Ava pandang Ereyl. Ereyl pandang Riz. Riz pandang Dann. Dann pandang Adam. Adam pandang langit. Cantik langit. Berawan, redup je. Mereka sekarang berada di atas rooftop sebuah bangunan terbiar. Sebuah meja dan beberapa kerusi terletak di tengah-tengah rooftop. Lantai masih berselerak dengan sampah dan batu-bata.
"Nama kami Bella- eh Ava ingat lagi?" Selalu tersasul panggil Bella. Riz tersengih kambing.
Ava menggeleng perlahan. Teruk ingatan dia ni. Amnesia ka?
"Kau punya masalah ingatan ni bukan sebab kes langgar kelmarin tukan?" Ereyl bertanya ragu-ragu.
Ava menggeleng lagi. Bingung juga. Lepas habis berbincang dalam kereta tadi. Disuruhnya tukar uniform kerja tadi. Urusan berhenti kerja pula mereka yang urus dengan bos Mint Cafe. Terus diheretnya Ava kesini.
"So, apa kata kita start dari awal. Perkenalkan diri dulu." Ereyl menepuk perlahan meja dihadapannya. Meminta perhatian dari yang lain. "Nama aku Ereyl. Ingat baik-baik. E-R-E-Y-L. Seumur kau"
"Aku Riz. 18 years old" Riz angkat tangan. Senyum kambing masih ditayangkan.
"Adam. 20." Adam juga sukarela memperkenalkan diri.
"Ini Dann. Seumur kita juga." Ereyl menepuk bahu Dann. Dann selalunya banyak cakap juga. Tapi dengan perempuan kurang sikit.
Ava mengangguk. "Ava. 19."
"Macam yang kau baca dalam contract tu, kami adalah team untuk orang-orang berduit nak buat personal errand. Kira macam orang upahan. Kami terima job, kami dapat duit. Simple. Tapi kami tengok kerja jugalah, kami tak buat kerja-kerja kotor macam membunuh tu. Dan team kami adalah top 5 team personal errand antara semua team seluruh dunia. Sebut je Bad Child. Banyak yang kenal. Tapi, dalam kerjaya ni. Tak semua benda kami boleh buat tanpa member perempuan. Banyak kekurangan kami. Sebab tu kami perlukan kau sebagai new member of Bad Child." Panjang lebar Ereyl menerangkan disambut tepukan tangan dari Riz.
"Oh." Tatapan bosan diberi. Ava mengangguk perlahan.
"Sebelum kita masuk ke inti cerita. Aku mau tanya beberapa soalan dekat kau. Boleh?" Ava mengangguk.
"Ada belajar martial arts tak?" Soalan pertama Ereyl berikan.
"Pernah join underground MMA beberapa kali" Ereyl sedikit terkejut. Perempuan ni join underground MMA? Seriuslah.
"Apa MMA?" Riz bertanya. Baru didengar nama tu.
"Mix Martial Arts." Dann yang menjawab.
"Oh. Kelas mempertahankan diri lah ni kan?"
"Bukan. Underground MMA ni macam pertandingan kalah mati. Lawan-lawan menang dapat duit. Hidup mati kau ditangan pihak lawan." Ereyl pula menjelaskan. Bagus Ava ni ada tukang jawab soalan dia.
Riz mengangguk faham. "Hah?" Sebelum riak terkejut dipaparkan. "Seriuslah?" Biar betik. Kurus-kurus macam ni pernah join tournament lawan-lawan tu. Kalah mati lagi.
"Tapi lama sudahlah aku tinggalkan macam 3 tahun lalu."
"Bapak hebat kau ni!" Teruja Riz dibuatnya. Ava tersenyum bangga. Hebat kan. Tak henti-henti Riz memuji.
Ereyl berdehem sedikit. Takut juga dia dengan Ava ni. Underground MMA bukan calang-calang orang boleh join. Kalau tiba-tiba perempuan ni mengamuk, tak pasal-pasal disepak sorang-sorang.
"Korang tak sekolah?" Setelah puas dipuji Riz, Ava menjadi sedikit peramah. Kalau sudah jadi satu team, kena lah saling kenal.
"Tak. Kami semua habis setakat habis spm. Kecuali Adam, sempat juga dia ambil stpm." Riz menjawab. "Kau?"
"Samalah. Aku pun takat spm ja."
"Boleh start sudah bincang plan Datin Nora ni." Dann menyampuk. Dari tadi dia duduk memerhati. Adam disebelahnya juga dah berapa kali menguap. Macam mana tak menguap, duduk atas rooftop. Berawan begini. Angin sepoi-sepoi bahasa. Sedap bawa tidur ni. Kalau bukan disebabkan ada benda penting nak dibincangkan, lama sudah mereka tidur berjemaah.
