19

95 14 0
                                    

"Jadi milik aku, Ava." Mikael menyeringai. Tangannya tak henti-henti bermain dengan pisau lipat.

"Aku tak tahu dah berapa kali aku nak ulang yang aku tak nak." Desis Ava. Awal-awal tu memanglah takut. Tapi dah duk ulang benda yang sama terus. Dia pun menyampah.

"Kau tau, aku sanggup buat apa saja yang penting aku dapat apa yang aku mahu."

Hmm. Yelah. Ava putar mata bosan.

"Jadi milik aku."

"Aku cakap tak nak tu, tak nak lah! Yang kau tak pandai faham bahasa ni kenapa?!" Bentak Ava. Hilang sudah kesabarannya.

Pap! Satu tamparan hinggap di pipinya. Rambutnya dicengkam dan ditarik ke belakang.

"Kau patut bersyukur, betina. Sepatutnya kau ni dah lama mati macam orang tua tadi tu!" Gertak Mikael. Wajahnya memerah menahan marah.

"Jadi kenapa kau tak bunuh je aku?! Kenapa kau tak tikam je aku?!" Ava pandang pisau ditangan Mikael yang bila-bila masa boleh merobek tubuhnya.

Mikael tersenyum sinis. "Kau sama je macam kakak kau. Murahan. Tak pernah cukup satu." Dilepaskan rambut Ava dengan kasar.

"Kau!" Ava mengetap bibir. Ya Allah. Geramnya dia dengan lelaki di depannya ini.

Mikael mencapai satu sampul surat berwarna coklat dari atas meja. Satu-satu gambar berukuran polaroid itu disusun. Terbeliak mata Ava melihat gambar ahli-ahli Bad Child di atas meja. Gambar mereka di kampung Dann juga ada.

"Ma..mana kau dapat gambar tu?"

"Mana satu patut aku bunuh dulu?" Bisik Mikael dengan senyuman sinis terukir di bibirnya. Pisau dilarikan diatas gambar-gambar itu.

"Aku tanya mana kau dapat gambar tu?!" Bentak Ava.

"Yo, yo. Chill girl. Now I get it, kenapa kau tak nak dekat aku. Boleh tahan kau ni, dikongsi-kongsi empat orang lelaki."

"Kau jangan sentuh mereka, Mikael! Mereka tiada kaitan dengan hal kita!" Amaran dari Ava dibalas ketawa kecil lelaki itu.

"I like it when you say 'hal kita'." Leher Ava dicengkam kuat. "Tapi aku tak suka kau bela mereka macam ni. Aku dah kata tadi kan, Ava. Aku akan buat apa saja yang penting aku dapat apa yang aku nak."

Wajah Ava memerah. Tidak cukup nafasnya apabila Mikael mencekiknya seperti itu.

"Jadi milik aku." Desis Mikael. Makin kuat cengkamannya di leher Ava.

"Aku…uhuks… tak nak…uhuks…sakit Mikael." Rintih Ava.

"Kau pilih aku atau mereka?"

"Kau gila…erghh… jangan sentuh merekalah anak haram! Argh!"

Tubuh Ava ditendang. Terpelanting jauh tubuh kecil itu ke hujung bilik. Lebih sakit apabila kerusi yang didudukinya hancur berderai sehingga menusuk badannya.

Mikael beran. Dia tidak terima Ava yang terus-terusan memihak pada lelaki-lelaki itu. Kayu baseball dicapai. Laju dia melangkah menuju ke arah Ava.

"Mik… Mikael! Kau nak buat apa ni?"

Rambut hitam gadis itu ditarik memaksa Ava berdiri. Kayu baseball dihayun tinggi lalu dilibaskan di kepala Ava. Rebah tubuh kecil itu. Masih tidak puas hati, dilibaskan lagi di perut dan setiap lekuk tubuh Ava.

Tanpa belas kasihan, dia belasah habis-habisan gadis itu. Dia seakan dirasuk syaitan. Hilang kemanusiaannya. Pandangannya kosong.

"Aku dapat larikan diri masa Mikael dengan anak buahnya tengah bergaduh dengan entah siapa tah."

"Lepastu kau pack baju then lari? Kenapa tak contact kami?" Ereyl tak puas hati.

"Mikael kenal korang, paham tak? Kalau aku contact korang sama je macam aku tarik korang berempat ni mati sama-sama dengan aku." Ujar Ava. Berkerut dahinya menahan sakit dibibir dan pipinya ketika bercakap. Bodoh sungguh budak Mikael tu.

