"Are you sure about this?"
"Yes, Ketua. Kami dah siasat pasal ni. Apa tindakan kita selepas ni?" Hairil dan Riduan menunggu arahan daripada Ketua.
"Lindungi Hazel. Jangan sampai orang lain tahu."
Usai perbincangan tamat, mereka bersurai. "Apa plan kau?" Riduan memandang Hairil.
"Aku tak tahu."
Mereka bertujuh menaiki pesawat mengikuti penerbangan ke Tokyo.
"Hazel, kau tak rasa kau dah melebih ke?" tawa Mika meletus. Hairil menahan tawa kali pertama melihat Hazel apabila di lapangan terbang tadi.
"Kalau korang nak gelak, korang gelak lah! Takpayah fake sangat!" Hazel menjeling.
1...2...3... Hahahahaha pecah tawa mereka melihat Hazel.
Dah ah! Nak pergi! Hazel mengangkat kaki dan duduk jauh dari mereka. Masing-masing terdiam. Manakan tidak geli hati melihat pakaian Hazel. Sebelum bertolak, Hairil menyuruhnya untuk cover dirinya supaya tak menarik perhatian dan tidak menonjol.
Tetapi apa yang dipakainya sekarang.. Beach hat berwarna hitam, mask hitam dan selendang di kepalanya. Kot hitam panjang dan kasut sukan hitam. Malah makin menarik perhatian orang sekeliling.
"So siapa nak pujuk?" Mika masih dalam tawanya.
"Let me.." ujar Syirah.
"TAK PAYAH! AKU TAK NAK!" dari jauh kedengaran suara gadis itu.
Hairil menghembuskan nafas. Hairil berdiri dan duduk di sebelah Hazel. Maka ahli lain pergi ke depan pesawat, maklumlah pesawat ini disewa khas untuk mereka.
"Hazel.."
"Diam lah, pergi jauh. Takpayah pujuk aku."
"Ermm siapa kata aku nak pujuk kau, aku nak gelakkan kau je," Dia tertawa.
Hazel berdiri tetapi ditarik oleh Hairil. Comel nye lah merajuk cenni.
"Apa kau.." Hazel tertarik dan terduduk di atas riba Hairil. Laju dirinya beralih tempat duduk.
Hairil menarik tubuh gadis itu ke dalam pelukannya. Hazel cuba menolak tetapi seperti tak berdaya, "Ish lepaslah," Hazel tidak melawan hanya membiarkan dirinya diperlakukan begitu.
Terasa hangat dalam pelukan Hairil. Hairil.. Kau.. Kau suka aku ke?
Akhirnya Hairil melepaskan gadis itu. "Dah okay tak? Nak marah lagi? Merajuk lagi?" Hairil memandang tepat ke matanya. Hazel menundukkan kepala.
Hairil mengangkat kepala Hazel dengan jari di dagu supaya melihatnya kembali. Hazel melihat senyuman lelaki itu. Hairil membuka beach hat dan memakaikan cap hitam. Mask diletakkan ke tepi dan diganti cermin mata hitam. Kot dibuka dan dibiarkan t-shirt biru gelap di badan.
"Tak perlu pakai macam ni, ala kadar je. Haa macam ni lah aku nak, bukan selubung diri kau." Hairil tersenyum. "Dah jom, kita ke depan. Banyak lagi nak bincang." Hairil membawanya ke ruang hadapan. Hazel membuka cermin mata dan menggantungkan di bajunya.
"Wow ini yang kami harap dari kau Hazel.. Bukan macam tadi," Mika tertawa. Bukan selalu dapat usik si black cat.
"Okay enough. Duduk," Riduan memberi arahan agar mereka dapat mendengar semua inti yang perlu mereka buat.
"Ini mungkin pengalaman pertama kamu. Mungkin latihan kamu akan habis awal daripada dijangka. Ini bukan latihan. Kamu perlu diuji. Jika gagal, kamu tahu apa akibatnya,"
Riduan menyambung lagi, "Az.. Kamu perlu dapatkan jaringan kriminal dunia maya supaya penjahat dapat dikesan."
