Bab 11

652 34 0
                                    

Seorang lelaki mengendong kanak-kanak perempuan. Wanita dalam lingkungan 30 tahun mengikuti langkah lelaki dan memegang erat tangan seorang budak lelaki. Semakin cepat mereka berlari.

Splash! Splash! Lopak air dipijak.

"Aina, kamu tunggu di sini. Pegang anak kita." lembut bicaranya. Menyorokkan mereka berdua di sebalik timbunan kayu.

"Abang.." Tangannya menggapai tangan lelaki itu. Terlepas genggamannya. Dipeluk erat pelukan budak perempuan itu dan budak itu. Berharap keselamatan mereka. Air hujan membasahi mereka.

Tiba-tiba timbunan kayu dibongkarkan, "Kau ingat senang-senang kau nak lari?!" lelaki sebaya suaminya mengacukan pistol.

"Bagi budak tu!" dia mengugut untuk membunuh sekiranya Aina tidak mengikut kemahuannya. Pelukan semakin erat, dirinya memulakan langkah berlari semahunya. Berlari daripada kejamnya dunia ini.

Bang! Bang! Dua das tembakan. Satu tersasar tetapi satu mengena. Peluru  menembusi perut wanita itu.

Aghhh abang.. Baby..Hairil.. Aku kena kuat.. Demi mereka..

Budak perempuan itu menangis, Aina rebah lemah tak terdaya. Dari jauh lampu kereta terlihat. Semakin dekat semakin terang.

Tembakan dilepaskan.. Kereta tersebut melanggar penembak itu. "Aina, cepat masuk ke dalam!"

"Abang.. Ughh.. Abang bawak anak kita jauh dari sini.. Jangan sampai.. Ughh..mereka dapat dia.. Dan.." Aina menahan kesakitan,menekan luka tembakan di perutnya.

"Tak! Kita datang bersama, kita pergi bersama! Saya takkan tinggalkan awak!" Aina memasukkan  budak perempuan itu dan budak itu ke dalam kereta sebelum suaminya menghabiskan ayatnya.

"Aina.. Kenapa degil.."

Semakin ramai konco-konco lelaki tersebut. "PERGI!" Aina yang tak terdaya tewas di tempat kejadian.

"MAMA!" Hairil tersedar dari mimpi. Air mata mengalir di pipi. Kejadian itu berulang hari demi hari. Pengakhiran tetap sama tiada perubahan. Ingin dirinya merungkaikan mimpinya.

Kau kena kuat Hairil! Langkah dipercepatkan menuju ke pusat latihan. Melihat 5 orang remaja berlatih sesama sendiri. Pedang pisau diacu ditusuk. Semakin hari semakin hebat langkah mereka.

"Okay rehat! Rehat!" Riduan memberi arahan apabila melihat ketibaan kawannya, Hairil.

"Eeh Hairil datang." Syirah menyambut riang.

"Lama tak nampak." sambil tangannya membuka ikatan tali di baju perisainya. Tak berubah gaya kau walaupun sudah beberapa bulan di sini, Hazel.

"So macam mana latihan okay?" Hairil beramah mesra.

Mereka berehat seketika. "Hazel, nanti jumpa Ketua." arah Hairil.

"Ketua? Ada apa?"

Hazel dijemput duduk, "Kamu masih ingat syarat yang diberi sebelum memasuki pusat ini?"

"Kematian palsu?"

"Ya.. Mungkin waktunya telah tiba," Ketua memberi segelas air coffee, tidak dijamah oleh Hazel. "Kenapa tak minum?"

"Saya tak minum coffee." jelasnya. Hahaha spesis ibu kamu betul lah.

"Esok.. Kamu ikut dua pegawai polis. Berjumpa atuk dan jelaskan bahawa kamu akan menerima hukuman mati. Jangan lebih dari itu. Pastikan atuk kamu percaya.." Ketua menarik nafas dan menyambung, "Setelah itu kamu akan melalui wartwan. Mereka akan menyebarkan kematian kamu."

"Baik Ketua." Hazel beredar setelah perbincangan tamat.

Tangannya digari semula. Kereta dihidupkan dan bergerak ke vila atuknya. Rasa risau mula timbul. Gelisah itu pasti. Bodyguards muncul di serata tempat. Mereka juga hairan melihat Hazel digari.

