"Anda yakin?" Matanya menatap penuh keraguan pemandu Lexus LM minivan mewah yang duduk di sebelahnya.Tali pinggang keselamatan diperkemaskan. Tangannya erat menggenggam kedua-dua sisi kerusinya.
"Rilek Ereyl. Macamlah aku tak pernah bawa kereta. Lagipun ni minivan aku juga kan. Van ni kenal siapa bapa dia. Hahaha." Pemandu tersebut ketawa awkward. Matanya masih fokus memandang jalan raya. Nasib sekarang mereka berada di kawasan yang agak terpencil. Jadi jalan raya agak kosong.
"Ya. Mungkin van ni pun tau bapa dia dah berkali-kali gagal ujian memandu and dah berapa kali eksiden sampai bapa kepada bapa dia ni larang dia bawa kereta lagi." Suara garau dari seat belakang kedengaran memerli.
"Allah. Tak membantu, Dann! Tak membantu!" Ereyl yang duduk di seat depan mengucap beberapa kali. Matanya pula masih fokus ke memandang depan. "Riz! Unta! Eh, kambing!"
Cepat-cepat Riz memusing stereng kereta ke kiri untuk mengelak kambing terbang yang entah datang dari mana. Semua makhluk dalam kereta tersebut serentak bergelek ke kiri. Lalu Riz putar lagi stereng kekanan begitu juga para penumpangnya turut bergelek ke kanan. Keadaan tersebut berlarutan beberapa minit sebelah dia kembali ke jalan yang lurus.
"Ereyl, jangan gelabah. Kau rilek je. Sampai kambing pun kau panggil unta." Menggeleng-geleng Riz melihat wajah Ereyl yang jelas nampak sangat takutnya.
"Dann. Dann. Kau bagi dulu kata-kata penaik semangat dekat member kau sorang ni." Riz terketawa lagi. Suka betul dia ni ketawa.
Dann yang duduk dibelakang Ereyl mengangkat bahu, nampak sangat tak mahu masuk campurnya. Matanya dipejam. Kedudukannya diubah-ubah agar tidurnya kembali lena setelah puas bergelek tadi
"Ish, tak sportinglah abang Dann ni." Mata Riz melilau di cermin keretanya mencari kelibat seorang lagi kawannya yang duduk di seat belakangnya. "Adam, kaulah. Bagi dulu kata-kata semangat dekat si Ereyl ni."
"Bawa-bawa mengucap, baca balik surah-surah yang kau ingat. Kumpul pahala sikit sebelum terlambat." Ah sudah! Ustaz Adam memberi kata-kata terakhir sebelum kembali membaca buku yang dipegangnya. Dann tersengih kecil.
"Adam! Astagfirullah, dugaan apakah yini. Kenapa aku dikurniakan kawan-kawan yang tidak prihatin seperti yini." Ereyl bekata dalam tangis palsunya. Dalam hati tak putus-putus doa makan dibacanya. Di saat genting ini, itu ja yang mampu dia ingat.
Bam! Minivan tersebut berhenti mengejut. Ereyl sudah mahu menangis. Tangan Riz bergetar-getar memegang stereng. Dann yang mahu tertidur tadi sedikit ternganga memandang depan manakala Adam diam membisu, bukunya diletak tepi.
Sebuah motor berkuasa tinggi terbabas tidak jauh dari situ. Tak-tak. Mereka tak kisah pasal motor tu. Yang mereka kesah ni pasal penunggang motosikal yang mereka langgar tadi melambung tinggi sebelum bergolek ke belakang.
"Aku langgar orang ke?" Riz bertanya soalan yang dia sendiri sudah tahu jawapannya.
Ereyl membuat muka cuak. Tak habis-habis bibirnya mengeluarkan bisikan syaitan. "Aku dah kata dah. Aku dah kata dah."
"Keluar dulu. Kita tengok keadaan dia." Adam keluar dari kereta tersebut diikuti tiga lagi kawannya.
Di belakang kereta, dalam 3 meter kebelakang terbaringnya penunggang motosikal tadi wajahnya masih tertutup dengan helmet full facenya.
"Aku dah cakap dah! Jangan bagi budak Riz ni bawa kereta." Ereyl menggigit-gigit kukunya. Kakinya tidak berhenti mundar mandir. Risau gamatnya.
