Mata si gadis bulat memandang skrin. Pelbagai bahasa dipelajarinya sepanjang hari. Nasib tak pecah kepala aku ni, dekat sekolah belajar sini pun belajar apa do! Hmm..
Kelas bahasa berakhir. Pelbagai bahasa yang perlu seorang agent ketahui. Itu salah satu kelayakan untuk menjadi agent. Agent perlu bijak berkomunikasi dengan masyarakat.
"Kalau hari-hari belajar cenni, otak aku boleh mati woi," Syirah merungut disertai gelak tawa Anderson dan Az.
"Kau, kalau serious nak jadi agent ikut je arahan. Banyak songeh!" gelak tawa mati dikala Daniel bersuara.
"Ilek la Daniel, bukan selalu Syirah merungut. Kau ni tak rilek langsung lah brader," Anderson sebagai back up bersuara.
Seraya itu Az bertanya, "Mika, kau okay tak? Diam je."
"Aku okay. Cuba korang fikir eh, dua hari lepas kita dicabar macam-macam. Kalau 9 bulan? Aku tak rasa semua dapat lepas macam tu je."
"Ada tak kemungkinan mati?" Anderson tiba-tiba menyampuk.
Hazel dengan senang hati menjawab, "Mungkin."
"Kau ni seram la Hazel, ish taknak aku kawan dengan kau," siapa lagi kalau bukan Anderson mulut tak tapis kan.
Hari demi hari, mereka hanya mempelajari bahasa baharu. Kerana kepatuhan, mereka mudah dibentuk. Pejam celik pejam celik, dua minggu sudah berlalu. Hazel dibenarkan bersekolah kembali. Tetapi latihan 9 bulan?
Alam sekolah? Here I come!
Kawasakinya dibawa bersiar sebelum masuk ke kawasan sekolah.
Mata-mata tertumpu melihat black cat, "Kau tengok tu, dia datang balik." suara-suara pelajar ketakutan kedengaran di setiap langkahnya.
"Ahh mampus. Baru je nak senang, dia datang lagi."
"Bawak bala la."
"Weh kita jalan tempat lain, jangan tembung dengan dia."
Korang ingat aku tuli? Pekak? Sabar Hazel. Orang jealous dekat kau, sebab tu dorang centu. Ni kalau kena sikut aku dekat muka dorang, mau menangis mintak ampun!
Hazel berjalan memasuki pintu kelas. Mana meja aku? Dahinya berkerut melihat tempat duduknya hanya tinggal kerusi.
"Kalau kau nak meja, tuuu dekat bawah. Ambik la sendiri." ujar mangsa pukulannya dua minggu yang lalu.
Lantas tangannya digenggam menuju ke wajah lelaki itu, "Hazel, kami bawakkan meja kau. Nahh.." hampir sahaja tumbukan itu mengena di wajah lelaki itu.
Suara mereka seperti familiar, Hazel menoleh. Dua orang lelaki mengangkat meja dan menyimpan di tempat asal. Manakala dua orang perempuan dan seorang lelaki berdiri tersenyum di pintu. What the heck korang buat apa dekat sini? Hazel teruja melihat kehadiran mereka. 2 minggu di tempat latihan, mengajarnya untuk berkawan. Malah dia mulai selesa bersama mereka.
Lantas, Hazel bertemu dengan kawannya, "Korang buat ape dekat sini? Kang orang tau rahsia kita."
"Ahh jangan risau lah, kitorang dipindahkan ke sini. Teman kau." Anderson mencari meja kosong untuk dirinya.
"Teman aku? Kenapa?"
"It's a suprise Hazel. No need to know." ujar Daniel. Mika tersenyum lalu menggosok kepala yang disarung tudung sekolah itu. "Senget ahh tudung aku!"
Az dan Syirah mengambil tempat di tepi meja Hazel. "Kitorang rindu kau la." ujar Syirah. Baju kurung sekolah yang tersarung di badan mereka sesuai kerana usia mereka juga sebaya. Hanya Mika dan Daniel berumur 19 tahun. Bagaimana mereka dapat masuk ke kelas? Itu kelebihan unit ini.
Mika berlesung pipit berpakaian segak seperti pelajar University, mengenakan baju kemeja putih slim fit dan seluar hitam melekat membentuk kakinya. Lengan baju dilipat ke paras siku menampakkan urat tangannya.
