25

161 20 5
                                    

"Bapa ah. Slow-slow bongok!" Ava meringis kesakitan. Dipandangnya sipi-sipi betis kanan yang melecur. Teruk juga tu. Macam nak terkopek kulit betisnya. Kalau dah nampak teruk macam tu memang sakit sangat lah jawabnya. Lagi-lagi bila Dann sengaja tenyeh kuat-kuat minyak gamak dekat luka melecur tu. Memang kurang ajar mamat ni.

"Cuba mulut tu jaga. Sikit-sikit nak maki kan dapat instant karma tu." Perli Dann. Betis Ava dibetulkan letaknya di atas paha lelaki itu. Hmm. Gebu. Muahahaha. Sempat lagi dia salah fokus. Hailah lelaki.

"Ha. Ha. Ha. Kau fikir aku melecur ni sebab aku duk mencarut masa memasak macam tu? Apa kau ingat aku nak jampi-jampi makanan untuk korang makan?" Ketawanya kedengaran sangat tidak ikhlas.

"Bapak ah. Tak sangka niat kau macam tu." Ereyl menutup mulut. Matanya terbeliak besar. Dramatik gayanya, macam baru nampak alien pun ada.

"Taklah, bodoh."

"Eh tak? Kiranya kau melecur sebab pasang telingalah ni. Ni mesti kes curi dengar bro talk kami ni. Kan? Kan? Gatal kau ni." Tersengih kambing Riz membuat andaian.

Ava tak membalas. Jari tengah diangkat setinggi alam. Nampak geramnya di situ. Orang tengah sakit ni. Berperikemanusiaan lah sikit.

"Argh!" Teriak Ava. Kakinya yang terletak di atas paha Dann cuba ditarik namun ditahan oleh lelaki itu. Air mata bertakung di mata. Cari hal Dann ni. Makin kuat pula ditenyehnya.

"Kau kenapa lahanat?!" Mengamuk Ava. Di tampar bahu Dann sekuat hati. Natijahnya, dia sendiri kesakitan dek bahu tegap milik Dann.

"Apa?" Dann tayang riak innocent. Tangannya masih sibuk mengoles minyak gamat di betis.

Ava kerutkan dahi. Macam nak dekat setengah jam Dann buat kerja tu tak siap-siap lagi sampai sekarang. Entah berapa botol minyak gamat sudah dia pakai.

"Kau." Jeda. Tengah cari idea nak mengamuk ni. Kejap. Bagi Ava masa. Ava seorang perempuan. Ava perlukan masa. Perempuan kalau nak bergaduh mesti cari idea gempak punya. Mana boleh yang bishe-bishe je. Perempuan mana pernah kalah. Perempuan sentiasa betul.

"Aku dari tadi memang tak puas hati dengan kau ni"

"What? Apa yang aku buat?" Dann masih dengan muka innocentnya.

"Seriously, Dann. Kau tanya apa yang sudah kau buat? Serius ah?!" Makin tinggi suara gadis itu. Mata dibesarkan sedikit.

Dann tersenyum sinis. "Cuba bagitau apa yang aku buat? Serius ni, aku tak ingat."

Ava terdiam. Dipandangnya pula Ereyl, Riz dan Adam. Nak cakap nanti dia pula yang dapat malu. Nak diamkan, nanti rosaklah pegangan perempuan tak pernah kalah yang selama ini dia pratikkan.

Ereyl dan Riz turut berdiam diri. Dari tadi fokus mereka dekat Dann dan Ava. Macam suami isteri lagaknya mereka bergaduh. Dengan posisi mereka lagi yang nampak err…intim? Memang siapa-siapa yang nampak pun akan salah faham bahawa mereka adalah pasangan yang sedang bergaduh.

Kini fokus semua berada di Ava. Nak dengar balasan gadis itu. Namun, dia hanya senyapkan diri.

"Tak boleh cakaplah tu." Dann tersenyum mengejek.

Ava menjeling tajam. Sebal hatinya. Dari tadi perah otak mencari dan menyusun kata nak membidas Dann. Lama dia membisu sebelum akhirnya senyuman sinis terukir di bibirnya. "Pengecut! Sekarang berani pula kau. Sebelum ni penakut sangat. Baru cakap sikit dah gelabah. Baru usik sikit nak lari masuk bilik. Pfft."

Terjengil mata Dann. Pantang dia dipanggil pengecut. Sudah tu, diungkit pula hal semalam.

"Aku bukan pengecut, aku saja je tu. Malaslah nanti kang aku buat kau menangis." Botol minyak gamat ditutup. Badan ditegakkan sedikit. Macam ada bau-bau peperangan akan terjadi. Dia perlu sediakan mental dan mulut.

Bad Child [ON HOLD]Where stories live. Discover now