"Tapi Ava, serius aku salute dengan kau. Dibelasah teruk macam tu, tapi kau boleh rilek lari bawa beg baju kau tu. Masa kena langgar tu pun, melambung tinggi kau. Aku fikir paling kurang pun adalah retak dekat mana-mana. Tapi boleh pula kau bangun and jalan macam tu je. Berapa banyak nyawa kau sebenarnya ni? Ini baru Ironwoman real life." Riz bertepuk tangan sambil menganggukkan kepalanya.

"Ni, kalau kita nak berperang. Kita letak dia dekat depan jadi defense. Susah nak mati. Senang kerja kita."

"Jangan buat aku gelaklah bodoh." Ava menyeringai. Nak ketawa sebenarnya, tapi sakit bibir ni. Huhuhu. Riz dengan Ereyl pun satu. Orang tengah serius macam ni. Kau boleh pula buat lawak hambar kau dekat sini.

Tengah-tengah nak tahan ketawa tu, boleh pula terbuat eye contact dengan Dann. Aduh! Teringat balik kata-kata Dann tadi di bilik. Ava termalu sendiri. Rilek Ava. Dann tak serius tu. Dia risau je itu yang boleh terlepas cakap macam tu. Ya, betul-betul. Jangan terlampau berharap, Ava.

Mata dilarikan pula pada Adam yang tersengih-sengih sendiri melihat telatah Riz dan Ereyl. Eh-eh. Comelnya hamba Allah seorang ni. Reti pula dia sengih macam tu. Tanpa sedar Ava turut tersengih melihat Adam. Namun sebentar saja, mati sengihannya bila ternampak Dann yang tengah pandang dia dengan pandangan tajam. Gulp! Ni kenapa pula ni. Apa salah dan dosanya sehingga seketul Dann boleh pandang dia tajam setajam-tajam samurai ni.

"Buat masa ni, kita berjaga-jaga jelah. Jangan keluar rumah sorang-sorang. Jangan off handphone. Kalau boleh inform awal-awal dulu kalau nak kemana-mana. Dengar cerita Ava tadi, aku dah boleh bayangkan macam mana pychonya budak Mikael tu." Setelah puas bergelak ketawa dengan Riz, Ereyl kembali serius.

"Jadi parut tu, bapa Mikael yang buat?" Dann bersuara.

"Parut apa ni?" Ereyl pandang Dann.

Ava mengangguk lemah. Lemahlah dia tengok Dann macam ni. Muka bengis je. Tapi handsome. Ops!

"Parut apa?" Riz pula bertanya. Dipandangnya silih berganti wajah Dann dan Ava.

"Kau budak bawah umur, tak payah tahu." Laju Dann menjawab.

"Aik." Ereyl pandang curiga Dann dan Ava.

"Aik." Riz tersengih kambing. I can smell something fishy-fishy here. Hehehe.

"Aik." Kayu menyampuk.

"Aik, Adam?" Bingung Ava apabila Adam pun turut serta main 'aik-aik' ni. Terjangkit dah ni dengan monyet dua ekor tu.

"Aik, what?" Dann mempersoal kenapa kawan-kawannya semua ter'aik' daritadi ni.

"Aik, korang dah kenapa?" Ava tertawa kecil.

"Aik, apasal pula kitorang. Koranglah kenapa."

"Ya Allah. Sudah. Tak habis dengan 'aik' korang ni." Dann tepuk dahi. Eii, macam-macam.

"Aik Dann, marah?" Riz tersengih

"Sudahlah." Eee, orang tengah serius ni. Tak habis lagi dengan 'aik' mereka ni.

"Makan dulu, jom." Adam bangun menuju ke arah dapur diikuti Ava. Tergeleng-geleng kepala gadis itu. Memang tak boleh serius mereka ni kalau berbincang.

"Aik, belum habis bincang lagi ni."

"Aik, jangan lari dulu."

Dann putar mata bosan. Makin dilayan, makin menjadi kera-kera ni. Dia pun membuka langkah menuju ke dapur. Tak sanggup dah main 'aik-aik'.

"Aik, Dann."

"Aik."

"Dahlah tu bodoh." Ereyl tendang Riz. Dia ketawa kecil.

"Aik, aku pula bodoh."

"Dah, Riz."

"Ok. Ok." Masing-masing berdiam diri. Mata bertentang mata. Dari mata turun ke hati. Aik. Meletus ketawa mereka dua. Laju mereka melangkah ke dapur. Lapar sebenarnya.

Bad Child [ON HOLD]Where stories live. Discover now