Bab 13

598 36 3
                                    

Dua hari berlalu..

Perjumpaan yang ditunggu-tunggu kini berlangsung di tempat tertutup. "Hazel, kau sedia?" gadis itu mengangguk.

"Apa pun yangbterjadi tetap bersama Mika. Jangan berpisah." ujar Hairil melalui airpod.

"Hairil.. Kalau aku tak selamat.."

"Dah jangan cakap centu, pergi."

"Tak. Aku serious ni. Kalau aku tak selamat, aku nak kau tahu. Aku sayangkan kau. Kau ubah diri aku menjadi aku yang baru. Aku beruntung jumpa kau."

"Hazel jangan merepek." Hairil terkedu mendengar luahan Hazel. Mungkin belum masanya..

Pertama kali Hazel menjejakkan kaki di dalam bangunan lama. Mungkin ditinggalkan bertahun. "Hazel, tetap dengan aku." Mika memastikan keselamatan Hazel.

"Hazel, Mika.. Arah jam 4. Daniel akan pantau korang dari atas. Di luar, Syirah bersedia di dalam kereta. Apa pun terjadi, stay together. Jangan memandai buat keputusan." Riduan bersuara melalui airpod.

Pertemuan antara penjahat dirakam oleh kamera kecil di rantai Hazel.

"Wow you have a new members," seorang lelaki berbangsa india menyertai perjumpaan ini.

"Let me introduce to you. This is Andrew and this girl is Lia."

"Nice to meet you," mereka bersalaman. Lelaki itu memandang pada rantai milik Hazel. Dipandangnya wajah Hazel, "Haha nice necklace."

"Thanks.."

Ketua White Dragon diajak berbual olehnya. Mika dan Hazel saling berpandangan. Mereka berdua bersedia dengan apa jua keadaan.

Sepanjang perjumpaan, segala rancangan diatur dengan baik. Bibit bibit perbincangan mereka didengar oleh Riduan, Hairil dan Az.

"Hazel.. Aku rasa.."

"Aku tahu.. Kau sedia?" mereka berbisik antara satu sama lain.

Seorang lelaki tua ditemani empat orang lelaki muda menghampiri Mika dan Hazel.

"I think I know who you are, Hazel right?" Debaran semakin terasa.

"You must be confused, my name is Lia."

"Hazel.. Mika.. Sedia keluar dari sana." arah Hairil.

"Surrender them! How dare you enter my area!" Hazel dan Mika sudah mengorak langkah keluar dari tempat itu. Tembakan dilepaskan, Hazel dan Mika bersembunyi di sebalik tiang.

Bang! Bang!   

Hazel membalas tembakan. Hampir peluru terkena di kepala Hazel jika gadis itu tidak tunduk.

"Hazel! Mika! Keluar!" arah Hairil.

"Close the door!" konco-konco penjahat itu berebut menutup pintu selagi berpeluang. Mika melepaskan tembakan, membawa Hazel keluar dari kawasan itu.

Hazel tahu ini akan terjadi. Kesilapan mereka tentang kematian palsu tersebar di internet. Dia juga tahu, mereka tidak akan sempat keluar dari situ.

"Maaf Hairil..aku betul-betul maksudkan apa yang aku bagitau tadi."

Airpod di telinga Hazel dibuang dan dipijak. Rantainya dibuka dan diserahkan kepada Mika. Sebelum pintu ditutup rapat, Mika ditolak keluar oleh Hazel. Malah Hazel terkurung di dalam.

"Tak Hazel! TAK!" Mika tiada pilihan lain, dengan jumlah penjahat di dalam, dia akan mati jika melawan.

"Mika! CEPAT MASUK! BIARKAN DIA!" jerit Syirah di kereta.

"Tak! Takkan kau nak.."

"Ye Mika!Tinggalkan dia.. Rantai tu lagi penting!"

Mika terpaksa. Tiada pilihan setelah tembakan dilepaskan. Penjahat mula keluar mengejarnya. Syirah memandu selaju yang boleh.

Sementara itu, Hazel disumbatkan ke dalam kereta. Hazel pengsan dek kerana hentakan ketika dirinya terperangkap. Kereta dipandu laju, mengejar kereta yang dipandu Syirah.

Kereta mereka dipandu beringan,"If you want your friend, give me the necklace!" pistol diacukan ke kepala Hazel.

"Bagi mereka Mika!" Hairil bersuara. Jika dia di sana, pasti Hazel terselamat.

"Tak Mika! Jangan!" Syirah membuang airpod di telinga Mika. Syirah memutar stereng kereta, membuat pelanggaran ke kereta itu.

"Kenapa Syirah?! Kau nak tengok Hazel mati ke?!"

"Ye aku nak! Jangan pentingkan nyawa dia boleh tak?! Nyawa kita terbang kalau kita berhenti!"

Mika berfikir sebegitu juga. Kemudian, kereta dipandu lurus bertembung dengan kawasan gerabak kereta api. Lampu isyarat menandakan merah, supaya berhenti.

"Syirah apa kau buat?!" Mika memandangnya.

"Aku tahu apa aku buat!" pedal minyak ditekan semahunya. Mereka sempat melalui gerabak kereta api sebelum kereta api lalu.

Malangnya kereta dinaiki Hazel tak sempat melintasinya. Kereta berlanggar bahagian depan kereta api.

Kereta Syirah diberhentikan, "Sanggup kau buat macam ni?" lemah kedengaran suara Mika.

"Aku terpaksa." Setelah kereta itu meletup, Syirah teruskan perjalanan. Menuju ke pusat rahsia.

"Kau tahu apa akan jadi?" Nafas Mika turun dan naik.

"Benda dah jadi! Kau rileks boleh tak?!"

"Itu Hazel, Syirah! HAZEL! Apa kata ketua nanti?! Hairil?! Kau tahu macam mana Hairil sayangkan Hazel?! Kau nampak kan?!" Mika masih tidak berhenti.

"Kalau aku berhenti. Kita mati.. Aku taknak.."

"Habis tu.. Kau ingat Hazel nak?!" Mika memandang keluar tingkap. Mengenang kali terakhir dia bersama Hazel. Menyalahkan dirinya atas kematian Hazel.

Kenapa Hazel? Kenapa aku tinggalkan Hazel sendiri?!

Spy I Love You! Where stories live. Discover now