05

110 17 2
                                    

"Test. Test. Ava dengar tak?" Suara Ereyl kedengaran.

"Dengar." Anting-anting panjang yang terselit alat pendengaran dan tiny mikrofon dibetulkan. Langkah diatur menuju ke meja reservation. Gaun panjangnya diangkat sedikit menampakkan kasut tumit tinggi berwarna silvernya. Stress dia pakai baju ni, sikit-sikit nak terpijak.

Namun, tak dapat disangkal Ava anggun menggayakan dress labuh bertinta biru itu. Ditambah lagi dengan kainnya yang kembang menampakkan Ava seperti seorang Cinderella yang datang mencari Prince Charmingnya.

Di meja reservation pula berdiri dua orang staff. Yang sorang lelaki, sorang lagi perempuan. Langkah diatur ke arah staff lelaki. Tengok dari muka staff perempuan nampak gediknya. Dia dan perempuan gedik memang tak berngam. Malaslah nak cari gaduh dekat sini, last-last rosak mission. Hancur berderai harapan dapat gaji besar.

"Urm. Hye, sorry ganggu. I girlfriend Hazri Hamid yang duduk dekat bilik 501. Sekarang boyfriend I ada hal penting dekat luar. Kunci bilik pula dia yang pegang. So, boleh tak U bagi kunci spare bilik boyfriend I?" Suara cuba disotongkan seboleh yang mungkin. Macam mana Bella dan seakatannya boleh hidup dengan suara macam ni? Boleh muntah berdarah dibuatnya.

"Sorry cik. Kami tak boleh bagi kunci spare dekat orang sebarangan." Staf lelaki bername tag 'Irfan' tersebut tersenyum hormat. Staf perempuan disebelahnya pula buat bodoh je biarkan Irfan yang buat kerja. Handphone yang disorok di sebalik fail-fail dimeja reservation sekali sekala discroll.

"Tapi I bukan orang sebarangan. I girlfriend Hazri Hamid."

"Sorry cik..."

"Alaaa... U ni. I nak buat surprise dekat boyfriend I. Today, second anniversary kami. Bolehlah U." Ava merengek manja. Kaki sedikit dihentakkan. Muka dah tayang comel punya. Tak senonoh betul perangai. Kalau bakal mak mertua nampak, maunya diberi penampar sebiji.

"Nice, Ava." Suara Ereyl kedengaran setelah lama membisu. Bagus budak Ava ni. Tak perlu diajar, cukup beri arahan dia sudah tahu apa yang perlu dilakukan.

"Tapi cik..."

Kata-kata Irfan terpotong apabila Ava mula memainkan jari telunjuknya di lengan Irfan. "U..." Jelingan nakal diberi. "Hari ni U tolong I. Esok lusa, siapa tau U perlukan pertolongan I."

Staf perempuan yang asyik curi tulang dari tadi menjeling tajam seketul Ava yang masih fokus merayu Irfan.

"Bagilah malam ni I enjoy with my boyfriend dulu. Nanti-nanti kalau U alone nak peneman, U call lah I. I boleh balas budi U." Tak puas jari telunjuknya bermain di lengan Irfan, dipintal-pintalnya pula hujung kain yang membaluti lengan sasa itu.

Irfan menghela nafas berat. Tipulah kalau dia tidak tergoda dengan gadis dihadapannya ini. Tapi taklah dia berniat mau ambil kesempatan. Malu juga dia dilihat beberapa pengunjung event fashion show yang akan berlangsung tak lama lagi ni. "Bilik nombor berapa tadi, cik?"

Ava tersenyum suka. "501." Akhirnya, tak sia-sia dia menyotongkan dan menyundalkan diri sebentar tadi. Staf perempuan disebelah dilirik malas. Bibir tu tercebik-cebik dah kenapa? Jeles?

"Ni kunci bilik 501 ya, cik. Kalau boleh, habis guna terus return dekat sini." Kunci beserta kad berwarna emas dihulur.

Tak ambil masa lama. Kunci tersebut bertukar tangan.

"Wink sekali. Wink sekali." Ereyl mengarah bernada gurauan. Namun dituruti juga oleh Ava. Dihadiahkan sebuah kelipan mata yang agak menggoda kepada Irfan sebelum berlalu pergi.

"Hazri Hamid tu dah settle?" Mata redupnya dihalakan ke dalam dewan yang akan berlangsungnya event besar-besaran nanti.

"Budak Hazri tu sudah lama Adam settlekan. Duk terkulai dalam bilik. Tapi kau jangan jalan dulu, line belum clear. Dato', datin sama ada beberapa lagi tamu vip masih berkeliaran dekat depan bilik." Ereyl merupakan seorang watcher. Dihacknya cctv hotel untuk memudahkan yang lain buat kerja. Kalau anak-anak buahnya itu memerlukan akses lain yang berkaitan teknologi, internet dan sebagainya. Dia juga yang uruskan dari jauh. Duduk ja dalam van. Nampak senang, goyang kaki. Tapi siapa yang pernah buat kerja ni ja yang tahu bertapa susah dan bahayanya tugas seorang watcher.

