. "Syirah kalau kau tak yakin, kau tak.."

"Tak Mika, aku perlu buat. Aku taknak dibuang."

"Syirah! Kau boleh!" Hazel memberi semangat dari bawah. Syirah melompat, dan dia berjaya.

Anderson kini mengumpul 5 barang, tinggal 3 barang lagi. Kesemuanya telah dilistkan. Melihat Az yang berusaha melawan arus, hanya mendapat 3 barang. Wujud dihatinya ingin menolong.

Lompatan ke lima di mulai oleh Syirah. Syirah memandang ke bawah, kepalanya mula pening. Mungkin keletihan dan oksigen tidak mencukupi.

Tanpa tali diikat kuat, dia terjun tanpa arahan. "SYIRAH!" Hazel menjerit. Baru sahaja dirinya ingin terjun, Mika terlebih dahulu terjun menyelamatkan gadis itu.

Cepat cepat cepat!

"Syirah aku dapat kau! Bertahan Syirah," Mika dapat memegang pinggang Syirah, memeluk badannya dengan erat supaya dia selamat.

"Syirah!" Az di bawah terkedu melihat badan gadis itu melayang tanpa tali.

Gadis itu cuba membuka mata, "Aku.. Aku dekat mana ni?"

"Hospital. Jangan bergerak, kau lemah ni." ujar Az.

Badan gadis itu terbaring melihat siling. Melihat sekeliling, hanya terlihat segelintir kawannya. "Mana Hazel?"

Az berpandangan dengan Mika. "Dia takboleh keluar dari kawasan latihan. Kau pun tahu." ujar Mika.

"Kenapa?" Hazel menatap mata Riduan.

"Dia tak cukup kuat,"

"Tapi dia dah lepas tiga kali lompatan, apa lagi kau nak?!" Hazel mempertahankan kawannya.

"Tak Hazel. Kau tak faham. Dia boleh ganggu misi korang."

"Kalau dia keluar.. Aku keluar!" Hazel berkeras.

"Tak Hazel. Jangan paksa aku."

"Kalau macam tu, bagi dia peluang. Dia ada potensi."

"Hanya Ketua yang..."

Ketua datang mencelah, "Saya berikan peluang. Tapi ingat! Sekali lagi dia salah. Kamu stay, dia pergi. Faham!"

Nyaris-nyaris Syirah dibuang dari akedemi. Dia tahu, mereka perlukan dirinya. Mereka tidak akan dapat membuang Hazel daripada kumpulan.

"Hazel! Sampai hati tak lawat aku,"

"Hah, aku takleh keluar." ujar Hazel kepada Syirah yang baru discharge.

"Eh mana Anderson?" Syirah mencari kelibat Anderson. Selalunya ada berkumpul sama.

Mereka tunduk. Tidak mahu menjawab. "Hazel? Mana Anderson?" tanyanya lagi.

"Mana Anderson!?" Syirah cemas.

"Dia dah dibuang. Menggantikan kau. Entah hidup atau mati, mungkin bisu." ujar Riduan dari belakang. Hazel menatap mata Riduan oenuh kebencian.

"Tapi Ketua.." Riduan tidak setuju dengan tindakan Ketua.

"Cuma ada syarat. Dia perlu digantikan." ujar Ketua.

"Maksud Ketua?" Hazel perlukan kepastian. "Orang itu dibuang hanya kerana kesalahan orang lain?"

Ketua mengangguk.

"Syirah or Anderson. Choose." Hazel buntu. Dia terpaksa. Bukan rela. Mungkin keputusannya salah, dia dihantui perasaan bersalah.

Lamunan Hazel terhenti apabila seorang staff menegurnya. "Hazel, ada panggilan untuk kamu."

"Hello?"

"Hazel.." Anderson..

"Thank you. Kalau kau tak.. Aku takkan jumpa family aku.. Mak aku dah takde Hazel. Dia meninggal saat aku pulang. Aku sempat jumpa dia Hazel. Terima kasih banyak-banyak."

"Aku minta maaf.."

Spy I Love You! Where stories live. Discover now