Bab 6

801 46 1
                                    

Hahhhh baru first day dah penat. Apa gamaknya kalau aku stay 9 bulan? Mati nye tak, terseksa nye ya!

"Wait a minute..." langkah Hazel dibawa menuju ke office. Mencari Riduan ke sana ke sini. "Where's Riduan?" soalnya kepada salah seorang staff.

"I'll tell him that you want to meet him." dia berlalu pergi. Setalah menunggu 2 jam di bilik, Riduan datang berjumpa Hazel.

"Apa kau nak?"

"Where's my boo? My kawasaki? Selamat tak? Kau sure takde yang curi?"

"Kau membazir masa aku, kau tau tak," Riduan mengeluh. Di pintu, Hairil berdiri bercekak pinggang. "Kau buat apa lagi tu? Jom la woi." Hairil mengajak Riduan. Sebelum pergu Riduan berpesan, "Oh ya, malam ni bergumpul di tempat biasa. Arahan daripada Ketua."

Selepas makan malam di cafe, mereka dilepaskan ke dewan. Hazel terpandang Hairil dan seorang lelaki tua berbadan besar dan berjambang. Garang wajahnya. Sepertinya mereka berbincang sehingga berkerut dahi lelaki tua itu. Hazel mencuri dengar dan terpisah dengan kumpulannya.

"Hentikan apa yang kau buat Ril! Semua ni ganggu emosi kau! Tenang Hairil. Akan tiba masanya kau memiliki Hazel, tapi bukan sekarang. Tolong..." kata-katanya terhenti dek kerana pen Hazel terjatuh ke lantai.

"Siapa tu?!" soal lelaki tua itu. Hairil segera berlari pergi. Hazel mengambil pen itu dan berlari mengikut kumpulannya. Ahh hampir-hampir je lagi. Kenapa nama aku ada dalam cerita dorang?Hairil nak miliki aku? Huh jangan harap! Hatinya meronta-ronta ingin mengetahui penyebabnya.

"Eh Hazel, kau pergi mana? Kitorang cari kau tau." bisik Az.

"Aku cari pen." Siapa Hairil sebenarnya? Aku pernah jumpa dia ke? Hurmm...

Ketua yang dikatakan itu ialah lelaki tua yang dilihatnya tadi. Semua ahli berdiri tegak memberi penghormatan kepada Ketua.

"Selamat malam. Saya ketua di sini. Saya harap kamu semua akan beri kerjasama terbaik dalam latihan ini. Seperti yang kamu tahu salah seorang daripada kamu telah dibuang menjadikan jumlah kamu seramai 6 orang...." Selama 30 minit Ketua berucap di hadapan, Hazel mula mengantuk. Ketua perasan Hazel mula menguap beberapa kali.

Sifatmu sama dengan dia... Hazim.. Anak mu kembali ke sini untuk menuntut bela atas kematian tragis kau.

Hazel Natasha binti Hazim, ya Ketua ialah kawan rapat kepada arwah ayah Hazel. Dahulunya mereka rapat bagai isi dengan kuku. Ke sana ke mari bersama. Hanya kerana satu kesilapannya, hubungan mereka putus. Sehinggalah kematian Hazim diketahuinya. Dia bertekad akan membalas perbuatan pembunuh itu.

"Malam ni kamu semua akan ditempatkan di bilik yang sama. Bagi memudahkan diri kamu." Ketua mengarahkan mereka semua.

"Ahh mengantuk aku dengar tadi weh, rasa nak pergi bilik cepat-cepat." Anderson berlari menuju ke bilik baharu mereka. Sebaik pintunya dibuka, "Waaaaa lawa gile bilik ni. Moden sia aku nak katil tu tapi katil tu lagi lawa, cepatla korang tengok ni," Anderson beria-ria mengajak mereka.

Apanila melangkah ke dalam bilik itu, kesemua ahli terpegu melihat bilik itu. 6 buat katil lengkap dengan peralatan keperluan. Ada dinding mudah alih untuk menghalang lelaki dan perempuan. Tetapi di dalamnya ada cctv memerhatikan malah ada tingkap yang besar di hujung dan juga tandas disediakan sebanyak tiga buah.