Dari jauh bayangan orang tua kelihatan, "Atuk!" Hazel menjerit memanggil atuknya.

Tuan Kamil mengangkat kepala dan melihat cucu kesayangannya digari dan dibawa ke vilanya. "Hazel.." Atuk mendapatkan Hazel, memeluk erat cucunya.

"Hazel.. Hazel dah dibebaskan?"

"Tak atuk," riak sedih diwajahnya dibuat-buat. "Mungkin ini kali terakhir kita berjumpa. Hazel sayangkan atuk. Betul lah apa yang atuk kata.. Rupanya menjadi doa.."

"Apa doa? Kenapa ni.."

"Atuk.. Hazel terpaksa tinggalkan atuk, Hazel.."

"Tak! Kamu takkan mati kan, dia takkan mati kan?!" pandangnya ke dua pegawai polis itu.

"Atuk kena terima hakikat.." Hazel tak sempat menghabiskan ayatnya.. "Jom pergi.." pegawai polis itu menarik gari Hazel dan berlalu pergi.

"Hazel.." terasa sepi hidupnya setelah kepergian Hazel. Tak sangka selepas berbulan-bulan.. Aku takkan dapat melihat mukanya lagi. Air mata mengalir di pipi orang tua itu. Tidak sangka itu pertemuan terakhir dengan cucunya.

Wartawan-wartawan mengerumuni Hazel. Flash di sana sini mengambil gambarnya.

Tidak disangka kematian dirinya menjadi satu bencana. Aku mati pun masuk berita, bukannya famous sangat aku ni. Lainlah atuk..

Dilihat dirinya di sebuah kotak television. Staff dan ahli melihat berita itu di cafe. Kematiannya menjadi isu terhangat.

Anak jutawan diberi hukuman mati.
Hazel Natasha Biadab!
Anak jutawan mati
Siapa pewaris harta?

Sana sini berita tentang dirinya diperkatakan. Walaupun sudah sepuluh hari berlalu, tetap berita itu muncul di berita dan newspapers.

Seperti mimpi melihat kubur sendiri.  Agaknnya mayat siapa dalam ni?

"Kalau betul-betul kau dalam ni kan bagus.." tiba-tiba suara seorang lelaki muncul.

"Kau.. Kalau tak celupar tak boleh ke? Jadi masalah untuk kau? Takut nanti sakit?" Bertalu-talu soalan diajukan kepada Hairil.

"Cepat sikit. Nanti ada orang nampak, dah satu hal lagi."

"Hairil.." belum sempat dirinya berkata-kata, Hairil menariknya pergi ke belakang pokok. Mulutnya ditutup rapat. Tangan Hairil melingkari tubuh Hazel. Terasa hangat.

Beberapa minit kemudian, tangannya dilepaskan. Hazel masih merenung wajah Hairil. Hairil memetik jarinya, "Hey fokus. Kita kena balik sekarang sebelum lebih ramai yang datang." Hairil terlihat bodyguards Tuan Kamil berlalu pergi. Mungkin ada rancangan mereka.

Malam itu, Hairil dan Riduan tiada bersama mereka ketika latihan. Hanya mereka berlima di pusat latihan menembak.

"Hairil.. Kau pasti?" Riduan menginginkan kepastian. Hairil mengangguk menunggu kedatangan seseorang.

Akhirnya para bodyguards datang dalam 6 orang membawa peralatan menggali. Mungkin menggali kembali kubur Hazel. Mungkin Tuan Kamil syak sesuatu.

Hanya ditemani cahaya lampu jalan, mereka memulakan penggalian. Tiba-tiba, ada tangan yang menepuk bahu salah seorang daripada mereka. Dia menoleh, buk! Satu penumbuk dikenakan di pipi.

"Dah lama aku tak merasa." ujar Riduan. Penumbuk diberikan, mereka bertempiaran melarikan diri menahan kesakitan.

"Tak boleh dibiar, laporkan kepada Ketua. Dia tahu apa nak dibuat." ujar Riduan.

Hairil masih berjaga-jaga. Kemungkinan mereka kembali memang besar. Kenapa perlu gali balik? Orang tua tu tahu benda ni? Tapi macam mana? Ahhh serabut! Nak kena kawal lagi, satu hal dah! Kena siasat lagi hm..

Spy I Love You! Where stories live. Discover now