"Oh. Iyakan." Ereyl berdehem lagi. "So, macam yang korang semua tahu kecuali Ava, Datin Nora ada bagi kita job untuk kita curi balik rantai yang husband dia bagi dekat scandalnya. Tapi, kelmarin Datin Nora bagi lagi additional job untuk perangkap anak tiri dia dengan seorang perempuan." Ereyl mengetuk meja kayu tersebut dengan pen ditangan. Mengarahkan anak-anak buahnya untuk fokus. "Plan rantai tu sudah kita bincang sebelum ni. Itu tolak tepi dulu sebentar. Sekarang ni siapa ada cadangan untuk plan anak tiri datin ni?"
Semua diam. Masing-masing tengah mencari idea. Kecuali Ava, dia masi baru dalam situasi seperti ini.
"Aku ada idea tapi cliché sikitlah." Semua mata memandang Riz. "Lelaki dan perempuan. Tempat paling senang mau wujudkan salah faham dekat mana?"
"Hotel?" Jawab Adam. Mengantuknya telah hilang. Fokusnya 100% pada perbincangan mereka.
"Tepat sekali. Maksudnya kita kena perangkap anak tiri datin dengan seorang perempuan dekat hotel."
"Dan perempuan tu adalah aku?" Jari Ava menunding ke arah dirinya sendiri.
"Yup! Tapi tidaklah kami suruh kau buat benda pelik-pelik."
"Pintar juga kau ni Riz. Ada guna juga otak kau ni" Ereyl mengangguk. Sesungguhnya, otak seorang Riz ni jarang kali dapat dipakai.
"Datin Nora pernah cakap yang mereka satu family kena jemput datang event fashion show untuk VIP dekat satu hotel ni… macam 3 hari 2 malam katanya." Dann tegakkan badannya. Sakit belakang bersandar lama-lama di kerusi kayu ni.
"Kalau kita perangkap dia waktu tu, bukti memang depan mata. Tak boleh disangkal lagi." Laju Ereyl menaip di handphonenya. Maklumat-maklumat tadi penting untuk disimpannya.
"Scandal Dato' pun datang. Aku yakin dia pakai rantai tu." Kata-kata Adam menghentikan jari jemari Ereyl.
"Maksud kau?"
"Kita boleh ja jalankan dua-dua plan sekaligus. Dann cakap mereka stay 3 hari 2 malam. Cukup waktu tu. Kerja boleh siap cepat, buat apa mau tunggu." Adam menyuarakan pendapat. Dia ni jarang bercakap. Tapi, sekali suaranya keluar memang boleh pakai ideanya.
"First of all, kita jalankan dulu plan rantai tu. Bila sudah riuh pasal kes rantai hilang tu, mesti mereka cek satu-satu bilik hotel. Masa tu baru kita perangkap anak tiri datin. Salah seorang kena lengahkan dulu budak tu di luar hotel. Biarkan Ava buat kerja dalam bilik."
Ereyl mengangguk. "Atau kita boleh ja tidurkan budak tu, baru Ava buat kerja. Nampak real sikit kan?"
"Tapi yang check tu mestilah staf hotel. Kalau boleh kita kena bagi dato' dan datin sendiri yang check bilik budak tu." Dann pandang satu persatu kawannya.
Ava angkat tangan.
"Ava?" Nak dengar plan akak kita pula. Semua mata tertumpu pada seketul Ava yang sudah tersengih-sengih.
"Korang boleh curi kunci hotel tu tak? Termasuk kunci spare yang pihak hotel pegang. Kalau tak dapat buka pintu hotel, mesti disuruhnya ahli keluarga contact budak yang kita nak perangkap ni kan?" Hehe. Berkat tengok macam-macam cerita bergenre spy secara haram ketika dia berkerja sebagai cleaner di cinema tempoh hari, dapat juga terfikir idea pelik seperti ini.
Ereyl menggaru dagunya. "Boleh jalan idea tu." Bagus budak Ava ni, cepat sesuaikan diri.
ANDA SEDANG MEMBACA
Bad Child [ON HOLD]
Ficção AdolescenteAva Isabella Gadis muda dengan masa silam yang gelap. Kehilangan satu persatu orang yang dia sayang menyebabkan dia hilang kepercayaan dan menjadi seorang yang anti-sosial. Ada satu rahsia yang disembunyikan menyebabkan dia lain daripada orang lain...
![Bad Child [ON HOLD]](https://img.wattpad.com/cover/223376220-64-k631276.jpg)