"Ahhh nak air nak air.." serupa kayu ditiup angin badan Syirah lemah gemalai meminta air. Baru berapa minit daki, dah minta air.
Takda siapa pedulikan dirinya. Syirah dengan dramanya berpisah tiada. Buk! Bunyi seperti nangka jatuh. Syirah pura-pura pengsan.
Mika tunduk ingin mengangkatnya dihalang oleh Hairil, "Biarkan. Nanti ada harimau, pandai-pandailah hidup." Niatnya hanya ingin menakutkan Syirah tetapi ada orang lain yang ketakutan.
Beberapa minit kemudian, "Em Hairil.." Hairil memandang Hazel. "Betulke ade pak rimau?"
Daniel menyampuk, "Takkan black cat pun takut sedara sesama kucing kot?" Daniel tertawa.
Hazel menjelingnya membuatkan tawanya terhenti. "Ha'a. Ada rimau." ujar Hairil. Black cat konon,sejak bila lah ada gelaran pelik-pelik ni.
Mereka bergerak bersama. Kemudian terhenti di sebuah jambatan gantung, "Kalau kita nak ke puncak, perlu lalui jambatan ni." jelas Riduan.
"Kau biar betul ni? Tak tengok ke rapuh tu? Kang ada yang jatuh tergolek ke bawah." siapa lagi kalau bukan Anderson.
"Kau ade guna akal tak sebelum bercakap ni? Kita lalu lah sorang-sorang. Kalau kau mati, bye bye." Hazel mengejeknya. Dasar mulut becok!
Seorang demi seorang berjalan di atas jambatan gantung itu. Hanya ditemani lampu suluh melekat di kepala. Kawasan pergunungan itu dipenuhi kabus dan embun yang tebal. Hanya lampu menjadi sumber.
Tiba saat Hazel melangkah melimpasi jambatan itu, kakinya terpijak kayu yang hampir patah.
AHHHH! Kakinya termasuk di jambatan itu, Hairil mendengar jeritannya segera pergi ke arahnya. Menarik tangan Hazel yang berpaut pada tali.
"Pegang tangan aku, jangan lepas!" tenaganya dikerahkan untuk menarik badan gadis itu ke atas. Hazel berjaya ditarik. Mereka meneruskan perjalanan ke hujung jambatan.
"Kau okay tak Hazel?!" Az cemas melihat darah di kaki Hazel. Kakinya tergores di kayu yang tajam, lukanya tidak dalam, darahnya sahaja keluar banyak.
"Itulah.. Tadi kau mengata aku.."
"Sudah! Jangan bertekak!"Hairil mengambil pembalut dan membalut kakinya. "Macam mana? Boleh jalan?" nampak diwajah Hairil risau cemas takut melihat Hazel.
"Aku.. Ughh.. Boleh."
"Aku tak rasa kau boleh. Sini aku papah kau." tak sempat Hazel menolak, Hairil dahulu bertindak. Hazel melihat wajah Hairil dari dekat.
Hairil.. Kau.. Entah kenapa aku rasa tenang dengan kau.
"Takpe aku boleh jalan sendiri.."
"Jangan degil. Aku papah sampai puncak."
"Tak, tak perlu. Aku sendiri boleh jalan." Hazel masih bertekad.
Hairil melepaskannya. "Eh Hairil, jangan dibiar budak tu." ujar Riduan terdengar bunyi Hazel diletak ke bawah.
"Dia yang taknak."
"Kalau dia taknak dan kau taknak angkat, biar aku angkat." sebelum tangan Mika menyentuh Hazel, Hairil terlebih dahulu mengangkatnya.
"Dah pergi baris."
Perjalanan diteruskan. "Kau penat, aku jalan sendiri." Hazel bersuara.
"Kenapa kau degil?"
"Aku taknak kau susah."
"Aku dah lama susah, aku cari kau merata tempat.."
"Hairil!" sebelum Hairil hilang kewarasannya, Riduan mencelah.
"Apa maksud kau?" Hazel bertanya. Hauril diam membisu. Dia diletakkan ke bawah. Gadis itu berjalan sendiri ke puncak. Terhenjut-henjut menahan sakit. Mahu dirinya menolong Hazel, tetapi tak mahu disoal seperti tadi.
Mereka tiba saat matahari terbit. Betapa senangnya hati mereka melihat matahari terbit. Hazel duduk bersama Syirah. "Sini aku letak ubat." Syirah menyapu ubat dan membalut kakinya. Kerana angin sejuk, darahnya cepat membeku. Platlet cepat bertindak.
"Wait! Kita perlu turun lagi ke?" Anderson tiba-tiba terfikir. "Ye do, acanne?" Syirah juga sama.
"Tak.. Kita terjun." Riduan menunjukkan payung terjun yang ada di atas puncak.
"Nak terjun lagi?" Hazel dengan wajah tak puas hati. "Kali ni ada payung terjun betul ke dalam beg?"
Hairil tahu salahnya mempermainkan mereka pada hari pertama. Tapi dia hanya mengikut arahan Ketua.
"Tapi, kau ikut aku." jari Hairil menunjuk ke arah Hazel.
"Apasal pulak?!" cepat melenting minah ni.
"Kau nak patah kaki ke masa mendarat. Ikut jelah." Hairil memikul beg payung terjun dan melekatkan tali pinggang keselamatan di badan Hazel dan dirinya. "Kau sedia?"
Hazel mengangguk. Mereka bersama-sama terjun dan terbang. Dikala embun pagi, kawasan pergunungan terlihat segar. Angin di atas puncak juga terkawal, bukan tiada angin langsung.
Hairil melihat Hazel. Melihat senyuman Hazel, dirinya gembira. Mereka menikmati perjalanan udara ke kawasan mendarat. Melayang-layang di udara dan akhir sekali mendarat bersama.
Kain payung terjun itu menindih mereka berdua. Hazel kini tertindih badan berat lelaki itu. "Kau berat, pergilah." Hazel cuba menolaknya.
"Jangan meronta boleh tak? Aku bukannya rogol kau pun." Hazel terdiam. Bila masa pulak aku kata kau nak rogol aku, bapok ahh!
Wajah Hairil terlalu dekat dengan wajahnya. Hairil leka membuang tali-tali yang melingkari tetapi Hazel melihat wajahnya tanpa berkelip. Hatinya terasa merindui wajah ini tanpa sebab. Bagai bertahun berpisah tanpa mengenali siapa Hairil.
"Apa tengok-tengok?! Kacak sangat ke aku ni?" Hairil tertawa. Mereka keluar bersama dari payung terjun itu. Belum sempat Riduan menegur, Hairil menarik baju Hazel. "Aku bawak budak ni pergi nurse. Kau teruskan. Nanti aku datang balik."
Baju Hazel direntap kuat, dengan tenaga lelaki itu. Dia tertarik mengejut. "Ahh lepaslah, sakit!"
"Nurse. Help her. Kau kalau dah sembuh agak-agak boleh jalan, join kitorang. Faham!" Hairil memandang ke dalam mata Hazel. Gadis itu tersedar bahawa mata Hairil juga unik. Berwarna coklat kebiruan. Seperti pernah dilihatnya.
"Apasal?!" Hairil menghentikan lamunannya.
YOU ARE READING
Spy I Love You!
ActionStatus: Completed "Lepaskan aku! Kenapa korang gari aku?!" jerit Hazel Natasha. Kehidupan Hazel Natasha penuh misteri menjadi tanda tanya masyarakat. Hazel Natasha diupah untuk menjadi agent bagi satu unit rahsia keamanan negara. Kematian palsu Haz...