01

174 23 2
                                    

Matanya terbuka perlahan-lahan. Sinar lampu terang malu-malu menegur retinanya. Kepalanya sedikit pusing. Burung-burung berterbangan.

"Wah, burung." Ujarnya teruja.

Riz menggaru kepalanya. "Kau rasa teruk sangat ke kepala dia cedera? Burung celah mana dia tegur ni?" Pandangannya masih statik pada seorang gadis yang terbaring lemah di atas katil wad hospital.

"Miss Ava Isabella?" Seorang nurse memanggil nama gadis tersebut. Berkat keahlian Riz yang tak tahu malunya menyelongkar beg galas Ava, mereka menjumpai kad pengenalan diri Ava untuk pendaftaran pesakit.

" Ok ke? Ada rasa pening-pening atau sebagainya?" Tanya nurse cantik tadi. Kertas ditangannya dibelek-belek.

Ava yang telah kembali ke realiti setelah puas melihat burung-burung berterbangan tadi mengangguk perlahan.

"Kalau macam tu cik rehatlah dulu. Keadaan kepala cik tak teruk mana. Dah boleh discharge dah."

Ava mengangguk lagi. Mata redupnya melilau ke sekeliling wad sehingga dia terbuat eye contact dengan Adam. Terus dia tertunduk.

"Kau ok?" Tanya Ereyl.

Ava mengangguk.

"Nak kami hantarkan balik rumah?" Ereyl bertanya lagi.

"Tak perlu. Aku boleh jalan sendiri." Dingin suara Ava.

"Sure?"

"Yah. Thanks dah bawa pergi hospital." Ava menundukkan sedikit kepalanya sebagai tanda terima kasih. Laju-laju dia turun dari katil dan berlalu pergi tanpa sebarang kata.

"Tapi." Riz sempat memegang lengan Ava namun di tepis kasar.

"Apa korang mahu?" Tanyanya kasar. Tidak betah dia duduk di sini lama-lama.

Jelas riak terkejut terpapar di wajah jejaka-jejaka tersebut ditunjukkan. Jelas dia tidak selesa dengan situasi sekarang. "Ok." Kepalanya ditundukkan sedikit sebelum benar-benar berlalu pergi.

Dann mencebik. "Aku tertanya kenapa kita tolong budak tak ada adab tu."

"Mungkin dia masih shock kut." Dah tu. Yang aku pelik dah melambung tinggi bergolek-golek pun masih rilek jalan macam tu ja. Tiada yang patah-patah ke? Manusia atau bukan gadis tadi? Riz menggosok dagunya ala-ala detective conan. Moodnya yang tadi suram kembali cerah. Senyuman terukir kecil dibibirnya.

"Biarlah, kita juga yang salah. Mungkin dia mau cepat kut, ada hal penting." Adam menyedapkan hati.

"Hal penting?" Ereyl seakan-akan teringat sesuatu. "Adam, jam berapa sudah?"

"2:40 petang."

"Gosh! Kita ada meeting dengan klien jam 2:30." Ereyl sedikit terjerit.

Riz sudah ternganga. Dann menepuk dahinya. Adam diam membisu. Dia dah agak dah, patut rasa macam ada yang tak kena.

"Aku drive. Cepat." Kunci ditangan Riz disambar rakus. Laju Ereyl berlari diikuti yang lain.

###

Jari-jari runcingnya diketuk-ketuk di atas meja. Kuku berwarna merah panjang itu nampak sedikit menggerunkan. Wajahnya kelat. Wanita sekitar 30-an itu memandang satu persatu wajah empat anak muda yang duduk bertentangan darinya.

"Janji 2:30. Sekarang jam 3 sudah. 30 minit I duduk sini macam tunggul."

"Kami ada kecemasan tadi, Datin." Ereyl cuba menjelaskan. Dia menyiku perut Riz yang dari tadi nampak teruja melihat kuku 'kuntilanak' datin tersebut. Dann yang duduk paling hujung pula menayangkan wajah tak berminat. Hmm… memang tak boleh harap budak berdua ni. Adam ja yang nampak fokus terhadap perbincangan mereka.

"Plan kita dah bincang dah sebelum ni dan kami belum prepare banyak benda lagi. Tiba-tiba Datin call mau buat perbincangan. Ada apa-apa yang Datin ingin katakan?" Adam berbicara penuh tertib.

