Bab 5

821 44 1
                                    

T-shirt hitam berlengan pendek disarungkan. Rambut panjang diikat ekor kuda. Senyuman terukir melihat dirinya di dalam cermin.

You're the prettiest person in the world Hazel.

Lamunan terhenti dek kerana ketukan pintu bilik mandi. "Hazel, cepat sikit. Kita pergi sama-sama." ujar Syirah.

"Kau pergi la dulu. Takyah tunggu,"

Menyusahkan!

Pintu dipulas, terlihat dua orang gadis menunggunya. Hazel menarik nafas, you can do this! Hazel, Syirah dan Az mengatur langkah berjalan ke tempat latihan. So, bukan kitorang je. Ada ahli lain jugak. Ahhh! Riduan memerhati tingkah laku gadis itu.

Dari jauh sepasang mata memandang. "Hairil, ingat. Jangan rosakkan." ujar Ketua menyapa Hairil yang senyap melihat kumpulan gadis itu. "Pergi ke sana, ikut Riduan melatih mereka. Dekat sana kau boleh nampak dengan jelas. Tak perlu berselindung." Hairil menoleh ke kanan melihat Ketua. Hairil mengukir senyuman dan menganggukkan kepalanya. Kemudian berlari anak menuju mereka.

Dari jauh, Hairil memanggil mereka,"Weh weh hahaha," Hairil memegang bahu Riduan. "Ape yang kau nak buat ni Hai.." tanya Riduan perlahan. "It's okay. Aku tau ape yang aku buat." Riduan risau dia akan rosakkan semuanya.

"Good morning everyone. My name is Riduan. Next to me is Hairil. Dia akan join kita untuk bersama-sama melatih kamu semua. Saya harap kamu semua akan beri kerjasama," Riduan menjelaskan satu persatu etika dalam latihan.

Mereka bertujuh diberikan sebuah beg payung terjun dan satu set baju yang lengkap dan sesuai untuk membuat terjunan dari udara. Untuk pertama kalinya, mereka diarahkan untuk membuat terjunan di udara dan mendarat menggunakan payung terjun di kawasan berlabel khas.

Mereka tidak akan dibantu oleh mana-mana tenaga pengajar. "Ingat, hanya terjun dan tarik tali di tepi beg masing-masing untuk keluarkan payung terjun." jelas Riduan. Riduan membawa mereka menaiki helikopter khas. "Enjoy your time." Riduan tersenyum dan mengarahkan mereka untuk berlepas. Kesemua mereka bersuara, nervous kerana membuat terjunan kali pertama tetapi tidak bagi Hazel dan Mika. Mika, Anderson, Daniel dan Smith adalah ahli lama tetapi belum memulakan latihan. Mereka menunggu saat ini tiba.

"Okay everyone dibenarkan untuk untuk membuat freefall. Wish you luck!" ujar Riduan melalui earpod masing-masing.

Syirah yang kelihatan takut untuk terjun disapa oleh Mika, "Hey Syirah. You don't have to do this if you can't.." Riduan bersuara, "You have to do this Syirah." ish sibuk je kau! "Okay Syirah you can do this. Together with me. Hold my hand. We'll jump together alright?"

Kesemua ahli terjun. Hanya tinggal mereka berdua. Syirah mengangguk dan kemudian terjun bersama dalam pegangan tangan Mika. Hazel hanya memerhatikan mereka. Berkerut dahinya memandang mereka. Perlu ke nak sweet even tak tentu hidup ke mati lepas ni? Hazel menegakkan badan dan meluncur di udara.

Mereka terbang di udara dengan gelak tawa. Riduan di stesen tersenyum mendengar kegembiraan mereka tiba-tiba, "Did you think that you were going to jump just like that? Kamu fikir takde benda halang? You're wrong about that." ujar Hairil. Kesemua ahli terhenti ketawanya.

"What have you done Hairil?!" Riduan memarahinya. "Tenang. Ini sememangnya cabaran untuk mereka."