"Kami dapat tahu bahawa penjahat kriminal mencuba menyerang reaktor nuklear di Tokyo. Dijangka di Tokyo ada sebuah tempat akan menjadi satu tempat berkumpul para penjahat." Hairil menerangkan lagi.
"Tapi kenapa kita? Bukankah ada unit rahsia jugak dekat Tokyo?" ujar Syirah.
"Pernah tak korang tengok cerita Avengers? Shield? Haa kita macam tu lah agaknya. Unit rahsia kita bergabung dengan seluruh negara." jelas Riduan.
Pesawat mendarat di lapangan terbang Tokyo. Langkah diteruskan menuju ke dua buah kereta. Mika, Riduan, Syirah dan Az menaiki kereta putih. Manakala Hazel, Daniel dan Hairil menaiki kereta hitam. Kereta digerakkan menuju ke pusat rahsia. Setiap seorang diberikan pistol untuk kecemasan.
Setibanya di pusat rahsia, segala keperluan dan kelengkapan diberikan. "Agaknya bila mereka berkumpul?" Hazel menanyakan kepada Hairil.
"Dua hari lagi."
Az kini telah mula memintas, memodifikasi dan menerobos masuk ke dalam satu jaringan internet. Dia mengambil alih jaringan itu, membuat satu identiti untuk Mika dan Hazel. Mika dan Hazel akan dimasukkan ke kumpulan penjahat Tokyo.
Kumpulan ini digelar 'White Dragon'. Di dalam kumpulan itu terdapat spy paling banyak. Nama dan wajah mereka tidak diketahui. Cara mengetahui hanya melihat tanda di badan mereka. Kesemuanya berlainan tanda. Bagi mengelirukan penjahat.
"Hazel. Jaga diri." Hazel mengangguk dan bersedia pergi ke kawasan kumpulan itu. Hazel..
Sebuah pergelutan dua orang bersama sekumpulan polis diperhatikan dari jauh oleh ketua kumpulan White dragon. Keberadaan ketua White dragon dapat dikesan. Mika dan Hazel berpura-pura menyerang polis dan membuat kecoh. Itu sahaja caranya untuk meyakinkan ketua mereka.
Bang! Bang! Bang! Penduduk bertempiaran lari. Hazel berlawan dengan pegawai polis untuk melepaskan diri.
Hanya ketua White dragon dan konconya masih duduk di dalam kereta. Tidak berganjak sama sekali. Hazel tiada pilihan, lari dan masuk ke dalam kereta itu. Mengacukan pistol di kepala Ketua White dragon. "Andrew! Come on! Get in to the car!"
"Drive faster! Or he die!" Hazel mengugut konconya.
"離れて (Hanarete bermaksud pergi)" Ketua White dragon mengarahkan konconya. Kereta itu bergerak ke tempat kumpulannya.
"Come in." Mika dan Hazel menurut langkah Ketua White dragon. Langkah mereka terhenti di pintu coklat besar. Mungkin pejabatnya.
"Where are you from? Both of you like don't know who am i, right?"
"Malaysia and Singapore." ujar Mika.
Dia mengajak mereka memasuki kumpulan dan berjabat tangan,
"隠れ場所があるのはありがたいです。(kakure basho ga aru no wa arigataidesu bermaksud saya bersyukur kami ada tempat perlindungan)"
Rancangan mereka berjaya.. Kini hanya menunggu arahan daripada Riduan dan Hairil.
YOU ARE READING
Spy I Love You!
ActionStatus: Completed "Lepaskan aku! Kenapa korang gari aku?!" jerit Hazel Natasha. Kehidupan Hazel Natasha penuh misteri menjadi tanda tanya masyarakat. Hazel Natasha diupah untuk menjadi agent bagi satu unit rahsia keamanan negara. Kematian palsu Haz...