07

116 18 0
                                    

Dua minggu telah berlalu setelah mereka selesaikan job Datin Nora. Tinggal tunggu Datin Nora bank in duit je. Hubungan Bad Child dengan Ava juga semakin baik. Malah Ava serta merta dijadikan member permanent disebabkan bakat berlakonnya yang luar biasa. Sekarang Ava dah boleh beramah mesra dengan ahli-ahli Bad Child lainnya walaupun masih awkward. Cuma sehari dua ni ja, tiada khabar dari Ava. Katanya sibuk cari duit lebih. Buat part time job dekat mana-mana.

Hari yang tenang. Ereyl, Riz, Dann juga Adam bersantai di atas rooftop yang telah mereka ubahsuai sehari selepas kejadian di hotel tempoh hari.

Ereyl sedang mengotak-ngatik laptopnya. Fokus benar. Mungkin sedang menggeledah program baru. Riz sedap bermain tik tok. Bermacam-macam challenge sudah dilakukan. Dari bagaikan langit di sore hari sampai lah yummy challenge yang duk menari macam sotong tu. Dann membuat tahi mata di atas sofa empuk yang baru mereka pindah ke atas rooftop ni. Entah berapa jam sudah dia tidur. Adam pula seperti biasa, tidak berpisah dengan bukunya. Setakat ini dia sudah habiskan lima buah buku sambil sesekali memakan jajan yang terletak cantik di atas meja.

Let's kill this love!
Yeah, yeah, yeah, yeah, yeah
Rum, pum, pum, pum, pum, pum, pum
Let's kill this love!
Rum, pum, pum, pum, pum, pum, pum

Feelin' like a sinner
It's so fire with him I go boo, ooh
He said you look crazy
Thank you, baby
I owe it all to you
Got me all messed up
His love is my favorite
But you plus me
Sadly can be dangerous

Lagu Kill This Love nyanyian Blackpink tiba-tiba berkumandang. Part Lisa dan Jennie itu berjaya menghentikan Jari-jemari Ereyl yang dari tadi menari di atas keyboard laptop. Membantutkan seorang Riz bermain tik tok dan membangunkan seketul Dann dari tidur

Adam pandang handphonenya yang terletak atas meja.

"Seriously Adam? Blackpink?" Riz seakan tidak percaya. Tolong katakan ini bukan Adam. Ini hantu malaun yang menyerupai Adam.

Ereyl masih terkejut. Otaknya blank. Dia masih shock. Tidak pernah menyangka, Adam yang pendiam tu merupakan seorang Blink. Dann pandang tepi ja, dia tak peduli. Dia nak sambung tidur lagi.

"Masing-masing ada citarasa tersendiri." Balas Adam bersahaja. Handphonenya berbunyi lagi menandakan panggilan masuk. Panggilan diangkat, handphone ditekup di telinga. Dahinya berkerut sedikit. Dia pandang Ereyl. Dia pandang Riz. Dia pandang Dann. Ahh, budak ni tidur ja dia tau.

Ereyl dan Riz mengangkat kepala. Bingung dengan reaksi Adam.

Handphone di jauhkan dari telinga. Ikon loud speaker disentuh.

"Helooooooooo. Anybody there? Bella lapar. Adam bawalah yang lain teman Bella makan." Suara Bella merengek manja menyapa gegendang telinga mereka. Dann terbangun sekali lagi. Kali ni tegak dia berdiri. Sedikit terkejut mendengar suara itu.

"Bell…Bella?"

"Yah? Ereyl ke tu? Bella speaking. Jom teman Bella makan. Jomlah." Gedik bunyinya.

"Bella? Ava Isabella?" Ereyl bertanya lagi. Ragu-ragu dia. Ada sesuatu yang tidak beres ni.

"Yelah Bellalah ni. Ereyl ada kenal dengan Bella lain ke?"

Mereka saling pandang. Sah! Memang ada yang tidak kena ni.

"Bel-Bella dek- dekat mana sekarang? Kami otw." Nah tergagap dibuatnya seorang Ereyl. Laju dia menutup laptopnya. Yang lain turut bangun. Patutlah dalam dua minggu ni rasa tenang yang amat. Ada lagi satu problem yang belum mereka selesaikan.

###

Bella asyik menangkap gambar pizza didepannya. Mau dipost di Instagram. Hastag perempuan. Hastag acah-acah instafamous. Hastag typical budak zaman sekarang. Show off dulu baru melantak.

