Ava Isabella terduduk. Nasib baik tandas di sini kering. Bersih lagi. Harum. Jauh beza dengan tandasnya dirumah. Ni kalau tertidur dalam tandas pun rasanya dia tak menyesal. Sejuk pun sejuk. Selesa. Beginikah tandas orang kaya? Tak-tak, dah kenapa dia perhati tandas orang ni.
Sakit kepalanya sekarang. Bagai dicucuk-cucuk. Peluh membasahi wajah. Sakitnya. Ya Allah. Mengalir air mata yang cuba ditahan dari tadi. Kepalanya berdenyut-denyut. Rambutnya dikusutkan. Sakit. Pandangannya berbalam. Berputar-putar dunia. Matanya terpandang segala sabun yang sudah berguguran di lantai. Dia tak perasan pun bilanya dia jatuhkan semua benda tu. Pandangannya tiba-tiba menjadi gelap.
"Bella?" Pintu tandas diketuk bertalu-talu. Risau mendengar barang-barang jatuh dalam tandas tu. Mereka tak tahu. Dengan Bella sekali dah jatuh terduduk.
Gadis itu perlahan-lahan berdiri. Cermin di dinding di tatap. Paip air dibuka. Dia nak cuci muka. Kalau boleh dia nak siram satu badan ni. Sejuk tapi badannya masih tidak selesa. Segala sabun yang berselerakan di lantai disusun semula di rak kecil sebelah singki.
Dia pandang sekeliling. Tak pernah nampak lagi tandas ni seumur hidup dia. Tandas mewah. Dia dekat mana ni? Jangan pula Bella buat gila duduk hotel. Dia geleng kepala. Segila-gila Bella, dia takkan buat benda tak senonoh. Walaupun memang tak pernah senonoh perangai budak tu. Baju di badan ditilik malas. Baju avatar mana Bella rembat ni. Ada ke baju begini bejual. Atau sebenarnya baju ni elok je masa di beli tapi Bella pergi potong jahit semula?
Pintu diketuk lagi.
Dia menghela nafas berat. Pintu tandas dibuka. Berdirinya empat ekor monyet. Eh, joke joke. Berdirinya empat orang lelaki dengan wajah risau.
###
"Dissociative Identity Disorder (DID) yang sebelumnya dikenali sebagai gangguan keperibadian berganda (MPD), adalah sejenis gangguan mental yang memisahkan pemikiran, memori, perasaan, tindakan atau perasaan identiti seseorang kepada beberapa personaliti."
"Cup! Cup! Kau apahal bercakap dalam bahasa google ni setan?!" Riz marah. Ya kawan-kawan, seorang Riz sekarang sedang marah. Dia dah lah bebal, otak tak berhubung dengan baik. Ereyl pula bercakap dalam bahasa alien. Kalau macam tu sampai ke sudahlah dia tak faham apa maksud natang tu.
"Kau nak temuduga kerja dekat Google tak? Aku rasa ada chance kau kena terima ni." Dann mengurut dahinya sendiri. Serius nada cakap Ereyl nak dekat iras dengan mak cik Google Translate tu.
"Beginilah. Aku rasa lebih baik kita biarkan Ava ja yang terangkan. Mesti dia yang lebih tahu dari kita." Adam mengutarakan cadangan. Dipandangnya Ava yang dari tadi duk tersengih-sengih.
"Ava?"
Sengihannya mati. Dia berdehem sedikit. "Betullah tu kata Ereyl. Dissociative Identity Disorder (DID). Gangguan keperibadian berganda (MPD). Atau senang nak faham split personality disorder."
"Hah! Yang tu aku paham. Split personality!" Ereyl menjeling tajam Riz. Samalah tu dengan penerangannya tadi. Ada je masa nak cari salah dia.
Ava tersengih lagi. Terhibur hatinya. "Natang alah ni, kira kita ada lebih daripada satu personaliti dalam diri ni tapi sangat berbeza antara satu sama lain. Cara bertutur lain-lain. Memori lain-lain. Perasaan lain-lain."
"So, Bella dan Ava ni orang yang berbezalah?"
Ava menggeleng. "Kami orang yang sama. Tapi dengan identiti yang berbeza."
"Selain kau dengan Bella, ada lagi identiti yang lain?" Rajin pula hari ni Riz bertanya.
"Kami dua je."
"Siapa yang real?"
"Huh?"
"Maksudnya, badan ni siapa punya sebenarnya? Ava atau Bella?"
"Kau rasa?" Soalan dibalas dengan soalan. Semua terdiam. Otak masih mencerna cerita Ava. Terkejut juga mereka tadi. Bella yang masuk tandas. Keluarnya pula si Ava. Magic kata Riz. Teruja dia bertepuk tangan depan pintu tandas tadi. Disuruhnya Ava masuk balik tandas buat ulang tayang. Last-last dapat penampar 3 biji, Ereyl, Dann serta Adam. Diam-diam seorang Adam penamparnyalah yang paling power. Habis berbekas pipi Riz persis didera mak tiri.
