Burung-burung berkicauan. Pokok-pokok bunga menari-nari. Angin sepoi-sepoi bahasa bertiup tenang. Empat jejaka dan seorang gadis duduk santai di dalam gazebo di tengah-tengah taman bunga.
Ava tersenyum janggal. Tak sangka pula tunang Adam ni kaya orangnya. Tempoh hari sudahlah dia terkejut dek kenyataan bahawa Riz ni sebenarnya anak Tengku. Hari ni terkejut pula masuk rumah yang ala-ala istana raja ni. Entah-entah Adam ni anak raja kut. Lepastu Ereyl pula sebenarnya anak hacker berjaya seluruh dunia. Ummi Dann pula mungkin senyap-senyap ada company sendiri. Pergh. Tinggi imaginasi seorang Ava.
"Asal kau duduk sini, Adam. Bukannya kau patut bertunang dekat dalam ke?" Riz soal Adam yang tengah sibuk mengotak-ngatik handphonenya.
"Ni bertunang, Riz. Bukannya menikah nak kena pengantin lelaki buat akad nikah, batal air wudhu bagai. Cukuplah tu mak dengan keluarga Adam dekat dalam." Ereyl pula yang jawabkan.
"Aku tanya je. Manalah aku tahu, bukannya aku pernah bertunang pun."
"Aku nak jumpa Hawa kejap. Ava ikut aku." Adam berdiri dari duduknya. Handphone dimasukkan ke dalam poket seluarnya.
Ava angkat kening. Nak jumpa tunang pun kena bawa dia ke. Ni kalau tunang dia cemburu macam mana. "Asal bawa aku pula."
"Entah, asal bawa Ava pula." Innocent Riz bertanya. Tak puas hati gayanya. Marahlah tu kena tegur Ereyl tadi.
"Dia baru tunang, Riz. Tak halal lagi. Mana boleh berdua-duaan." Dann yang mamai-mamai pula menjawab. Mengantuk dia sebenarnya. Layan Free Fire sampai subuh. Nak je dia tidur atas rumput ni. Nampak selesa je. Memang rumput orang-orang kaya nampak empuk macam karpet bulu-bulu ummi ke.
"Habis, kau dengan Ava boleh pula." Riz tersengih nakal.
Terus terang mata Dann dibuatnya. Tak jadi dia nak mimpikan gulai ayam ummi yang menggoda tu "Apa pula aku dengan Ava?"
"Cakap je. Manalah tahu."
"Apa kau merepek ni? Nyah kau alien." Ava tendang kaki Riz lalu bangun membuntuti langkah Adam. Malu sebenarnya lama-lama dekat sana. Apa bangang sangat Riz pergi cakap macam tu.
"Asal weh? Asal?" Dari jauh kedengaran suara nyaring Ereyl nak mengorek bawang dari mulut Riz. Memang mereka dua ni tak sah kalau tak membawang. Mengalahkan perempuan mulut masing-masing.
"Assalamualaikum, cik tunang." Adam memberi salam kepada seorang gadis berbaju kurung biru cair yang tengah berdiri ayu di tepi pintu dapur.
Ava tersengih kecil. Dia pula yang cair dengar salam dari Adam tu. Tunang Adam dipandang atas bawah. Cantik orangnya. Bertudung litup, nampak ayu je.
"Waalaikumussalam, encik tunang." Auch. Lembutnya suara Hawa. Yang ni pun buat Ava cair juga.
Tersenyum-senyum seketul Ava yang dari tadi berdiri dibelakang Adam. Kedua belah tangannya digenggam lalu badannya dilentikkan ke kiri dan kanan. Suka dia tengok drama romantik malu-malu secara live macam ni.
"Ini?"
"Ava Isabella. Kawan Abang."
Dari posisi sotong, sekarang Ava dah bergolek sakan atas tanah lepas dengar ayat Adam tadi. Alahhh, sweetnya mereka. Main abang-abang pula. Nak juga, nak juga. Pipinya memerah. Hidungnya mula mengeluarkan cecair warna merah.
"A-- awak tak apa-apa ke? Hidung awak berdarah." Risau Hawa bertanya. Takut juga dia dengan keadaan mental Ava ni. Entah macam mana tunang dia boleh berkawan dengan ulat beluncas macam ni.
Laju-laju Ava bangun. Darah di hidung dikesat kasar. "Ehem. Ok je. Rilek. Hahaha, teruskanlah berbual. Anggap je aku takde. Hehehe." Tersengih kambing dia. Lengan baju kurungnya disising sampai ke siku. Rimas pula berbaju kurung macam ni.
YOU ARE READING
Bad Child [ON HOLD]
Teen FictionAva Isabella Gadis muda dengan masa silam yang gelap. Kehilangan satu persatu orang yang dia sayang menyebabkan dia hilang kepercayaan dan menjadi seorang yang anti-sosial. Ada satu rahsia yang disembunyikan menyebabkan dia lain daripada orang lain...