Ava mengangguk. Mata terpandang Dann yang segak bersuit hitam dari jauh. Rambutnya yang selalu serabut, malam ni disisir rapi.

"Target B ada dihujung dewan."

"Roger." Dann mengangguk kepala sebelum melangkah kearah seorang gadis bergaun merah jambu dihujung dewan.

"Hye." Tegurnya. "Nick." Dann memperkenalkan diri. Memang itu namanya yang selalu digunakan ketika kerja-kerja sebegini dilakukan.

"Oh, hye. Sofia." Sofia, scandal Dato' Hamid itu tersenyum malu. Tidak sangka datang seorang lelaki tampan menegurnya.

"My mom cakap, bidadari cantik tidak boleh dibiarkan sendiri tanpa peneman. That's why, I'm here. Untuk temankan bidadari ni." Manisnya mulut seorang Dann. Sungguh berbeza dengan dirinya yang sebenar. Dann yang anti-perempuan.

Ereyl pernah berkata, mereka selalunya take turn ambil watak penggoda perempuan ni. Tapi kebanyakan job memang selalu pakai Dann. Bukan apa, kalau ikut rupa, semua pun ada rupa. Tapi, Riz ni muka baby face sikit macam budak bawah umur dapat pakai untuk job budak-budak remaja je. Kalau Adam pula jenis yang kayu, susah mau mengayat, senang cerita tiada langsung ciri-ciri playboy dalam diri Adam. Tapi, kalau dah terdesak, Ereyl sendiri yang akan turun padang. Almaklum, team mereka ada berapa ketul je member.

Sofia ketawa halus. "Ada-ada je U ni." Suka dia diayat lelaki hensem seperti Dann. Lupa seketika dato' yang dah tua tu. Sekali-sekala apa salahnya layan pucuk muda. Sesuailah dengan umurnya sekarang yang baru menginjak awal 20-an.

"U memang datang seorang je ke?" Mata terpandang rantai diamond yang nampak mewah terletak kemas di leher Sofia. Tidak berat ke? Tidak tercekik ke? Inilah perempuan, sanggup sakit demi nak cantik.

"I sepatutnya datang dengan someone. Tapi tulah, someone tu kepunyaan orang. I yang bukan siapa-siapa ni hanya mampu pandang dari jauh jelah." Sofia tersenyum pahit. Eleh! Dia juga yang nak bersugar daddy sangat. Duit masyuk konon. Tak payah buat muka macam kau yang dicurangkan situ.

"Poor pretty girl. U tak sepatutnya bertahan dengan orang yang macam tu. Banyak lagi kumbang diluar sana."

Riz yang berpakaian sebagai pelayan tetamu datang membawa dulang air. Disuakan dulang tersebut di depan Dann. Dann mencapai dua gelas minuman yang dia sendiri tidak pasti air apa. Segelas dihulurkan kepada Sofia.

"Thanks." Senyuman manis Sofia berikan. Muka innocent habis. Macam tidak percaya gadis ini merupakan sugar baby seorang dato'.

"Oh, you got something." Tangan dipanjangkan ke belakang leher Sofia. Dengan cermat, kancing rantai diamond tadi dileraikan. Ava yang dari tadi sudah bersedia berdiri dibelakang Sofia menarik laju rantai tersebut. Sebelah tangan menghulurkan sekuntum mawar merah kepada Dann. Semuanya berlaku dengan cepat, langsung tidak disedari Sofia bahawa rantai diamond hadiah dari Dato' Hamid tersebut telah bertukar tangan.

"Red rose for you." Sekuntum mawar merah Dann suakan kepada Sofia sekali pakej dengan senyuman pencair hati.

"Wah!" Sofia teruja. Selalu nampak adegan ni dalam filem-filem romantik. Tidak sangka boleh terjadi dalam real life. Romantiknya. Aduh! Terus tertangkap cinta dengan lelaki bernama Nick ini. "Mana U belajar buat trick ni? Ajarlah I."

"Well." Dan mengangkat bahu.

Rantai diamond tadi disumbat dalam purse putihnya. Laju langkahnya berjalan menuju kebelakang dewan. Ah! Nak laju pun susah. Mau saja dibukanya kasut tumit tinggi ini lalu dicampak jauh-jauh. Biarlah ada anjing jalanan bawa lari sekali.

"Riz." Panggil Ava.

"I'm here." Suara dari sebalik alat pendengaran sangat jelas, menandakan pemilik suaranya berada berdekatan dengannya.

Purse putih yang sedari tadi digenggam erat dicampakkan masuk kedalam sebuah pintu yang menghubungkan ke arah dapur hotel. Riz yang memang sudah bersiap siaga di dapur laju mengambil purse tadi dan keluar mengikut pintu belakang.

"Ok. Direct pergi target A. Line clear sudah." Ereyl menekan-nekan segala butang di laptopnya. Cctv disekitar tingkat 5 dimatikan.

Berlari anak Ava pergi ke tangga kecemasan. Tingkat 5 ja, cepat lagi naik tangga daripada lif. Kasut tumit tinggi dilepaskan. Here we go!

Bad Child [ON HOLD]Where stories live. Discover now