Ava pandang Adam. Ada yang berbeza pada diri Adam hari ni. Tapi dia tak tahu apa. Tapi serius ni, Adam nampak lain hari ni. Tapi, apa dia?
Dia macam bila kau tak ambil tahu sangat dengan warna cat rumah kau tiba-tiba bapak kau cat rumah kau jadi colour pink oing oing. Mesti kau ada rasa sesuatu tak kena kan. Walaupun kau tak tahu apa benda tu. Mesti kau dapat hidu something different kan.
"Adam, kau rebonding rambut ek?" Adam yang baru je habis masukkan tray acuan cake dalam oven, pandang Ava pelik. Rambutnya yang tidak terlalu panjang, tidak terlalu pendek itu dipegang.
"Rambut aku memang lurus sejak azali."
"Eh?" Lalu, apa yang aneh dengan Adam hari ni.
"Kau…" Dagu diketuk-ketuk dengan jari. Ava scan atas bawah body Adam yang ketak-ketak aums ni. Tapi, memang rambut Adam lurus eh selama ni. Bukan ikal-ikal gitu ke? Nampaknya dia telah gagal sebagai kawan yang prihatin lagikan comel. Eh, prihatin tu je yang gagal. Comel tu sentiasa ada.
"Adam tak kayu hari ni." Ereyl menyampuk sambil membuka pintu peti sejuk. Susu Dutch Lady low fat kotak besar dibawa lari ke ruang tamu. Dibawa lari ya kawan-kawan. Sebab nampak Ava yang meleleh air liur tengok susu rendah lemak kegemaran para wanita yang nakkan tubuh badan ideal tapi nak juga yang sedap-sedap tak padan dengan nafsu makan bak binatang itu seperti nak diterkam hidup-hidup kotak susu di tangannya.
"Aha!" Jari telunjuk di angkat ke atas kepala. Sebiji mentol tanpa wayar menyala turut terapung di atas kepalanya. Baru dia perasan, hari ni Adam nampak happy semacam. Tak expressionless macam selalu. Tak kayu, bahasa mudahnya.
"Ada apa-apa benda bagus jadi ke?" Ava tersenyum nakal. Happy sakan ni nak kemana. Nak jumpa mak mertua ke?
Mendengar soalan Ava, Adam tersenyum lebar. Ibu jari kakinya dikuis-kuis ke lantai dapur. Gayanya tak ubah persis anak dara sunti yang baru dijodohkan dengan crush long distancenya yang dia selalu senyap-senyap skodeng masa pergi masjid.
"Aku nak bertunang dah tak lama lagi."
"Hah?!" Ava kelip-kelip mata. Dia tak salah dengar bukan. Adam nak bertunang? Kayu ni nak bertunang? I mean, yeah dia akui Adam ada rupa, ada body. Tapi untuk seketul kayu bertunang di usia 20 tahun amatlah memeranjatkan. Reti pula dia flirt dengan perempuan. Ke perempuan tu yang flirt dengan Adam. Atau ni disebabkan arrange marriage macam dalam drama melayu tu. Mak Adam dengan bapa perempuan tu tak jadi kahwin dulu, last-last dijodohkan anak mereka. Boleh jadi.
"Ya."
"Dengan siapa?" Agak menjerit Ava bertanya. Terkejut beruk dia. Kalau tak kenal mereka dua ni. Memang orang akan assume Ava tengah heartbroken dengan kenyataan Adam nak bertunang dengan orang lain.
"Hawa." Balas Adam pendek. Senyuman masih melekat di wajahnya. Terbayang-bayang wajah gadis yang comel tapi nakal itu. Sah! Adam dah angaukan perempuan tu.
"Adam dan Hawa. Wah." Sarkastik Ava bertepuk tangan. Tak perlu cerita pun, dia dah tahu liku-liku suka duka perjuangan cinta mereka dua ni. Mesti tragis ni.
"Bila?"
"Minggu depan. Buat majlis kecil-kecilan je. Korang wajib datang tau."
Ava hanya mengangguk tak percaya. Tak percaya Adam nak bertunang satu hal. Lagi dia tak percaya tengok Adam main tepung gandum dengan terujanya sambil melompat-lompat menuju ke ruang tamu. Serupa orang utan yang dirasuk hantu Elsa dok let it go let it go pun ada.
"Kau dah kenapa macam beruk tertelan biji durian ni?" Tegur Dann. Piring bekas sarapan nasi goreng tadi pagi dibawa ke singki.
Ava pandang jam di dinding. Bertuah punya anak teruna, bersantapnya tadi pagi. Jam 3 petang baru kau nak cuci piring. Bagus-bagus. Boleh dicontohi generasi akan datang.
"Dann, kau percaya tak?"
"Percaya yang kau ni sebenarnya seekor beruk yang terlepas dari zoo? Tak perlu nak percaya bagai dah memang kenyataan kut."
Lahanat punya jantan. Ni dapat smackdown sekali nikmat juga ni. Nak juga dengar bunyi tulang temulang patah riuk tu.
"Tak setan. Kau percaya tak Adam tu dah nak bertunang? Bila entah dia main couple-couple bagai ni." Sungguh tidak keAdaman sungguh main couple-couple geli-geli begini. Selalunya orang-orang macam Adam ni jenis yang bercinta lepas kahwin je.