"Salah seorang daripada kamu.. Tidak memiliki payung terjun. Gembira?" Hairil tersenyum mendengar reaksi terkejut mereka. Keadaan menjadi tidak terkawal. Dalam ketinggian 1219 kaki, sesiapa sahaja akan mati tanpa payung terjun.  Melayang-layang di udara tanpa payung terjun? Itu gila.

Hazel dan Mika serentak memberi cadangan, "Semua pegang tangan masing-masing! Jangan lepas! Buat bulatan cepat!" Kesemua ahli patuh dengan arahan. "Tarik tali di tepi beg, seorang demi seorang!" ujar Mika. Dimulai dengan Anderson kemudian Az dan seterusnya Smith. Tinggal mereka berlempat, Syirah, Mika, Hazel dan Daniel.

Dalam ketinggian 500 kaki, Smith menarik tali payung terjun nya tanpa menunggu arahan."I'm sorry I can't wait for you guys. I don't want to die!" Smith mementingkan diri.

"Smith! No! We're out of numbers! Kita kekurangan ahli!" Hazel menjerit memarahinya tetapi Smith terlebih dahulu menarik tali itu. "Kau teruskan Syirah! Tarik tali kau!" Hazel mengarahkannya.

"So tinggal kita berdua, I'll hold you no matter what okay?" Mika menyilangkan kakinya ke badan Hazel. Hazel terkedu. "Mine or yours?" Mika menyambung, "It must be me right? You know it would be you." Mika menarik tangan Hazel supaya memaut kepadanya. Mika yakin orang itu ialah Hazel. Tanpa Hazel, latihan ditangguh. Semuanya bergantung pada Hazel.

Pada ketinggian 300 kaki, Riduan sudah mula risau. Ia ketinggian yang jarang dicuba."Tarik tali sekarang Mika!" ujar Riduan. Ketua yang melihat kejadian itu mengharapkan lebih daripada mereka. Hairil berdebar menunggu. Mika menarik dan keluar payung terjunnya. Kerana sentakan daripada angin yang menolak payung terjun itu, Mika tertolak ke belakang. Hampir melepaskan badan Hazel.

Bughhh!

Mereka jatuh di atas kawasan berlabel. Hazel terkedu. Kenapa aku? Kenapa semuanya aku? Hazel mempersoalkan dirinya.

Ketua tersenyum melihat kejayaan mereka. Hairil dan Riduan turun ke platform. "Syabas, semua buat yang terbaik tetapi akan ada ahli yang pulang," mereka terdiam. "Smith, kemas barang dan balik."

"Tapi kenapa?" Smith kecewa.

"Kerjasama." Hairil membalas. "Semua boleh berehat di bilik masing-masing."

Hanya Hazel yang belum bergerak. Hazel memandang Riduan dengan mata yang marah. Riduan tidak berani melihatnya walaupun dia berpangkat besar daripada Hazel.

"Hazel.."

"Why me?!"

"Bukan aku buat. Kau marah dekat orang yang plan benda ni. Aku cau.." Riduan melarikan diri. Tahu dirinya kalah dengan amarah gadis itu.

"Kau?!" Hazel melihat Hairil dengan pandangan yang tajam.

"Kenapa aku? Tak boleh ke pilih orang lain?!"

Hairil melangkah ke hadapan. Berdiri sedekat yang boleh dengannya sehingga tiada ruang memisahkan mereka. Hairil membisikkan sesuatu, "Kau kena periksa betul-betul." Hairil menarik tali di beg Hazel.

Tiba-tiba, Hazel tertarik ke belakang dek kerana payung terjun yang keluar dari begnya. Hazel terkedu. "Tapi kau kata.."

"Itu hanya kata-kata." Hazel berasa malu menuduh Hairil tanpa bukti. Kenapa aku bodoh sangat, tak check awal-awal? Hazel menutup mukanya kerana malu. Hairil ketawa dan berlalu pergi.

"Kau sengajakan? Kau happy Hairil?" tanya Riduan. Hairil tersenyum melihat Riduan.

Spy I Love You! Where stories live. Discover now