"Since when?" Ereyl bersuara setelah lama masing-masing melayan lagu Ku Bersuara nyanyian Ernie Zakri di dalam minda. Terkerut-kerut muka Riz bagai menahan berak kerana cuba membayangkan dia yang menyanyikan lagu itu. Habis tercabut anak tekaknya mungkin.
"Baru je. Macam two years ago?" Tidak pasti bunyinya.
"Baru kau bilang?! Jadi selama 24 month kau hidup macam ni?" Ereyl memandang Ava tidak percaya.
"Haahlah. 24 month. Two years kau ada berapa bulan?" Ava tersengih.
"Entah kau. Sudah garu cendana lagi. Sudah tahu tanya lagi." Riz kenakan Ereyl. Eleh budak ni. Kalau ada Bella atau Ava memang sukalah dia kenakan Ereyl. Kalau tiada perempuan tu, Ereyl juga yang dia sayang-sayang.
"Sudah gaharu, cendana pula. Garu, garu kau nak garu apa?" Dann betulkan. Kesian budak Riz ni. Sudah habis spm pun otak masih otak tingkatan 1.
"Why?"
"Apa why?" Dann garu kepala. Riz tanya kenapa gaharu bukan garu ke? Apa yang why? Apa yang dia tak puas hati? Dah gaharu tu gaharu je lah. Tak puas hati kau tukarlah sendiri dekat kamu bahasa tu.
"Tak. Apa sebabnya benda split personality ni boleh jadi?" Aduh. Sebebal-bebal Riz, tidaklah dia mempersoalkan peribahasa yang memang sudah lama wujud tu. Agak-agaklah.
Ava tersenyum. "Can I skip this part? Telling this kind of bored moment are giving me such a pain."
Yang lain mengangguk. Tak nak cakap banyak. Dah orang punya badan tak nak cakap lebih-lebih. Mereka ni siapalah nak tanya lebih-lebih. Ye tak, kawan-kawan?
"Korang." Ava pandang satu-satu wajah lelaki-lelaki didepannya. Ereyl yang baik, Riz yang sengal, Dann yang kasar tapi sebenarnya prihatin dan Adam yang kayu. Tak pernah menyangka dia dapat berkawan dengan mereka ni. "Ok ke berkawan dengan aku?"
"Kenapa pula tak ok?" Kau alien ke? Hantu? Zombi? Or what? Ereyl yang baru nak selak balik halaman komik ya. Bukan halaman rumah. Kembali mengfokuskan diri pada gadis itu.
"Taklah. Aku abnormal kut. Ada mental disorder. Weird. Tak kesah ke ada kawan yang not normal like this?"
"Apa masalahnya? Kau still manusia kut. Kau masih nampak normal dekat kami." Ereyl pandang Ava. Cantik dia ni. Perangai pun boleh go. Tak kekok macam perempuan lain. Ava ada daya tarikan dia sendiri. Senang cerita, dia selesa dengan Ava ni. Suka. Suka sebagai kawanlah. Tapi kalau lebih pun boleh. Hehehe. Dia tersengih sendiri.
"Plus, kau tau bonus package? 2 in 1. Kami berkawan dengan seorang Ava Isabella tapi dapat pengalaman berkawan dengan dua jenis perempuan. Pengalaman kut."
"Well, I like Bella better." Riz menyampuk. Hah. Dia ni memang. Bella je partner tik tok dia. Bella je yang layan dia lebih dari orang lain. Memanglah dia sayang Bella lebih. Dah, otak pun sama-sama masuk air. Ngamlah
"Aku tak suka budak Bella tu. Tak boleh go doh dengan gedik dia." Dann menggeleng kepala. Stress bila fikirkan balik perangai Bella. Duk tergedik sana, tergedik sini. Melekat sana, melekat sini. Sekejap menyotong, sekejap menggatal. Dengan baju yang entah apa-apa. Dah berapa kali dah dia tahan diri nak bagi penyepak sebiji dekat perempuan tu. Tapi tak naklah. Dayus nanti. Aduh.
Ava tersenyum. Rezeki dia jumpa kawan-kawan yang macam ni. Dia pandang kayu yang dari tadi asyik mengotak-ngatik handphonenya. Kusyuk beno. Chat aweklah tu. Kayu pandang dia balik. Dia senyum ikhlas namun sekejap cuma. Wajah dikayukan balik. Hahaha. Kayu sungguh kau Adam.
YOU ARE READING
Bad Child [ON HOLD]
Teen FictionAva Isabella Gadis muda dengan masa silam yang gelap. Kehilangan satu persatu orang yang dia sayang menyebabkan dia hilang kepercayaan dan menjadi seorang yang anti-sosial. Ada satu rahsia yang disembunyikan menyebabkan dia lain daripada orang lain...