Sesi makan malam di hiasi dengan gelak tawa keluarga Dann. Cukup sempurna keluarga ini walau hanya makan beralas tikar. Friendly habis. Ava tak expect pun Riz anak orang kaya tu boleh blend baik punya dalam family serba kekurangan ni.
"Isabella ni umur berapa?" Mak Ngah, kakak Ummi Khadijah bertanya.
"Seumur Ereyl dengan abang." Ereyl menjawab.
"Dah kahwin, belum?" Mak Lang pula bertanya.
"Belum lagi." Jawab Dann.
"Dah ada calon belum?" Mak Long bertanya.
"Belum." Riz jawabkan.
"Oh, ni kira single mingle lagi lah ni kan?" Mak Su menjongket kening.
"Hah kau, Adam. Jangan jawabkan. Orang tua tanya Isabella yang korang dok jawabkan ni dah kenapa? Dah tiada mulut dah Isabella tu?" Amaran Kak Humaira mematikan niat Adam untuk tolong jawabkan soalan dari Mak Su. Mulut ditutup rapat. Fokus diarahkan balik ke makanan didepannya.
"Entah korang ni. Kami naklah beramah mesra dengan Isabella ni. Korang ni potong stimlah." Rock tak rock Mak Long ni.
"Ummi ada berapa adik beradik sebenarnya?" Ava berbisik pada Ros yang dari tadi seronok usya Ereyl. Abang Ereyl ni time makan pun tetap hensem.
"Apa tu?" Pandangan dihalakan pada Ava.
"Ummi ada berapa adik beradik?" Bingung sebenarnya dia nak bezakan ummi dan adik beradiknya. Semua muka seiras. Tapi cuma ummi jelah yang bertudung labuh. Yang bergaya sikit ikut trend ala mak-mak pula Mak Su. Yang lain tu memang tak boleh beza. Cara bercakap, berpakaian semua sama.
"Lapan." Mak ai. Banyak beno adik beradik ummi ni. "Ummi kedua bongsu. Yang tu Mak Long, Mak Ngah, Mak Lang, Mak Su."
"Mak Tih, Mak Ndak dan Mak Uda dekat kampung laki mereka."
Ava ber-oh ria. Subur nenek Dann ni. Banyak anak dia. Kalau dia kawin dengan salah satu sepupu Dann ni. Rasanya banyak tak anak dia? Nanti bolehlah panggil along, angah, alang, atih, andak. Tak gituw. Ava tersengih.
"Betul tak Isabella?" Soalan Mak Lang mengejutkan Ava dari lamunannya pasal anak-anak dia di masa depan.
Ava kerutkan dahi. Apa yang betul? Apa yang salah? Apa soalan Mak Lang ni? "Hah, betul tu. Betul" Dalam tak pasti dia mengangguk.
"Kalau boleh, sebelum cari yang jauh tu. Testlah dulu yang dekat-dekat ni. Mana tau ada yang berkenan." Makin berkerutlah dahi Ava dek pernyataan Mak Ngah. Apa doh. Bingung dibuatnya. Apa yang jauh? Apa yang dekat? Sesiapa tolong jelaskan padaku. Akukan bingung. Akukan perlu kepastian. Akukan ga mengerti.
"Mak Su ada seorang anak teruna ni. Masih belajarlah tapinya. Di UiTM. Kalau nak, Mak Su boleh kenalkan." Mak Su tersengih. Berkenan dia dengan Isabella ni lepas kakak dia bawa tomyam yang Isabella masak. Sedap. Dahlah cantik, pandai masak pula tu.
"Jauhlah anak kau, usu. Masih belajar pula tu." Mak Lang menepuk bahu Mak Su. "Anak Mak Lang, seorang owner bengkel motor, seorang lagi kerja kerajaan. Isabella nak tak?"
Eh?! Nanii?! Ava pandang Adam. Adam tak layan dia. Sentap tadi kena tegur Kak Humaira. Pandang Riz pula. Ah! Budak tak cukup umur ni boleh buat apa je? Dia pandang Ereyl. Ereyl dah tunjuk muka bingung. Nak dibela takut terkurang ajar pula. Orang tua tengah bercerita, tak elok menyampuk. Paling last, Ava pandang Dann. Muka kasihan ditunjuk habis-habisan.
"Ava tu, belum fikir lagi pasal semua tu." Dann balaskan untuk Ava. Ava dah tersengih. Dann superhero keduanya selepas Adam.
Mak Long tersengih lebar. "Yeke belum sedia. Ke abang dah booking Isabella dulu." Tersedak Dann dibuatnya. Apakah Mak Longnya ni.
ANDA SEDANG MEMBACA
Bad Child [ON HOLD]
Fiksi RemajaAva Isabella Gadis muda dengan masa silam yang gelap. Kehilangan satu persatu orang yang dia sayang menyebabkan dia hilang kepercayaan dan menjadi seorang yang anti-sosial. Ada satu rahsia yang disembunyikan menyebabkan dia lain daripada orang lain...
![Bad Child [ON HOLD]](https://img.wattpad.com/cover/223376220-64-k631276.jpg)