Bab 18

569 31 4
                                    

Hairil mengejar Jo sehingga ke terowong kereta api bawah tanah. Mata Hairil liar mencari kelibat Jo. Gadis itu duduk di bangku bersebelahan dengan seorang lelaki. Beg diletakkan bersebelahan. Jo terlihat Hairil mengikutinya. Pintu kereta api terbuka, Hairil masih mencari gadis itu. Seorang gadis berlari masuk ke kereta api sambil membawa beg hitam bersama.

"Stop right there now!" Hairil menjerit dan berlari keluar dari kesesakan padatnya manusia di bawah itu. Pintu hampir tutup ketika Hairil sampai di hadapan gadis itu. Jo berdiri di hadapan pintu dan tersenyum. Tangan kiri Jo membuat aksi L bererti LOSER. Pintu tertutup Hairil terdiam seperti tidak percaya apa yang baru dilihatnya tadi.

Hairil keluar dari bawah tanah itu dan membawa motosikalnya pergi ke hotel. "Kita akan dapatkan harta itu kembali." Hairil pergi ke bilik tanpa memandang kawan-kawannya.

"Az track location beg, aku sempat letakkan gps dekat beg tu." Mika berlalu pergi ingin berjumpa Hairil. Daniel dan Riduan masuk ke bilik seperti ada hal mustahak berlaku.

"Hairil.. Kau tahu aku lawan dengan siapa tadi?" Ujar Mika.

"Aku tahu.. Aku nampak.. Riduan, aku dah kata.. Dia hidup lagi, dia bukan imaginasi aku. Aku betul betul nampak dia,"

"Siapa?"

"Hazel," Mika dan Hairil serentak bersuara.

"Kau dah gila? Mika kau sendiri nampak kereta tu meletup kan?" Daniel seperti tidak percaya apa yang didengarnya. Tak masuk akal.

"Kau bagi lense kau, biar dapat buktikan. Betul atau tak," seperti Daniel, Riduan juga tak percaya dengan apa yang didengarnya. Mustahil, seseorang dapat bertahan dengan letupan dan hentaman, sekurang-kurangnya pasti akan cacat. Lense yang dipakai pada mata Hairil dan Mika diserahkan kepada Az. Mereka berkumpul di bilik lelaki, melihat kepastian.

Wajah Hazel terpapar di skrin laptop, pada kedua-dua skrin memaparkan wajah yang sama. Hanya parut di dahi. "Aku dah kata aku tak tipu Riduan, dia hidup lagi!" alangkah gembiranya hati Hairil melihat kembali wajah adiknya.

Bodoh! Macam mana kau boleh hidup lagi?!      

Syirah menjerit di dalam hati. Meronta atas kesalahannya. Syirah berharap kematian Hazel adalah benar, tetapi dalam masa yang sama Syirah kasihan melihat Hairil. Tetapi dendamnya kepada keluarga Hazel suatu ketika dahulu, tidak pernah padam.Hairil bertekad memburu kembali adiknya. Rindu di hati bakal terubat.

Kaki melangkah ke hotel ternama di Jerman. Wow boleh tahan lawa hotel Jerman..  Nabil melihat keadaan sekeliling. Hotel yang dimasukinya adalah hotel sama dimasuki oleh Agents. Penampilan Nabil menarik perhatian mata yang memandang. Para gadis melihat terasa di awangan.

Jari dipetik di hadapan penjaga kaunter, "Miss, can i know which is my room?" penjaga kaunter yang terleka melihat ketampatan Nabil tersedar, "Ohh here your key. Nice look! I'm sorry.. Urmm have a nice day!" oh my god! I never see a man like him! Ohhh he is so attractive! Handsome owww!

Hahaha it's not my fault to be a handsome man hahaha!  Pantang dirinya ke sana ke sini, ada sahaja yang memujanya. Untungnya hidup, lahir-lahir je dah handsome nak mampus. Tapi sehensem hensem aku pun, Hazel tetap tak suka aku hm. Benarlah, Hazel bukan gadis biasa. Tidak tertarik dengan rupa paras.

Penantian Nabil sia-siakah? Tiga tahun dia menunggu gadis yang dicintainya. Dia juga tahu kematian Hazel di tali gantung. Tapi dia tetap menunggunya, mungkin dia berjumpa gadis yang sama paras rupa dengan Hazel? Mungkin..

Beg hitamnya dibawa ke bilik. Diletakkan di atas katil, pemandangan malam yang sungguh indah di bandar Jerman. Penuh lampu di sana sini. Angin sejuk melanggar setiap inci bajunya. Dia masuk ke dalam, menggapai begnya lalu membuka zip.

Sementara di bilik Hairil..

"Hairil.. Aku dah jumpa, tapi beg ni macam terlampau dekat dengan area kita. Macam satu hotel dengan kita." ujar Az.

"Mungkin dia berhampiran.."

"Kau tak pelik ke Ril? Hazel jumpa korang depan-depan kot takkan tak recognized langsung muka korang kan!?" soal Riduan.

"Ha'a Hairil.. Kalau dia Hazel, dah confirm dia kenal korang. Takdenye dia nak lawan korang," Syirah menyokong pandangan Riduan

"Ahh, kau yang sebabkan dia jadi centu dulu kan?" ujar Mika.

"Kisah lama tak payah lah ungkit." Syirah menjeling Mika.

"Mungkin dia lupa, atau hilang ingatan? We doesn't know kan?" ujar Hairil lagi.

"Tak Hairil.. Ada betul jugak kata dorang, kalau hilang ingatan pun dia akan kekal dekat Tokyo. Dia takkan ada dekat sini, kau tahu dia takde passport nak ke sana ke sini." ujar Daniel memberi sokongan kepada Riduan dan Syirah.

"Terserah koranglah, aku nak jumpa Hazel.. Kalau korang taknak, biar aku dan Hairil cari dia dan bawak dia pulang." ujar Mika.

Spy I Love You! Where stories live. Discover now