"Atuk oooo atuk, manakah dikau wahai atukku?" jerit Hazel. Bergemang ruangan vila yang besar milik atuknya.
Tuan Kamel menyorokkan dirinya di antara pintu agar tidak dijumpai Hazel. Sememangnya dia menyayangi Hazel. Hanya Hazel yang tinggal untuk dirinya.
"Apalah atuk ni, tak best langsung, " diiringi nada merajuk oleh Hazel. "Atuk sembunyi tempat sama, dari dulu sampai sekarang hm."
"Atuk tak tahu nak sembunyi mana la," Tuan Kamil memujuk Hazel. "Punyalah besar vila atuk ni, sampai sekarang sembunyi belakang pintu. Apani atuk?" diikuti tawanya.
"Tuan Kamil, Cik Hazel. Maaf mengganggu. Tapi Tuan hanya ada masa 30 minit untuk bersiap. Kita perlu segera berangkat." ujar bodyguard Tuan Kamil. "Alaa, atuk nak pergi mana lagi. Hazel bosan tau tak, kat sekolah bosan sini pun bosan. Atuk nak kerja je manjang, bila nak spend time with your cucu haaa? Majok ahh cenni."
"Atuk ada kerja sayang. Atuk balik malam ni."
"Atuk tipu. Atuk selalu kata balik malam lah itu lah tengok tengok esok lusa baru balik. Atuk, Hazel bukan budak lagi lah."
"Hazel, atuk minta maaf. Tapi ni untuk kesenangan Hazel jugak," tidak berhenti setakat itu, Tuan Kamil menyambung kata-katanya. "Hazel pergi la shopping ke, keluar dengan kawan ke. Kamu semua tolong jagakan Hazel. Bibik masakkan Hazel apa apa yang dia nak. Faham!"
Tuan Kamil mengambil berat tentang keselamatan dan kebajikan Hazel. Ujar atuknya, ramai yang bermusuhan dengan dirinya kerana dirinya merupakan saingan hebat dalam syarikat. Ramai yang ingin menjatuhkannya. Mungkin sebab inilah ibu bapanya meninggal.
"Malam ni aku nak keluar. Tak perlu teman aku." arah Hazel.
"Tak. Kami kena temankan cik. Cik adalah tanggungjawab kami." ujar salah seorang bodyguards nya. Sesiapa sahaja mesti taknak keluar kalau ditemani 10 orang bodyguard kan?
"Korang ni tak faham bahasa ke ape? Aku kata tak perlu tu TAK PERLU LAH. Yang degil sangat dah kenapa, tahulah aku nak jaga diri. Kang aku ngadu dekat atuk kang, mati korang." amarah nya dilepaskan tanpa segan silu.
Mereka semua terpaksa menuruti perintah Hazel. Tak pasal-pasal mati dikerjakan oleh Hazel. Meskipun perempuan, dirinya memang kuat memukul.
Atuknya telah mengajar dirinya untuk mempertahankan diri dari kecil. Dia dimasukkan ke dalam kelas seni pertahankan diri. Tetapi kekuatannya disalah guna.
Hazel mengenakan bomber jacket hitam dan seluar jeans hitam koyak di lutut. Rambutnya kemas diikat seperti ekor kuda. Wangiannya menarik minat lelaki yang menghidu. Sesungguhnya Hazel menarik perhatian ramai lelaki. Malah ada juga wanita yang tertarik dengan dirinya. Kecantikannya diwarisi dari ibunya dan selebihnya diwarisi dari ayahnya.
Motorcycle kesayangannya dihidupkan. Bunyi ekzos motor kuat kedengaran menambahkan kegembiraan hatinya. Lantas dia pergi meninggalkan kawasan vila itu. Motor ditunggangnya dibawa ke sana ke sini. Lincah memotong kereta dan motosikal yang lain.
Gembira hatinya melihat suasana bandar yang penuh dengan lampu berwarna warni. Hazel menuju ke sebuah kelab malam. Motorcycle miliknya diparking. Kedengaran sahaja bunyi motornya, orang ramai berteriak memanggil namanya. Lelaki-lelaki menyanjunginya.
