Lima orang anak muda sedang sedap meratah makanan yang mereka angkut dari rumah pengantin tadi. Tak betah mereka nak makan di sana. Tiada privasi sungguh. Banyak mata-mata. Last-lastnya, dibawa balik makanan di sana. Lagi sedap makan di rumah sendiri.
Ummi menggeleng kepala melihat karenah empat orang anak terunanya dan seorang anak gadisnya ini. Kak Humaira pula dari tadi tersengih-sengih. Abang Syakir yang mendukung Aisyah juga tersenyum lucu.
"Haihlah, Isabella. Jangan diikut sangat perangai tak senonoh budak empat orang ni." Fed up ummi dengan perangai mereka. Ni, nampaknya Isabella dah terikut-ikut sikit kebebalan budak-budak lelaki ni. Rosak perangai anak dara orang dibuatnya. Kalau mak bapak gadis ni bertanya macam mana.
"Buang tabiat korang ni tapau makanan sana buat makan sini." Kak Humaira tersengih makin lebar. Lawak jugalah perangai budak-budak ni. Tak. Kalau mereka tapau pakai plastik ke apa takpe. Ni, dah cedok nasi, dan cedok lauk. Diangkatnya dengan piring sekali pergi balik rumah apasal. Lagi lawak bila Isabella pun join sekaki dengan mereka. Aduh. Tak boleh brain pemikiran anak-anak muda zaman sekarang. Luar kotak sungguh.
Ava hanya tersengih. Laju kakinya melangkah ke dapur. Nak cuci tangan. Tak sangka juga dia boleh buat kerja gila macam tu. Bukan salah dia. Ereyl yang bawa lari makanannya. Riz pula tolong angkut air dia. Dia cuma lenggang kangkung je follow empat ekor monyet ni. Sambil snap beberapa gambar dari belakang.
"Ni ha, ummi nak cakap sikit ni, abang." Ummi Khadijah betulkan duduknya di sofa. Monyet empat ekor yang masih sedap meratah di lantai ruang tamu dipandang satu-satu. Bengap-bengap mereka pun, dia sayang anak-anaknya ni. Walaupun bukan anak kandungnya. Kalau Dann sayang mereka macam adik beradik sendiri. Maka dia pun akan sayangkan mereka macam anak sendiri. Begitulah besarnya kasih seorang ibu.
"Mak Nah ada cerita dekat ummi. Dia nampak abang dengan Isabella main selak selak kain pula depan rumah."
Nak tersembur air yang diminumnya. Adam, Riz dan Ereyl pandang Dann tak percaya. Apa kes main selak-selak kain doh? Dann dengan Ava pula tu. Macam tak sesuai letak nama Dann dengan Ava dalam satu ayat macam ni. Aneh yang amat.
Kak Humaira dah tersengih sakan. "Agak-agaklah abang oi nak buat projek pun carilah tempat sembunyi sikit. Ni depan rumah siang-siang hari pula tu. Ke sengaja nak show off tu. Almaklum Isabellakan idaman orang ramai."
Ummi tampar paha Kak Humaira. Adakah dicakapnya macam tu.
"Mana ada ummi. Abang tegur kenapa kain baju kurung Ava tu terbelah teruk. Koyak ke atau memang fesyennya. Roslah ni. Baju entah apa-apa tah." Ros pula disalahkan. Punyalah sedap dia ambil gambar di pelamin sana siap berpose ala-ala model lagi, tiba-tiba terjelepuk ke bawah pelamin dek terpijak kain baju kurungnya yang kembang mengalahkan baju pengantin.
Ava di pintu dapur mengangguk laju. Menyokong kata-kata Dann. Ini semua salah faham belaka. Sesungguhnya anak ummi tu yang perangai tak senonoh. Dia hanya mangsa keadaan.
"Kalau yepun. Tak yah lah main selak-selak kain abang oi. Abang tu takpe. Lelaki. Yang Isabella tu perempuan, kalau tak ada dah yang nakkan Isabella tu macam mana?" Tegas ummi menasihati.
"Abang ada."
Lagi sekali tiga ekor monyet disebelah tersedak air manis. Apa sakit Dann hari ni. Macam tak percaya telinga mereka ni. Dann yang anti-perempuan tu cakap benda jijik seperti ini. Euww. Alien mana yang telah mencuri tubuh Dann ini?
"Yakin benar kau bang, isabella nakkan kau." Kak Humaira menggeleng kepala.
"Alah, kalau dia tak nak abang. Adam ada, Ereyl ada, Riz ada. Abang percaya sikit mereka ni boleh jaga Isabella. Kecuali Riz lah, yang ni abang ragu-ragu sikit. Entah-entah Isabella yang jagakan dia. Tapi selain tu, takde yang boleh nak tangkap cinta dengan isabella buat masa ni. Bagitau dekat budak-budak dekat luar tu. Isabella not available. Bagitau sekali makcik-makcik yang nak menantukan Isabella tu, Isabella ummi dah tanda" ah sudah serius yang amat si Dann ni. Lepas tadi nampak parut di betis Ava. Dia tekad. Dia akan lindungi gadis itu. Gadis yang luarannya nampak keras, tapi hatinya rapuh, serapuh bunga yang layu.