"Bella dan Ava orang yang berbezakan?" Dann bersuara. Yang lain turut fokus pada Bella. Itulah sebab utama mereka ke sini. Mereka perlukan kepastian.

Handphone di simpan di atas meja. Soalan tadi tidak terus dijawab. Air disirup. Kering tekaknya. Bella perasan akan sekumpulan lelaki yang pandang-pandang dia dari meja sebelah. Dia berikan senyuman manis semanis gula melaka. Terus tak tentu arah dibuatnya budak-budak tu. Haha. Cair tak tengok senyuman akak Bella.

"Bella." Ereyl menegur.

"Tak. Bella dan Ava orang yang sama." Akhirnya jawapan diberi.

"Cuba jelaskan betul-betul. Kalau Ava dan Bella orang yang sama, macam mana perangai lain-lain ni?" Ereyl tak puas hati. Lama sudah diperhatikan Ava Isabella ni. Kejap perangainya ganas, kejap perangainya gedik.

"Korang kembarkan?"Riz pula menyampuk. Memang itu yang semua orang fikir sebelum ni.

"Tak. Bella dan Ava adalah orang yang sama." Dah, apa yang Bella mengarut ni. Selepas diperhatikan betul-betul baru perasan bibir Bella masih berbekas tamparan Hazri tempoh hari. Tak masuk akal, tempoh hari dia membahasakan dirinya sebagai Ava sekarang Bella pula.

"Sekarang ni kalau betul Ava dan Bella orang yang sama. Kenapa perangai mereka lain-lain?" Tak logik. Sangat-sangat tak logik.

"Bella tak ada hak nak bagitau. Nanti tanya Avalah." Bella menongkat dagu. Senyuman tak pernah mati berbeza dengan Ava yang asyik murung ja.

"See. Maksudnya Ava dan Bella orang yang berbezalah kan?"

Soalan di dari Ereyl dibalas gelengan dari Bella. "Tak. Ava dan Bella adalah orang yang sama." Diulang lagi pernyataan itu.

"Kalau macam tu call Ava. Kami nak jumpa dia sekarang." Dann mengarah.

"Ava dan Bella adalah orang yang sama. Bukannya boleh suka hati sekejap jumpa Bella, kejap lagi jumpa Ava."

Lah pulak. Badan dihempas bersandar di kerusi. Rambut dikusutkan. Bingung. Buntu. Ava Isabella sedang mempermainkan mereka kah?

"Dahtu. Macam mana pula kami nak bezakan Bella dan Ava?" Riz beria tanya. Dia juga bingung sebenarnya. Tapi dalam masa yang sama dia excited dekat kes Ava Isabella ni.

"Hmm." Bella menggosok dagu. "Selain cara bertutur and pakaian. U'all boleh nampak dari mata Bella."

"Huh?" Berjemaahlah empat jejaka tersebut merenung mata Bella. Masing-masing maju ke depan sedikit. Bella turut membalas pandangan masing-masing. Jadilah balas membalas pandangan. Muka masing-masing serius je.

Tiba-tiba Bella kelipkan sebelah mata diiringi senyuman nakal. Berbunga-bunga latar belakang Bella. Bersinar-sinar gitu.

"Aishh!" Empat-empat terundur kebelakang. Terkejut. Terkesima. Sikit lagi nak terjatuh. Jatuh cinta. Acia cia cia.

Bella ketawa gedik. "Lawak U'all ni."

"Betul-betullah Bella." Ereyl mencebik. Orang tengah serius, boleh pula dia main mata. Nak tergolek sudah hati ni tadi, nasib sempat sambut.

"Betullah ni. Kalau U'all perasan mata Bella dan Ava lain. Bukan sebab warna or bentuk tau"

"Cahaya mata tu. Mata Bella nampak ceria bersinar, kalau Ava redup suram sikit." Akhirnya Adam memecahkan teka teki mata Bella ni.

"Tepat sekali. Bella bagi 10/10 markah untuk Adam."

Yang lain dah bulatkan mulut. Lepas dah dengar penerangan Adam macam tu, baru perasan mata Bella dan Ava memang berbeza. Inilah budak-budak zaman sekarang, tak boleh nak berfikir sendiri. Nak disogok idea orang lain dulu baru sel-sel otak dapat berhubung.

Bad Child [ON HOLD]Where stories live. Discover now