Kemasukannya di dalam kelab malam itu dialu-alukan. Sebaik sahaja kakinya melangkah masuk ke dalam kelab itu, orang ramai mengerumuni dirinya. Sesak kawasan yang dilaluinya.
Tanpa sedar, Hazel diperhatikan oleh tiga pasang mata. Hanya memerhati gerak geri Hazel. Mencari masa untuk menculiknya.
"Lama giler aku tak singgah kat sini woi!" Hazel menjerit kerana bunyi kelab malam yang bising. "Kau tu busy je manjang, memang la lama bodo! Kau mane de masa dengan kitorang!" ahh Putri ni tak habis habis nak sakat aku.
"Aku bukan takde masa, aku kena pindah sekolah lagi!"
"Kau memang tak habis habis nak buat hal kat sekolah. Dah bagus dah dengan kitorang dulu, cari gaduh lagi dah kenapa!?"
"Woi Hazel. Jomla menari!" ajak David. "Aku tak menari la dengan orang macam kau kahkah!"
"David! Kau kena tau, Hazel ni masuk kelab hanya untuk berhibur bukan menari bukan minum. Pergilah nyahh, buang masa kau je sini!" Stacy membalas dengan jelingan tajam ke arah David.
Apalagi! Ketawa lah mereka bertiga. Hahahahaha
"Kau memang taknak couple ke ape ni Hazel?"
"Takda yang nak dengan aku."
"Ramai je lah bodo, kau tu je yang taknak."
"Dorang nak yang baik baik je"
"Kau tu garang sangat la babe. Cuba lembut sikit cam kitorang ni ha. Takyah la asyik nak gaduh je."
Aghhh bingit dorang ni! Dahla dulu asyik nak suruh aku blind date. Gila ke ape!
"Takde masa babe, nak couple ni! Dah jangan tanye lagi. Aku hempuk karang!"
Baru 3 jam berlalu, Putri dan Stacy mabuk hanya dengan 4 teguk arak. Tulahh asyik nak minum, tapi kalah jugak huh menyusahkan aku nak angkat korang. Kang yang bayar teksi, aku jugak bahalol tol la.
Hazel memapah kawan-kawannya dengan bantuan David keluar dari kelab malam itu. Setelah teksi berhenti untuk menghantar mereka ke rumah, David segera masuk ke kelab semula.
Bosan aku takde korang. Kawan Hazel hanya mereka bertiga. Putri, Stacy dan David.
Pelik! Hazel melihat tayar motornya. Macam kurang angin. Hazel melihat dengan lebih dekat. "BABI! SIAPA YANG TAKGUNA PERGI PANCITKAN TAYAR AKU?!" Hazel menjerit. Aku taknak sorong motor ahh bangang tol la nasib.
Tindakan Hazel hendak menelefon bodyguard nya terhalang oleh dua orang lelaki berbadan besar. "Tepilah! Kau tak kenal aku siapa?!" pergelangan tangan Hazel digenggam ketat oleh mereka. "Jangan risau cik, kami hanya menjalankan tugas."
Sebelum Hazel mengeluarkan pukulan mautnya, mereka terlebih dahulu mengeluarkan pukulun ditengkuk Hazel yang membuatkan Hazel pengsan. Mereka telah menyelidiki latar belakang Hazel dan tahu kelemahan serta kekuatannya.
Hazel diletakkan di dalam kereta dan dibawa pergi. Tapi ketika itu David yang keluar kerana terdengar jeritan Hazel sempat melihat kereta yang membawa Hazel pergi. Tetapi kerana mabuk, David hanya membiarkannya.
YOU ARE READING
Spy I Love You!
ActionStatus: Completed "Lepaskan aku! Kenapa korang gari aku?!" jerit Hazel Natasha. Kehidupan Hazel Natasha penuh misteri menjadi tanda tanya masyarakat. Hazel Natasha diupah untuk menjadi agent bagi satu unit rahsia keamanan negara. Kematian palsu Haz...