Mereka berempat sedang bersantai di markas rahsia mereka. Memang cukup rahsia kerana kedudukannya yang terletak jauh dari rumah-rumah yang lain. Rumah ni awalnya milik keluarga Riz yang dijadikan sebagai rumah sewa. Namun, kerana kedudukannya yang jauh dari pasar-pasar raya, tiada yang berminat untuk menyewa rumah itu. Hatta, pelajar uni yang terdesak mencari rumah sewa murah pun tak ingin mau menyewa di sini walaupun sudah teruk diturunkan harga. Sehingga ada rumor mengatakan rumah ni berpenunggu. Last-lastnya, dibagi free dekat mereka. Punyalah senang hati tu. Siapa je yang tak senang hati dapat rumah sewa yang boleh tahan mewah secara cuma-cuma?
"Ereyl sayang." Riz menguis-nguis bontot Ereyl dengan ibu jari kakinya. Suara disotongkan sehabis yang mungkin. Dia perlukan perhatian. Dia bosan.
Ereyl menepis kaki Riz yang dari tadi asyik menodai bontotnya. Hari ni, hari cheat daynya. Hari di mana dia tidak perlu pandang segala program-program komputer yang serabut tu. Jadi dia isikan masa lapangnya dengan membaca komik pula sambil terbaring enak di lantai ruang tamu.
"Aku ada benda penting ni nak bagitau."
Ereyl buat tak endah. Mengikut akal cerdik dan pengalamannya, kalau Riz mengatakan sesuatu itu penting maka itulah benda paling tak penting dan tak bermanfaat yang perlu dia dengar. Buang masa je kau pinjamkan telinga dekat budak ni
"Layanlah aku." Disepak pula bontot suci itu. Ereyl mengaduh perlahan. Jinbawe punya kawan. Memang tak tenteram jiwanya kalau nampak dia rilek sikit.
Ding Dong! Lonceng rumah berbunyi buat pertama kalinya. Diulang. BUAT PERTAMA KALINYA. Semenjak mereka pindah masuk rumah ni, tak pernah lagi ada sesiapa datang bertandang ke sini. Agaklah. Siapa je nak melawat rumah celah hutan ni.
Buku komiknya di tutup. Riz juga berhenti menganggu bontot Ereyl.
"Dann?"
"Yes?" Dann baru keluar dari biliknya. Rambutnya basah. Tuala putih tersangkut di bahunya. Dia hanya berseluar pendek. Nampak sangat aura baru mandinya. Muka pun suci habis.
"Adam lupa kunci kut." Riz ketawa awkward cuba menyedapkan hati. Daddy dia pernah berkata, di siang hari pun hantu boleh berkeliaran. Jam dinding ditilik. 02:00. Matahari masih atas kepala ni. Tak panas ke hantu tu? Tak cair ke kapur barus dimuka tu?
"Apa kau merepek ni. Adam tak perlu kunci pun dia boleh masuk rumah Barrack Obama tu. Nikan rumah kita sendiri." Teringat kebolehan Adam. Segala jenis pintu didunia ni dia boleh buka. First time mereka kenal, mereka sempat berburuk sangka yang Adam ni adalah sejenis jembalang yang boleh tembus dinding.
"Adam tengah memasaklah." Dann menegur. Adam kalau memasak memang senyap. Langsung tak kedengaran bunyi periuk belanga berlaga. Ni kalau mak mertua nampak terus dibawanya akad nikah. Bukan dengan anaknya tapi dengan dirinya sendiri. Hahaha.
Riz mula cuak. Wajah Ereyl menjadi pucat. "Aku salah dengar ni, kan?"
" Haah. Kau salah dengar ni. Aku tak dengar apa-apa pun." Ereyl buka balik komik yang dibacanya tadi pura-pura tidak ingat pasal bunyi lonceng rumah tadi.
Ding Dong!
Ah sudah. Siapa pula ni. Dann dah berkerut seribu. Terkejut juga dia dengar bunyi lonceng tersebut. Kut-kut ada orang buat report polis pasal kerja terkutuk mereka. Habislah masa mudanya dihabis dalam penjara.
Terbayang satu persatu wajah mangsa pedajalnya. Kebanyakannya orang berduit. Mana tahu dorang upah penyiasat cari tahu pasal kitorang. Tak pun, Hazri Hamid. Mengamuk sakan dia tu hari. Kut-kut disimpannya dendam. Tak ke naya. Datin Nora tu pun bukan boleh jaga mulut sangat.
"Yuhuuu." Seorang gadis cantik yang mengenakan off shoulder crop top putih serta berskinny jeans menapak masuk kedalam ruang tamu itu.
"Bella?!"
YOU ARE READING
Bad Child [ON HOLD]
Novela JuvenilAva Isabella Gadis muda dengan masa silam yang gelap. Kehilangan satu persatu orang yang dia sayang menyebabkan dia hilang kepercayaan dan menjadi seorang yang anti-sosial. Ada satu rahsia yang disembunyikan menyebabkan dia lain daripada orang lain...