Daniel mengenakan baju kemeja putih dan seluar hitam. Gayanya seperti model. Baju kemejanya tidak dimasukkan ke dalam seluar, tidak kemas tetapi rambutnya disikat kemas.
Anderson orangnya tinggi lampai berbaju putih dan berseluar hijau tua seperti pelajar lain. Kasut berjenama Fila hitam dikenakan. Seperti orang kaya memakai jam mahal di tangan.
Perwatakan mereka berbeza. Pelajar lain yang terkedu melihat sekumpulan pelajar baharu yang masuk. "Waaa hensem giler, aku nak instagram dia.." sana sini pelajar perempuan bersuara. Gatal!
Cikgu Zahir masuk dan memberi salam. Dia juga seperti pelajar lain, terkejut melihat pertambahan pelajarnya. Setiap mereka diminta memperkenalkan diri.
Apabila Syirah memperkenalkan diri, lelaki-lelaki di kelas lain sengaja melintas di kelas 5F. Untuk melihat dia. Senyuman Syirah membuat suasana menjadi ceria seperti ada semangat baharu muncul.
Apabila Az memperkenalkan diri, lelaki kelas hadapan sanggup datang dari jauh untuk melihatnya. Bukan apa, Az comel bila senyum. Nampak lesung pipit di pipinya dan berbadan kecil.
Ahh! Part aku kenalkan diri, takdenye korang cenni. Part aku semua nak marah. Hazel geram dengan sikap pelajar. Dia tak sedar bahawa itu memang salahnya. Hazel berpaling ke tingkap, melihat ke luar.
Rindunya aku dekat kau Hazel. Nabil tersenyum.
"Boleh aku join sekali?" Nabil membawa makanannya ke meja kumpulan agent itu.
"Tak!" ujar Hazel.
"Boleh!" ujar Mika.
Mika dan Hazel serentak menjawab. Hazel menjeling Mika. Mika menjemput Nabil duduk di sebelahnya, berhadapan Hazel.
"Nabil kan?" Nabil menganggukkan kepala, "Aku nampak kau tenung Hazel tadi, asal?" Daniel is straight to the point lah!
"Aaa tak lah haha." Nabil segan menjawab.Mereka berbual dan gelak tawa.
Aku tak tahan! Hazel mengangkat pinggan dan berlalu pergi tanpa menoleh kembali melihat Syirah memanggilnya.Tak mudah baginya mendapat kawan baharu.
Nabil menyentuh bahunya. "JANGAN SENTUH AKU!" Hazel mengerutkan dahi.
"Kenapa? Apa yang i buat dekat you sampai you taknak bercakap dengan i? You mengelak dari i." Nabil perlukan kepastian.
"Aku tak kenal kau. Aku taknak kenal kau. Pergi main jauh-jauh syuh syuhhh." balas Hazel. Nabil gagal memujuknya.
"I cuma nak kenal dengan you." ujar Nabil.
Hazel berlalu pergi. Cubaan Nabil gagal. Hati kau keras Hazel.
Dalam perjalanan ke kelas, dirinya ditahan oleh dua orang pegawai polis. Gadis itu terkejut melihat mereka. Lantas mereka mengeluarkan gari, "Ikut kami, jangan melawan!" Hazel meronta-ronta. Tidak tahu apakah kesalahan dilakukannya.
"Lepaskan aku! Apa korang nak? Apa salah aku?!" semakin kuat rontaannya, semakin kuat badannya ditekan ke dinding.
Malah bukan dirinya sahaja, lima orang kawannya juga digari bersama. Tidak meronta, tenang berjalan ke kenderaan polis.
Pelajar yang melihat terdiam, pelik melihat kejadian itu." Kenapa kamu menangkap mereka?" Cikgu Zahir bertanya.
"Lima hari lalu, mereka membuat kesalahan terbesar dan bisa dihukum bunuh." jelasnya.
Hazel diam tidak bersuara. Hazel menoleh ke kiri, terlihat Nabil berdiri di lorong itu. Jelas kelihatan wajah Nabil yang risau. Nabil segera menyapa dia. "Don't worry. I'm fine." Itu pertama kali Hazel berlembut dengannya.
YOU ARE READING
Spy I Love You!
ActionStatus: Completed "Lepaskan aku! Kenapa korang gari aku?!" jerit Hazel Natasha. Kehidupan Hazel Natasha penuh misteri menjadi tanda tanya masyarakat. Hazel Natasha diupah untuk menjadi agent bagi satu unit rahsia keamanan negara. Kematian palsu Haz...