Bab 3

885 46 0
                                    

Matanya berpinar-pinar melihat cahaya lampu yang menyuluh ke arah mukanya. Baru sahaja ingin menggerakkan tangan untuk menghalang cahaya itu, tiba-tiba terasa tangannya disekat seperti terikat. Kepalanya pening terhuyung hayang. Hazel mencuba membuka mata dengan luas.

"Aku.. Aku dekat mana ni?" matanya masih tertutup. Pertanyaannya lemah tidak dijawab. Tiba-tiba, BANG! Pintu dibuka luas. Cahaya lampu dialih arah.

"Aku tanya.. Aku dekat mana? Jawablah!" tenaganya bersisa sedikit sahaja. "Ape yang korang nak? HAH!" masih pertanyaannya sepi tidak dijawab.

"Kau jangan risau. Kau selamat di sini." ujar lelaki yang memakai cermin mata hitam dan kemeja hitam.

"Tapi kenapa aku diikat?"

"Kami tak mahu kau lari."

"Apa yang kau nak?" sakit kepalanya ditahan. Kemudian lelaki itu menarik meja yang diletak di dinding. Diletakkan makanan di hadapan Hazel. Lantas dia membuka ikatan Hazel. "Makanlah.. Dah sehari kau pengsan. Maaf, mungkin budak aku terlampau kasar."

"Sehari? SEHARI!" Hazel terkejut dengan penjelasan lelaki itu. Aku pengsan sehari? Atuk tak cari aku ke? Agaknya atuk risau tak? Motosikal aku macam mana?!

"Atuk aku tak cari aku?" lemah suaranya. Hazel yang kehausan mengambil segelas air lalu meminum sehingga habis. "Dia tak cari. Entah dia tahu atau tak tentang kau, aku pun tak tahu. Sejak kau pengsan, takde berita pun keluar pasal kau."

"Boleh tak aku nak... Aku nak air lagi. Haus," pinta Hazel. Tengkuknya terasa sakit. Makanan terhidang dijamah perlahan.

"Nah air kau." air dihulurkan kepada Hazel. "So, kau nak ape dari aku?" dengan jelingan tajam dari Hazel.

"Aku nak jadikan kau sebagai agent aku. Kau sanggup berkhidmat untuk negara?"

"Tapi kenapa aku?"

"Aku dapat lihat potensi dalam diri kau. Lagipun kau salah seorang mangsa daripada pembunuhan 12 tahun lepas."

Kalau aku taknak? Mangsa pembunuhan? Wau menarik.

"Kalau kau taknak, kami terpaksa membunuh ataupun kau akan kami diamkan."

"Maksud kau?"

"Kami perlu lindungi kewujudan unit rahsia kami. Kami akan membunuh sesiapa yang tahu mengenai unit ini. Kami diamkan dengan cara menyeksa kau sehingga bisu atau mengerat lidah. Choose."

Aghhh bodoh! Memang taklah aku nak mati, belum masanya. Nak bisu? Lagilah taknak. Aku nak jerit ape dekat orang nanti.

"Apa maksud kau, aku terlibat dengan kes pembunuhan?"

"Kau ingat masa kau berusia 5 tahun? Ibu bapa kau mati masuk gaung tetapi kau selamat. Kau ingat?" belum sempat Hazel menjawab, dia menyambung bicaranya. "Kau tak pelik, ibu bapa kau masuk gaung tapi kau selamat padahal kau ada dalam kereta bersama mereka? Kau taknak cari penyebabnya?"

"Macam mana kau tau.. Semua ni? Dari mana kau tau?" Hazel hilang arah mengingati kisah silamnya.

"Kami ditugaskan menyelesaikan kes ini. Tapi kami perlukan bantaun kau. Kami akan latih kau menjadi yang terhebat tetapi dengan satu syarat."

"Apa syaratnya?"

"Kau akan mati dalam ingatan orang lain. Kematian palsu kau akan disebarkan. Ia untuk keselamatan kau dan atuk kau. Kalau kau setuju, esok kau akan ke sekolah untuk menjalankan rancangan kita."

"Boleh tak aku nak masa? Benda ni mengejut, kau tau tak. Aku tak kenal kau siapa! Tiba-tiba culik aku dan offer aku benda ni."

"Aku bagi masa hanya sampai tengah malam ni. Tapi kau akan tetap di sini. Kami taknak rahsia kami terbongkar."

Lelaki itu keluar dari bilik segi empat ini. Dia ditinggalkan sendirian.

Aku patut terima untuk keselamatan aku? Atau aku tolak untuk kecacatan aku? Atuk.. Hazel nak atuk.. Air mata mula mengalir di pipi Hazel. Sepanjang hari Hazel berfikir sama ada terima atau tidak.

Spy I Love You! Where stories live. Discover now