Segala perbualan dan rancangan didengar oleh kumpulan penjenayah itu. Mereka mendengar dari perakam suara jarak jauh yang telah diletak di dalam baju Hairil.
Berkerut dahi Az melihat sesuatu terpapar di laptopnya. Oh my god! Hairil! Az dan Syirah bergegas pergi ke bilik Hairil. Syirah yang langsung tak faham dengan situasi sekarang bingung. Ketukan pintu bertalu-talu membuat Mika menghentak kaki membuka pintu.
"Sabarlah! Ketuk-ketuk! Kang pecah kepala aku ketuk!" Pintu dikuak danmereka berdua meluru masuk. Riduan terkejut segera mencapai bajunya untuk menutup badan. Maklumlah aurat katakan hahahaha taklah, tak elok la budak budak tu tengok kan.
"Lahh.. Korang berdua kenapa, dengan tak bagi salamnya masuk centu je?" Daniel menjeling Syirah. Syirah hanya mengangkat bahu tanda dia tidak ada kena mengena malah tak tahu benda ni.
"Tadi.. Siapa yang keluar dari hotel ni? Hairil kau kan?" Soal Az.
"Yelah aku, asal?"
"Kau dah check baju ke seluar kau? Kau ada bincang apa-apa sebelum kami masuk?"
"Adalah jugak, takde makna aku nak check. Kau dah kenapa?" Hairil kehairanan.
Sementara itu.. "She knows about the mic, so how?" ujar Austin mendapatkan Jo yang mengilap tangan besinya.
"Let them be.. Delete all the sources that can make them find us."
Kembali ke bilik Hairil.. "Sini bak baju dan seluar kau pakai tadi.."
"Ahh kau dah kenapa?"
"Asal kau Az?" soal Syirah.
"Aku dapat kesan ada signal Bluetooth jarak jauh.. Mungkin mic or camera.. Yang keluar hanya Riduan dengan Hairil. Kemungkinan melekat di baju atau seluar." Hairil dan Riduan berpandangan. Ahh sudah plan kitorang kena buat baru, kau lah ni Hairil. Sibuk nak keluar makan angin konon.
Az menyelongkar baju dan seluar, Az mendapati sebuah mic diselitkan di poket seluar Hairil. "Hairil.. Kau sepatutnya hati-hati." Syirah menegurnya.
"Kau siapa nak tegur aku?"
"Dah sekarang ni, kita kena tukar plan yang korang bincang tadi. Dorang tau, dorang dengar.." ujar Daniel. Syirah dan Hairil tidak boleh dibiar bertengkar. Ini masalah besar. Kalau tiada kerjasama, mereka hancur.
Sedikit demi sedikit mereka tahu rancangan agent tersebut. "I'll take it. All of it. I'll never let you mess up with me. I'm Jo. I'll kill whoever try to stop me." gadis itu tersenyum dengan senyuman sinis.
Kawalan ketat di setiap sudut. Mereka bersedia dengan apa yang bakal jadi. Daniel di atas bangunan memerhati setiap pelusuk. Tentera mengawal pergerakan keluar masuk staff. Mika, Hairil dan Syirah mengawal barangan di dalam. Az dan Riduan bersedia memerhati pergerakan.
Sejam sebelum..
Tali diikat ketat agar tak terbuka. "Take me down, slowly.." arah Jo kepada Lio dan Luis. Mereka berdua menurunkan Jo perlahan untuk tidak membuat bunyi bising. Kawalan ketat tetapi dengan ketiadaan agents, mereka hanya tentera yang lemah.
Badan Jo diselaputi cat putih, sama seperti cat di dinding. Setaip dinding muzium diletakkan arca bagi menarik perhatian. Kakinya sampai di lantai. Dia memakai kaca mata dengan kelengkapan canggih. Ia dapat mengesan sebarang laser atau bahaya kerana Austin mengawalnya.
"Austin give me the information.." sambil tali dibuka dan ditarik kembali oleh Luis.
"I'll give it to you." kaca mata itu mula menampakkan laser yang mampu membunyikan alarm dengan sekali sentuh. Jo melintasi halangan itu, hampir sahaja bajunya mengena di salah satu laser. Fuhh.. Nasib tak kena.. "Are you okay Jo?"
YOU ARE READING
Spy I Love You!
ActionStatus: Completed "Lepaskan aku! Kenapa korang gari aku?!" jerit Hazel Natasha. Kehidupan Hazel Natasha penuh misteri menjadi tanda tanya masyarakat. Hazel Natasha diupah untuk menjadi agent bagi satu unit rahsia keamanan negara. Kematian palsu Haz...