Hairil terduduk setelah Mika dan Syirah datang tanpa Hazel, "Kenapa.." Hairil menutup mukanya dengan telapak tangan, air mata mula mengalir. Setitis demi setitis.
Mika memegang bahunya, "Hairil.. Aku.."
"Masuk dalam.. Biarkan aku sendiri.."
"Tak Hairil, kami takkan biarkan kau sendiri." Riduan cuba mengangkat Hairil, cuba membantunya berdiri.
Hairil menolak Riduan dengan kasar, dia melihat Mika lantas mencekik Mika, "Kenapa kau tinggalkan dia?!"
"Hairil stop!" Syirah mencelah. Hairil yang geram melepaskan dan menampar wajah Syirah.
"Aku sayang dia.. Kau tahu.. Tapi kenapa kau tinggalkan dia?!"
Perit rasa di pipi bekas tamparan sang lelaki, "Kalau aku tak tinggalkan dia, kami mati kau tahu?! Kau pentingkan diri kau!"
"Aku pentingkan diri?! Puas aku cari dia merata tempat.."
"Hairil.." Riduan cuba memberhentikan kata-kata Hairil.
"Tak Riduan.. Biar mereka tahu,"
"Apa maksud kau cari dia merata tempat?" berkerut dahi Daniel melihat lelaki itu.
"Ohh mungkin korang tak tahu nama sebenar aku kan.. Nama aku Hairil Darwish Bin Hazim.. Korang kenal agent Hazim?.."
Walau cuba dihentikan oleh Riduan, "Dia ayah aku.. Ayah Hazel.. Kau tau ape maksudnya?! Hazel adik aku. Terpisah lama, lama sangat. Apa aku mampu buat bila tahu dia dekat mana? Aku cari dia. Aku tengok dia dari jauh. Rindu aku rindu dia. Korang tahu apa?! Tinggalkan dia. Aku ada dia, bila dia takde. Aku dah takde sapa sapa." Hairil menangis dalam pelukan kawannya, Riduan.
"Kau masih ada papa, Hairil." Ketua datang dari belakang, "Semua kumpul dekat bilik meeting."
Apa sebenarnya yang jadi? Syirah berkata-kata di dalam hati.
"Selama dia hidup, aku yang jaga dia. Ayah dia dah amanahkan untuk aku jaga mereka berdua, tapi malangnya mereka terpisah.."
12 tahun yang lalu...
"Raz.. Aku dah tahu siapa dalang sebalik semua ni, aku dan Aina akan ke sana. Kau tunggu kami."
"Baik," hampir sahaja panggilan itu diletak, Hazim bersuara lagi, "Raz.. Kalau aku tak selamat. Kau jaga Aina dan anak-anak aku. Kau tau kan.."
Panggilan diletakkan. Raz memundar-mandir, ke sana ke sini. Tak tentu arah menunggu mereka.
30 minit kemudian, telefon berbunyi. Ganggang telefon diangkat, "Hello hello.. Hazim kau ke tu?" cemas. Bergetar suaranya memanggil.
"Raz..aku tinggalkan anak aku di kilang lama, kau ambil mereka. Aku tak mampu.."
"Aina mana Zim?"
"Aina terkorban.." teresak-esak suaranya menahan tangisan, "Aku terpaksa pergi.."
Bang! Bang!
Bunyi tembakan kedengaran. Hazim meletakkan telefonnya. Raz bergegas mengambil kunci kereta, memanggil agent lain untuk membantu.
Semua agent pergi ke lokasi akhir Hazim kecuali Raz. Raz pergi ke kilang lama untuk mengambil anak Hazim.
Tiba di Kilang itu, "Hairil! Hairil!" dia memanggil-manggil nama Hairil. "Papa! Papa! Hairil dekat sini." Hairil mengendong adiknya yang tertidur.
"Papa, daddy mana?" mata Hairil masih bersisa tangisan. Masih kecil terpaksa hadap semua ini. Raz hanya diam tidak bersuara.