"Percaya je. Dia memang kenal dengan Hawa tu dari dia belum SPM pun lagi. Satu sekolah, junior setahun Adam. Adam pun kamcheng dengan abang perempuan tu." Tangan di lap dengan kain. Dia pandang Ava yang masih dengan muka beruk tercekik biji duriannya. Seberuk-beruk muka Ava sekarang pun tetap comel di mata dia. Eh.
"Tak rasa macam awal sangat ke? Baru masuk 20 kut. Perempuan tu baru 19 macam kita."
"Eloklah tu dia nak seriuskan lagi hubungan. Elakkan maksiat. Asal? Jealous? Kalau kau nak, sekarang juga aku bawa kau bertunang. Eh tak payah. Kahwin teruslah, lebih apddhoooll." Afdhal nya di tarik panjang sambil termuncung-muncung mulut. Mata dikenyit gatal.
"Hah. Lawak." Ava ketawa janggal. Tak boleh dia dengan Dann ni. Begetar tulang rusuk kiri dan kanan dia. Berdisko jantung di dadanya. Adakah ini yang dinamakan ce-i-en-te-a?
"Eh, aku serius ni. Dah tiba masa aku lamar kau. Kau jangan tolak aku pula, aku buang kau dalam jurang nanti kang. Jadi virgin ghost kau dekat sana." Serius muka Dann berlalu pergi keluar dari dapur. Sempat dihadiahkan satu kenyitan menggoda lagi haram pencetus zina ke arah Ava.
Istighfar panjang Ava dibuatnya. Tahu itu zina mata tapi nak lagi. Aip. Takpe sekali pandang rezeki, dua kali pandang baru kira dosa. Kalau macam tu, sanggup seketul Ava tak berkenyit mata untuk Dann. Eh, eh.
"Asal sengih-sengih ni, nak candy ye?" Riz menegur Ava sambil menjilat lolipop besar gedabak bersalut tepung gandum dek perbuatan Adam. Mata dibulatkan seboleh yang mungkin.
Termati sengihan Ava. Mereka ni memang berpakat nak bergilir gilir masuk dapur lepastu tegur dia yang tengak asyik berangan ke pluto ke apa. Dari jauh Ava boleh nampak ruang tamu yang bagai dilanda ribut salji tepung gandum. Hmm. Biarlah, yang kemasnya nanti Adam juga. Orang tengah berbahagia jangan ditegur.
"Jom teman aku." Pelawa Riz. Mata masih lagi dibulatkan. Nak bodek tu sebenarnya.
"Pergi mana?"
"Beli baju untuk majlis tunang Adam."
"Kau dah kehabisan baju ke? Majlis tunang je kut." Ni baru beberapa bulan Ava berkawan dengan mereka ni. Sudah macam-macam majlis nak ditandang. Setiap satu majlis nak kena beli baju baru. Tak ke bangkrap tu. Lepasni nak beli baju apa pula? Baju sanding? Eh. Eh.
"Alah. Majlis tunang bukan sebarang majlis. Majlis tunang Adam ni. Sekali seumur hidup. Lainlah kalau aku, majlis sanding pun aku boleh buat empat kali setahun." Riak Riz berkata. Awal pasang niat nak poligami tu. Kesianlah siapa yang nak kahwin dengan dia nanti. Nasib baiklah kaya dik oi.
"Malaslah aku."
"Ala, bolehlah. Lagipun kau bukan ada baju nak pakai nanti kan? Takkan kau nak pakai hoodie ni pergi majlis tunang kawan kau. Ya Ava, temanlah aku. Please. Please." Mata dikedip comel. Bibir dicebik manja. Badan apa lagi, dah memang jadi bapa sotong tak bertulang jadinya. Geser ke kiri geser ke kanan. Maju ke depan pinggulnya di goyang. Ewah. Joget lagi.
"Kau minta teman lah kera sumbang tiga ekor dekat depan tu."
"Ya Ava, buta memang kau. Ereyl sekarang tengah layan Netflix sambil bantai susu Dutch Lady yang tak berapa ladynya tu. Adam tengah excited nak tunang tu sampai boleh tertukar akal dengan aku. Dann pula macam biasa berkurung je dalam bilik."
"Alah."
"Please Ava. Aku sponsor kau. Kau minta je apa-apa. Kau tak payah keluar satu sen pun. Amacam, deal?"
Ava berfikir sejenak. Ini memang peluang baik ni. Dekat mana lagi nak dapat tawaran senikmat ini. Inilah peluang dia nak mempokaikan seketul Riz yang selalu riak dengan hartanya.
"Ok, deal. Aku tukar baju sat."
Langkah diatur menuju ke bilik tidur meninggalkan Riz yang dah bersorak riang. Setakat belanja Ava seorang tak luak mana pun harta tujuh keturunannya.
YOU ARE READING
Bad Child [ON HOLD]
Teen FictionAva Isabella Gadis muda dengan masa silam yang gelap. Kehilangan satu persatu orang yang dia sayang menyebabkan dia hilang kepercayaan dan menjadi seorang yang anti-sosial. Ada satu rahsia yang disembunyikan menyebabkan dia lain daripada orang lain...