Hazel memilih katil paling hujung dan berdekatan tingkap. Pelik.. Pemandangan ni aku macam pernah nampak. Hm tapi dekat mana?

"Em Syirah,kau pernah nampak tak scenery ni dekat mana-mana? Aku macam pernah nampak."

"Macam.." Syirah melihatnya lagi, "Ohh tak." Syirah ketawa terkekek-kekek melihat wajah bengang Hazel.

Setahu aku, bilik dulu tingkap pun takde. Riduan kata sebab bawah tanah, ni asal tetiba ada tingkap dan scenery dia hm...

Kerana keletihan, mereka berenam tertidur. Sedang enak dibuai mimpi, Hazel terbangun. Ini.. Port Dickson!

Bushhh!

Air berlumba-lumba masuk memenuhi setiap bilik. Hazel terkejut dan membangunkan kawannya, "Korang bangun! Mika! Az! Syirah! Anderson! Daniel! Bangun!" lantas mereka terbangun.

"Ah eh hah asal kau Hazel gelabah semacam?" Daniel menggosok matanya. Apabila kaki mula terasa sejuk, mereka terkejut melihat air yang semakin naik.

Mika berenang ke arah pintu, "Tolong aku bukakan pintu," Anderson, Syirah dan Az menuju ke Mika dengan cepat. "Daniel, sini tolong!" ujar Syirah dengan gayanya melambai. Air sudah diparas dagu, bagi Az air kini sudah menenggelamkannya.

"Aku tak rasa pintu tu dapat dibuka," Daniel melihat shower room yang disediakan 6 pancuran air. "Ambil pancuran setiap seorang, kita bernafas melalui..." air menenggelamkan kesemua ahli. Seraya itu mereka berenang mendapatkan pancuran, mematahkan pancuran dan pancuran dicucukkan ke dalam tangki udara.

Hazel masih terkial-kial di katilnya. Gadis itu seperti tahu apa yang terjadi. Dia memandang tingkap, scenery sebentar tadi hilang dan menjadi gelap. Aku pernah nampak tingkap ni.. Tingkap ni ada dekat bilik tahanan aku sebelum ini.

Hazel memusingkan badannya dan menendang tingkap itu. Daniel segera berenang dan menolongnya.

Crack! Cermin mula retak dengan beberapa hentakan dan kemudian, peshh! Pecah cermin  dan mereka ditolak keluar. Air tadi juga ditolak keluar.

Di sebalik cermin itu, Hairil tersenyum. Sah! Mamat tu gila!

"Tahniah! Korang dah elak daripada mati lemas, kalau bernafas melalui tangki udara. Kemungkinan untuk hidup hanya 15 minit dengan jumlah yang menggunakannya," Hairil menyambung, "Hazel, kau buktikan kau layak. Daniel kau buktikan kau bekerjasama dan Mika kau buktikan kau pantas bertindak. Anderson, Az dan Syirah, korang ada satu latihan lagi untuk membolehkan kelayakan kamu."

"Kenapa kau buat macam tu?! Kami hampir mati tak bersedia kau tahu?" Daniel berang dengan semua ni.

"Jika kau agent, kau takkan tahu apa yang akan terjadi dekat kau. Kau kena bersedia. Mental dan fizikal!" Kesemua mereka diarahkan ke bilik masing-masing.

Syirah berjalan terhenjut-henjut kerana luka di kaki. "Syirah, sini kaki." Mika menampal kakinya dengan pluster. "Thanks.. Mika." Syirah tersenyum dengan keprihatinan Mika.

"Tak, thanks kau tu untuk Hazel. Hazel yang suruh aku." Terkejut Syirah mendengarnya.

Syirah memeluk Hazel, "Ohhh thank you! Kau dalam diam boleh tahan caring eh."

"Banyak lagi halangan. Thanks me later."

Malam itu berakhir dengan mimpi ngeri.

Spy I Love You! Where stories live. Discover now