Tiba-tiba, kepala Hairil diacukan pistol. Seorang lelaki yang dikenalinya, dahulunya rapat tetapi kini tidak lagi. Kerana dia juga, hubungan Raz dan Hazim renggang.
"Serahkan budak tu, atau dia mati!"
"Tak aku takkan! Kau pengkhianat!"
"Aku khianat? Kau dan lelaki tu lah yang khianat! Kau berdua rampas Aina dari l aku! Buatkan dia benci dengan aku!"
"Itu salah kau sendiri! Lepaskan Hairil, dia langsung tak bersalah dalam hal ni."
"Bagi budak tu, rampas budak tu dari tangan lelaki durjana!" seraya itu, konco-konconya mengambil Hazel dari tangan Raz.
"Tak, adik Hairil papa. Jangan bagi dia ambil adik Hairil, Hairil sayang adik Hairil." Hairil menangis, merayu supaya adiknya tidak diambil.
"Hairil, kamu taknak adik kamu mati kan. Takpe, satu hari nanti kita akan jumpa dia balik. Papa janji. Buat masa sekarang kita lepaskan dahulu." Hairil menangis dalam dakapan Raz.
"Raz.. Kau pasti nak tengok kawan kau buat kali terakhirkan? Kau tengok dekat atas tu," lelaki tersebut menunjuk ke puncak gunung. Sebuah kereta ditolak oleh empat orang lelaki ke gaung.
"Tak! Kenapa kau sanggup buat macam tu!"
"Saja~"
"TAKKK! DADDY MAMA! KENAPA PAKCIK KEJAM SANGAT?!" Hairil meraung menangis semahunya.
Kereta ditolak terawang-awang dan akhirnya terhempas di gaung membuat satu letupan yang besar.
Hairil menangis dalam pelukan Riduan. "Papa, dia rampas balik Hazel.."
Ketua terdiam. Lidahnya terkunci. Mendengar apa yang dilaporkan, dengan letupan dan perlanggaran pasti Hazel tidam mampu hidup lagi.
"Biarkan kami sendiri." Ketua meminta semua agent bersurai termasuk Riduan.
"Kau happy Syirah? Kau pisahkan dia dan Hairil. Lagi.. Sekali lagi.." Mika berlalu pergi. Daniel dan Az juga pergi mengikut langkah Mika.
"Takpe, kau tak tahu. Mungkin ini takdir," Syirah menangis dalam dakapan Riduan. Riduan kaku tidak bergerak. Dia meletakkan tangannya ke atas kepala Syirah. Berharap Syirah berhenti menangis.
"Hazel!" nafasnya tercungap-cungap. Air mata masih mengalir di pipi. Hairil sedar selepas pengsan selama dua hari. Dia shock dan pengsan. Badannya lemah tak terdaya. Hanya berbulan dia berjumpa adiknya. Hanya berbulan. Dia menangis.
"Hairil.. Kau dah sedar.." Syirah menjaganya selama dua hari kerana rasa bersalahnya.
"Kau! Kau pergi! Aku taknak tengok muka kau! Nyah kau dari sini!" Hairil tidak dapat menerima kenyataan.
"Hairil..Aku.. "
"Pergi!"
"Hairil sabar!" Ketua datang menenangkan anak angkatnya. "Syirah kamu pergi dahulu. Terima kasih jagakan Hairil."
Syirah akur.. Dia juga rasa bersalah dengan dirinya. Disebabkan kematian Hazel, dia dihukum oleh persekitaran. Semua orang menyalahkannya, walaupun tidak diambil tindakan. Dia sakit dengan layanan orang sekelilingnya.
Maaf Hazel..aku betul-betul minta maaf.. Air mata dikesat..
YOU ARE READING
Spy I Love You!
ActionStatus: Completed "Lepaskan aku! Kenapa korang gari aku?!" jerit Hazel Natasha. Kehidupan Hazel Natasha penuh misteri menjadi tanda tanya masyarakat. Hazel Natasha diupah untuk menjadi agent bagi satu unit rahsia keamanan negara. Kematian palsu Haz...