"Well, plan yang sebelum ni buat ja macam yang dirancang. Tapi ada satu lagi tugas lagi I nak bagi U all." Cawan teh dipegang dengan penuh elegan. Jari telunjuk dan ibu jarinya memegang erat pemegang cawan manakala jari kelingkingnya tegak diluruskan acah-acah orang kaya. Well, memang kaya pun. Teh disisip sikit.

Riz bertepuk tangan perlahan. Teruja melihat cara minum Datin tersebut.

"I ada ceritakan I ada anak tiri sulung yang mungkin akan mewarisi harta husband I?"

Mereka mengangguk.

"I tak kesah pasal harta yang mau diwarisi or whatever yang berkaitan dengan benda tu. Yang I kesahkan sekarang, anak tiri I tu bencikan I and dia anak kesayangan husband I. Husband I memang percaya sangat dengan dia ni. Selalu cakap macam-macam pasal I sampai husband I lost trust dengan I"

"Jadi, sekarang ni datin nak kitorang hilangkan kepercayaan husband datin terhadap anak tiri datin?" Ereyl cuba menyimpulkan tugas yang Datin Nora ingin serahkan kepada mereka.

"Yess! Tepat sekali! U memang bijak." Datin Nora ketawa gedik.

"Kejam punya mak tiri." Pap! Paha Riz ditampar kuat oleh Ereyl. Dann yang duduk dihujung sudah memberi tatapan membunuh. Mulutnya terkumat-kamit menyumpah seranah  Riz. Kalau mereka hilang job ni, memang habislah Riz kena panggang hidup-hidup.

"Why? What happen?" Datin Nora sedikit terkejut mendengar bunyi tamparan kuat dari bawah meja.

"Nyamuk datin." Ereyl tersengih. "Banyak pula nyamuk dekat cafe ni." Dia menghalau-halau nyamuk halimunan di udara.

"Euw… serious? Teruklah cafe ni. I baru nak hebah-hebahkan dekat kawan I cafe ni ada cheesecake sedap." Datin Nora memeluk handbagnya yang tadi diletakkan di kerusi sebelah. Mungkin dia fikir nyamuk ni macam toyol boleh curi duit.

"Hahaha." Ereyl dan Riz tertawa awkward. Apa yang diketawakan pun mereka tidak tahu.

"So, datin ada apa-apa info penting tentang plan anak tiri datin ni?" Adam bertanya.

"Ada." Teh disisip lagi. Sempat dia memerhati tehnya dulu sebelum minum, takut ada nyamuk di dalam. "I ada terdengar husband I dengan anak tiri I berbincang. Husband I nak jodohkan anak dia dengan anak orang ternama juga. Tapi tulah, ditolak mentah-mentah. Katanya, dia belum terfikir bab kahwin-kahwin ni."

Teh disisip lagi. Kering tekak datin ni. "Husband I ugutlah. Dia bilang, anaknya sendiri yang mengaku yang belum terfikir nak kahwin. Tapi kalau dia tahu anaknya ada hubungan dengan perempuan lain selain anak orang ternama tu. Dia takkan teragak-agak nak lucutkan jawatan as CEO tu."

Kuku merah diketuk-ketuk di meja. "Kalau boleh I nak U all cari perempuan yang boleh perangkap anak tiri I. I tak minta banyak pun, tak perlu nak lucutkan jawatan. I nak pengajaran sikit je."

Riz angkat tangan seakan pelajar mithali dan paling pandai dalam kelas.

Datin Nora mengangkat kening. Mengarah Riz membuka mulut.

"Mana kitorang nak cari perempuan?"

"Pftt." Datin Nora tertunduk sekejap sebelum melepaskan ketawa gedik. Habis berair mata dek terlebih ketawa.

Yang lain dah terpinga-pinga. Mereka tanya soalan yang salah ke?

"U tanya I mana nak cari perempuan?" Ketawa Datin masih tersisa. "Team you tiada ahli perempuan ke? Team lain semua at least ada seorang perempuan untuk buat kerja-kerja macam ni."

Satu-satu wajah empat remaja itu dipandang. " I pilih team U, sebab ramai kata U'all pandai buat kerja but nampaknya team ni pun ada kekurangan juga. I tak peduli U'all nak cari perempuan dari celah mana or pelusuk mana. Yang I tahu, tugas yang I bagi kena selesaikan dengan baik."

Beg tangan dicapai. "I tunggu khabarnya tau." Lalu tanpa salam laju dia melangkah pergi meninggalkan mereka yang masih bingung. Aduh! Mana nak cari perempuan ni.

Bad Child [ON HOLD]Where stories live. Discover now