18

92 14 0
                                    

Dann matikan panggilan telefonnya setelah mendengar suara menjengkelkan yang mengatakan panggilannya tidak dapat disambungkan. Riak risau terlukis di wajah. Riz di hadapannya pula dari tadi bertawaf dari dapur ke ruang tamu sambil menggigit-gigit kukunya.

Risau mereka. Sudah seminggu Ava Isabella menghilangkan diri semenjak Bella yang kononnya 'keluar sekejap' selepas mendapat panggilan telefon tempoh hari.

Tiga hari lalu, Adam ada menjenguk, atau lebih tepatnya menceroboh rumah Ava. Habis setiap pelusuk bilik dan ruang digeledahnya. Masih tiada kelibat gadis itu. Panggilan telefonnya juga tidak dapat dihubungkan.

Ereyl yang mahu menghack location handphone Ava pun tidak dapat dek kerana handphone Ava yang mungkin sengaja dimatikan. Lebih peliknya, last location yang sempat didetect sebelum handphone milik Ava mati adalah berdekatan rumah Ava pada hari yang sama Bella 'keluar sekejap' itu. Seminggu tak on phone. Ava pergi mana?

"Guys." Ereyl masuk ke ruang tamu. Dann dan Riz laju meluru ke arahnya. Kut-kut Erey ada khabar pasal Ava.

"Adam baru call. Dia check rumah Ava lagi. Tapi still tiada orang. Lepastu terserempak pula dengan jiran dia."

Nafasnya ditarik dalam-dalam. Berat mahu meluahkan. "Jiran Ava kata…" terjeda sebentar. "Ava dah tak menyewa dekat situ lagi. Baru semalam dia nampak Ava keluar bawa beg dia tengah-tengah malam buta."

"Gosh, Ava!" Dann mengusutkan rambutnya. Dilemparkan badannya ke atas sofa. Fikirannya bercelaru. Dia buntu. Apa masalah Ava? Kenapa tiba-tiba dia buat perangai macam ni?

"Location?" Riz bertanya. Ada nada sebak di situ. Sebak fikirkan Ava. Sihat ke dia? Terluka ke dia? Sudah makan atau belum.

"Still location yang sama seminggu lalu. Aku rasa Ava belum turn on lagi phone dia."

"Then, what should we do now?" Soal Dann.

"There is nothing we can do selain berdoa dan tunggu khabar dari Ava." Ereyl melabuhkan punggungnya di atas sofa. Dia juga risau sebenarnya. Tapi, apa saja yang boleh mereka lakukan.

"Sampai bila?! Sampai bila kita nak tunggu macam orang bodoh?!" Jerkah Dann. Dia bangun dari sofa. Segala macam gaya sudah dia buat. Duduk, baring, berdiri, menonggeng, melompat. Tapi masih hatinya tak tenteram. Dia risaukan Ava.

"Nak report polis tak?" Tanya Riz. Itu saja yang dapat difikirnya sekarang.

"Tak dapat, Riz. It's not like we have evidence that she was kidnapped or what. Lagi satu, kita ni bukan ada pertalian darah dengan Ava. And don't forget the fact that her neighbour saw her carrying a bag out of the house last night."

"Family dia? Cuba kita contact family dia." Dann meluru ke arah Ereyl. Riz yang seakan setuju dengan cadangan Dann turut melakukan hal yang sama.

Ereyl menghela nafas berat. "Aku pun ada terfikir macam tu. So, aku cuba selidik latar belakang Ava." Bibir digigit.

"Dia yatim piatu. Mak bapa Ava meninggal four years ago. Kakak dia pula meninggal dua tahun lalu. Sekarang Ava dah tiada siapa-siapa lagi."

Dann meraup wajahnya. Rambutnya yang mulai memanjang ditolak kebelakang. Bertapa menderitanya hidup seorang Ava. Teringat balik parut-parut di betis Ava. Entah apa saja yang telah dia lalui selama ini.

"Tapi, aku jumpa benda pelik masa selidik latar belakang Ava." Suara Ereyl menarik perhatian mereka lagi. Masing-masing memandang Ereyl penuh tanda tanya.

"Mak bapa dan kakak dia mati dibunuh. Tapi, kes mereka tak pernah dibicarakan. Ava pula pernah dimasukkan ke dalam hospital atas kes penculikan dan penderaan. Tetap juga kesnya tidak dibicarakan. Dia jadi kes tanpa nama. Tiada yang tahu siapa pelakunya. Tiada yang mau selidik dan temu ramah Ava. Lesap macam tu je."

Bad Child [ON HOLD]Where stories live. Discover now