"kau jangan rogol pula budak Hazri tu." Ereyl warning awal-awal.
Ava menggeleng laju. Pintu bilik ditutup. Nafasnya masih tercungap-cungap setelah berlari dari tingkat bawah sampai ke tingkat 5 ni. Dalam hati sudah menyumpah seranah Ereyl. Apakes dia pula nak rogol Hazri Hamid ni. Dann yang baru ugut nak rogol dia tu pun laju dia kecut ikut ja jari telunjuk budak-budak Bad Child nak apa. Sampai sukarela nak buat kerja tak berfaedah tapi masyuk ni.
"Bilik tu tiada cctv, tapi Allah ada." Riz menyampuk. Tahulah dia Riz sudah selamat di dalam minivan mereka.
"Apa celaka sangat korang ni. Muka aku nampak macam perogol bersiri ke?"
"Haah." Balas Riz sepatah. Syial. Hahaha. Kurang ajar punya budak bawah umur. Jangan sampai kau yang aku rogol.
Langkah diatur menuju ke dalam tandas yang terletak betul-betul disebelah pintu masuk. Lumbang jambang yang sudah tertutup dipanjat berhati-hati. Ceiling di atas ditolak ketepi. Sebuah beg galas hitam dicapai dan diturunkan. Zip dibuka. Pakaian serba hitam didalam beg tersebut diambil lantas diganti dengan dress ditubuhnya.
T-shirt hitam agak besar kolarnya dan leggings hitam. Lalu bathrobe labuh sehingga paras buku lali dipakai. Habis tertutup baju serba hitamnya tadi. Dress biru tadi disumbat ke dalam beg galas tersebut termasuk kasut tumit tinggi yang memang dari tadi sudah dilepaskan. Tinggallah dia berkaki ayam.
Pintu tandas dibuka. Laju dia menuju ke balkoni bersama beg galas tadi. Dicampaknya keluar. Jangan risau, ada Riz tak pun Dann sambut beg tu. Gila nak dibuang sia-sia dress dan kasut tadi tu yang dia yakin harganya bukan calang-calang.
Pandangan dihalakan pula pada Hazri Hamid yang lena tidurnya di atas katil. Selimut tebal menyelubungi tubuh lelaki itu. Nampak memang tak pakai baju. Tak tahulah seluar dia pakai ke tak. Lantai berselerak dengan pakaian lelaki dan perempuan. Pakaian lelaki ni dia tahulah baju Hazri Hamid. Yang baju perempuan ni tak tahulah Adam rembat baju siapa. Jangan-jangan baju kakak dia. Tak ke naya tu. Perempuan ni senang je notice kalau baju dia kurang satu. Tapi, Adam ada kakak ke?
"Ava?"
"Yes?"
"Kau tak buat benda bukan-bukankan?" Ragu-ragu Ereyl bertanya. Dari tadi senyap ja budak Ava ni.
Ava garu kepala. Fed up nak yakinkan monyet-monyet dalam van tu. "Entah. Kau rasa?"
Knock! Knock!
"Dah sampai. Dah sampai."
Ava pandang je pintu masuk bilik tu. Ikatan rambut dileraikan. Tali pinggang bathrobe diperketat. Kolarnya sengaja ditarik sikit sehingga nampak sipi-sipi bahunya.
Knock! Knock!
Pintu diketuk lagi. Kali kedua. Kali ketiga. Keempat dan kelima.
Handphone Hazri Hamid berbunyi. Tertera nama 'Daddy'
"Boleh buka dah. Dato' dan datin dekat luar." Ereyl memberi arahan. Ava mengangguk.
Knock! Knock!
Pintu bilik dibuka. Kepalanya terjengul keluar dari celah pintu. Ava berpura-pura menguap. "Yes?"
Tercengang Dato' Hamid melihat seorang wanita membuka pintu bilik anaknya dari dalam. Datin Nora juga nampak terkejut namun sebentar cuma. Senyuman kecil terbentuk dibibirnya. Laju team yang dia upah ni buat kerja.
Selain itu, berdiri tiga orang penjaga keselamatan hotel termasuk seorang Adam yang juga lengkap beruniform security. "Kami nak buat pengeledahan bilik atas kehilangan barang penting salah seorang tetamu hotel." Pakcik security berkumis panjang merenung tajam wajah Ava. Apa nak jadi budak-budak zaman sekarang ni. Bilik didaftarkan atas nama lelaki, yang membuka pintu remaja perempuan pula.
Ava cuak. Matanya memandang dalam bilik kembali. "Err. Kejap ya." Dia berura-ura mau menutup pintu namun dihalang Dato' Hamid.
"Ini bilik anak saya. Saya bagi kebenaran untuk masuk."
"Tapi…"
Ava yang ingin berkata-kata tidak dipedulikan. Laju mereka merempuh masuk kedalam.
"Astagfirullahaladzim." Mengucap panjang security berkumis panjang tadi melihat keadaan dalam bilik.