Dalam diam Adam, Ereyl dan Riz mengangguk setuju. Buat masa sekarang mereka tak nak Ava tangkap cinta dulu dengan mana-mana lelaki. Tak nak Ava disentuh mahupun disakiti. Lagipun Ava masih muda. Ava permata mereka. Biar mereka yang jaga Ava. Biar mereka jadi White Knight Ava. Avakan Our Lady Isabella.
"Korang." Ava dah tarik hingus. Terharu. Kain langsir pintu dapur dilap sedikit ke wajahnya. Menghapus air matanya. Tak sangka dia jumpa kawan-kawan yang macam ni. Yang prihatin dekat dia.
Ummi dah ketap bibir. Jijik melihat kain langsirnya menjadi mangsa Isabella. Namun fokusnya kembali kepada topik yang dibincangkan. "Ummi nasihat je. Suka ummi kalau kamu ambil berat dan jaga Isabella macam ni. Tenang hati ummi tahu yang Isabella selamat dalam jagaan kamu. Tapi janganlah sampai menimbulkan kesalahfahaman. Mulut orang ni kita tak boleh control. Yang mampu kita control ni hanya perangai kita je."
Satu-satu wajah lima orang anak muda itu dipandang. " Ummi dah ulang banyak kalikan? Ikhtilat jaga. Antara lelaki dan perempuan ada batas yang mereka tak boleh nak suka hati langgar macam tu je. Tidak ada seorang pun yang mengatakan bahawa pergaulan wanita dengan lelaki sama dengan pergaulan lelaki dengan lelaki. Kerana asasnya pergaulan lelaki sesama lelaki adalah HARUS, tetapi pergaulan lelaki dengan wanita asalnya adalah HARAM. Biarpun Isabella ni sebenarnya kasar macam lelaki. Biarpun kamu kawan, biarpun kamu dah macam adik beradik. Syaitan tak peduli ikatan kamu sebagai kawan atau adik beradik tu. Asal dia nampak yang kamu berlainan jantina, mulalah dia goda kamu. La takrobul zina, jangan dekati zina bukannya jangan lakukan zina. Sebab apa? Lebih baik mencegah daripada mengubati bukan? Lebih baik jauhkan sebelum kamu tak dapat kawal diri kamu tu."
Deep. Sentap. Masing-masing diam. Sekarang Ava faham. Kenapa Dann anti betul dengan perempuan. Untung dia dapat ummi yang boleh ingatkan hal-hal macam ni dari kecil sampai sekarang.
"Tapi itu ummi nasihat je. Tidaklah ummi suruh kamu jauhkan diri dari Isabella macamlah Isabella tu ada covid-19. Ummi sekeh sorang-sorang kang. Maksud ummi tu boleh berkawan tapi ada batasnya. Hah! Isabella. Lepas ni kalau empat orang budak ni tiba-tiba pulaukan kamu bagitau ummi. Ummi sepak sorang-sorang pergi kutub utara sana. Biar mati kesejukan dekat sana."
Tersengih Ava dibuatnya. Mana nak cari ummi macam ni. Allah. Rindunya dia nanti lepas pulang dari kampung ni. Kalau diberi pilihan. Dia nak tinggal sini. Dia nak tiap-tiap hari dengar nasihat dan gurauan ummi. Dia nak rasa kasih sayang ummi selamanya macam ni.
Pelukan dieratkan. Air matanya yang sedari tadi ditahan mengalir juga. Cepat betul masa berlalu. Tak sangka sudah waktunya untuk mereka pulang.
"Nanti-nanti lawatlah ummi lagi." Sebak permintaan ummi. " Isabella je satu-satunya anak gadis ummi yang tinggal sekarang."
"Nanti Isabella rindu ummi." Ava dah teresak-esak menangis. Empat ekor monyet dibelakang juga dah tayang muka sedih. Selalunya tak sesedih ini. Tapi disebabkan ummi dah ada anak perempuan sekarang. Sayu pula rasanya. Lain ikatan ibu dan anak perempuan ni. Kuat semacam.
"Ummi pun, sayang." Pelukan dileraikan. " Nanti dekat sana. Tengok-tengokkan juga kawan-kawan kamu ni. Biasalah perangai dorang mana pernah nak senonoh. Isabella pukul je sorang-sorang kalau buat hal."
Tersengih mereka. Ava mengangguk. Mereka mengucapkan selamat tinggal lagi. Dipeluk dicium pipi mereka buat kali terakhir sebelum kereta mereka menjauh dari kampung itu diiringi lambaian tangan seorang ibu.
ANDA SEDANG MEMBACA
Bad Child [ON HOLD]
Teen FictionAva Isabella Gadis muda dengan masa silam yang gelap. Kehilangan satu persatu orang yang dia sayang menyebabkan dia hilang kepercayaan dan menjadi seorang yang anti-sosial. Ada satu rahsia yang disembunyikan menyebabkan dia lain daripada orang lain...
![Bad Child [ON HOLD]](https://img.wattpad.com/cover/223376220-64-k631276.jpg)