"Ni macam mana ni?" Riz menggoncang-goncang bahu Dann. Dann pula masih blank, tak boleh hadam situasi sekarang. Mungkin dia bermimpi. Mungkin dia masih tertidur lena di dalam kereta.
Adam perlahan-lahan menyentuh bahu penunggang motosikal tersebut.
"Argh!" Penunggang motosikal tersebut mengerang kesakitan. Serak-serak suaranya. Dia cuba bangun dibantu oleh Adam.
"Ka… Kau ok ke, bro?" Ereyl mengumpul keberanian untuk bertanya. Spek mata bulatnya yang sedikit terturun di betulkan.
Penunggang motosikal tersebut menunjukkan tanda 'ok' dengan jarinya. Tangan Adam di bahunya ditepis perlahan. Dia cuba untuk berjalan sendiri ke motosikalnya yang dia sendiri tidak tahu nasib badan motornya. Hidup masih ka? Atau sudah kembali ke rahmatullah? Namun baru tiga langkah berjalan, badannya mula tidak seimbang. Dann yang kebetulan berada di sebelahnya memegang bahu penunggang motosikal tersebut untuk menyokong dia berdiri. Pandangannya mulai kabur. Kepalanya berdenyut-denyut dan terasa basah.
"Weh! Weh! Dia dah nazak ni weh! Baik kita lari!" Riz cemas. Namun kata-katanya tidak mendapat sokongan dari kawannya. Malah pandangan membunuh diberikan kepadanya. Sungguh tidak berperikemanusiaan.
"Kita bawa pergi hospitallah. Macam teruk ni." Akhirnya, Dann bersuara setelah habis menghadam situasi sekarang.
"K…it's."
"Hah?!" Riz mendekatkan telinga pada penunggang motosikal tersebut. Macam dia ada berkata sesuatu.
"Issh… O."
"Apa kau merepek ni?!" Riz mulai hilang kesabaran. Dia betul-betul curious apa yang mangsa penabarakannya ini berkata. Namun tamparan hinggap di dahinya.
"Orang tengah sakit tu, bodoh. Boleh pula kau tengking dia macam tu."
"Apa ni Ereyl?! Kau bela aku ke bela dia?" Riz menangis penuh drama. Dahinya dipegang. Dann menjeling meluat, Riz dan dramanya tak akan pernah terpisah.
"Behave. Kita yang salah sekarang ni." Adam menegur.
Dann pula masih fokus kepada penunggang motosikal tersebut. Takut juga. Mana tahu dia cedera teruk. Dahlah pakai baju, seluar kasut even helmet pun hitam. Mana dia nampak kesan-kesan luka atau darah.
Setelah dapat seimbangkan balik badannya, penunggang motosikal tersebut menolak pula tangan Dann dari memegang bahunya, mungkin tidak selesa. Helmet full facenya dibuka berhati-hati. Hoodie yang dia pakai turut terjatuh ke bahunya, menampakkan rambut hitam dan ikalnya.
"It's ok." Dia berkata. Mata redupnya cuba mengelak dari memandang jejaka-jejaka di hadapannya yang sedikit ternganga.
"Gosh Riz, kau langgar perempuan?!" Ereyl bersuara lagi. Matanya sedikit terbeliak.
"Kejinya kau." Dann membuat muka jijik.
"Kau tengking dia lagi tadi." Adam turut bersuara.
Riz sudah gelabah. Pantang seorang Riz menyakiti insan yang bernama wanita. Lagi- lagi melanggar seorang perempuan sampai berdarah kepala.
Wait! What?! Darah mengalir dari atas kepala gadis tersebut. Tangannya menyentuh dahinya sendiri. Basah. Sekarang tangannya penuh dengan cecair warna merah. Pandangannya semakin kabur. Kepalanya berdenyut-denyut kuat. Tangannya menggeletar. Sehinggalah semua menjadi gelap.
"Shit! Dia mati ke? Aku belum sempat minta maaf lagi."
"Behave Riz. Kita bawa dia pergi hospital."
Dan semuanya kembali senyap.
YOU ARE READING
Bad Child [ON HOLD]
Teen FictionAva Isabella Gadis muda dengan masa silam yang gelap. Kehilangan satu persatu orang yang dia sayang menyebabkan dia hilang kepercayaan dan menjadi seorang yang anti-sosial. Ada satu rahsia yang disembunyikan menyebabkan dia lain daripada orang lain...