Dato' Hamid mula berang. Dia malu. "Hazri Hamid!" Panggilnya. Namun anaknya tidak berkutik.
Ava pula gelabah mengutip balik baju-baju perempuan yang terdampar di lantai bilik. Muka dah macam tapir tercekik biji durian.
"Mohamad Hazri bin Dato' Hamid! Kau bangun sekarang!" Tengkingan Dato' Hamid berjaya membangunkan seorang Hazri Hamid yang tidak berbaju tersebut.
"Dia bangun ke?" Ereyl bertanya.
"Haah." Balas Ava perlahan. Dia menundukkan kepala persis penjenayah yang sedang dihakimi.
"Bapak hebat dato' tu. Ubat tidur kuat kut kita bagi Hazri ni telan. Boleh-boleh bangun lepas dengar jeritan dato'." Riz bersuara teruja. Ni kalau dirakamnya lalu dijadikan alarm bangun pagi, gerenti berkesan.
"Eh, daddy, aunty. Kenapa ni?" Tanya Hazri blur. Gila tak blur. Bangun ja dari tidur dia sudah dikelilingi daddy, mak tiri dan beberapa orang yang tidak dikenalinya
Pang! Semua orang di dalam bilik tersebut terkejut. Terkesima. Terdiam. Melihat Dato' Hamid menampar Hazri Hamid.
"Daddy!"
"Apa kau dah buat ni Hazri?!" Merah padam wajah Dato' Hamid. "Berdua-duaan dengan perempuan entah siapa-siapa di dalam hotel?! Hah?!" Ek eleh. Dato' lain kali cakap tu, tengok-tengok cermin juga. Diri pun dua kali lima ja.
"Perempuan mana ni? Hazri tak kenal?"
"Apa? Apa U merepek ni?! U tak kenal I? Wow! So U nak cakap I terbanglah masuk dalam bilik U ni?" Hah! Itu dia. Mula dah drama seorang Ava.
"Eh, perempuan. Aku tak kenal kau! Kau siapa tiba-tiba dalam bilik aku ni hah?!" Laju Hazri Hamid bangun dari katilnya. Oh, pakai seluar masih. Ingatkan Adam bogelkan budak Hazri ni.
Ava tersenyum sinis. "Bagusnya U ni. Dah puas baru nak pura-pura tak kenal I. Hebat anak dato' ni. Memang macam ni ke perangai lelaki sekarang?"
Pang! Kali ni pipi Ava pula menjadi sasaran. Hazri Hamid menamparnya. Laju Adam menarik lengan Ava menjauh dari Hazri. Kuat juga tamparannya, sampai pecah hujung bibirnya. Seorang lagi security muda pula memegang lengan Hazri. Takut dia mengganas lagi.
"Daddy, Hazri tak kenal siapa perempuan ni. Percayalah, daddy." Hazri mencapai tangan Dato' Hamid namun laju ditepis. Bukti didepan mata. Bagaimana dia bisa percaya akan anaknya ini.
"Daddy." Hazri menagih simpati namun tidak dipedulikan.
"Hazri Hamid! Aku tiada anak yang berani menconteng arang di muka aku. Kau pack barang-barang kau. Keluar kau dari sini!" Malulah dia mau menghadap tetamu-tetamu vip yang lain.
"Daddy." Hazri sudah mahu menangis. Matanya mencerlung ke arah Ava yang setia bersembunyi di sebalik badan Adam. "Kau! Semua salah kau! Siapa hantar kau ni, hah?! Kau bagitau aku sekarang!"
Laju Hazri melangkah mahu menerpa ke arah Ava namun dihalang security berkumis panjang dan security muda tadi. Gerun Ava dibuatnya.
"Sudah! Sudah! Sudah berani buat. Beranilah tanggung akibatnya." Makin erat Pakcik security berkumis panjang memegang lengan Hazri.
"Kau! Aku tak nak tengok muka kau lagi! Pergi dari sini! Jangan munculkan diri kau lagi!" Dato' Hamid menghalau Ava. Dia yakin seyakin-yakinnya perempuan ni cuma perempuan murahan yang kemaruk nak dapatkan duit dari anaknya.
"Oi newbie. Kau bawa perempuan ni keluar sekarang. Makin lama dia di sini, makin besar masalah."
Arahan pakcik berkumis panjang diterima. Adam mengangguk sebelum mengheret Ava keluar dari bilik tersebut. Ava diam menurut. Tak nak berlakon dah, nanti dapat lagi sebijik penampar.
Datin Nora menepuk perlahan bahu Dato'Hamid. "Bawa bertenang, bang."
YOU ARE READING
Bad Child [ON HOLD]
Teen FictionAva Isabella Gadis muda dengan masa silam yang gelap. Kehilangan satu persatu orang yang dia sayang menyebabkan dia hilang kepercayaan dan menjadi seorang yang anti-sosial. Ada satu rahsia yang disembunyikan menyebabkan dia lain daripada orang lain...