13

100 17 0
                                    

Riz tersenyum riang. Mereka berempat baru balik dari kedai kopi Pak Tam. Seronok berjumpa kawan lama yang tak berapa lama sangat tu.

"Ummi pergi mana tu?" Riz menegur Ummi Khadijah yang sedang membawa bekas makanan. Terkocoh-kocoh ummi menyarungkan selipar jepunnya. Agaklah ummi kalau nak cepat pun. Sebelah selipar colour hijau, sebelah lagi colour merah.

"Ummi nak hantar tomyam ni dekat Mak Su korang. Pandai Isabella masak. Korang makanlah dulu, ummi balik lambat sikit ni." Laju Ummi Khadijah berjalan pergi. Tak sabar nak bagi Mak Mah rasa masakan Isabella. Gerenti ramai gengnya mau jadikan Isabella sebagai calon menantu. Cantik pun cantik, hormat orang tua, pandai masak pula tu. Hal aurat, pakai tudung tu boleh perlahan-lahan berubah.

"Bella kata, dia tak pandai masak." Riz hairan. Tadi dikereta beria kata tak pandai masak. Hatta Maggie paket yang jerang air, tuang tu je pun dia tak reti. Laju langkah menapak ke anak tangga. Nak rasa masakan seorang Ava Isabella.

"Eh! Mak Jemah!" Kelibat seorang gadis berbaju t-shirt putih dan berkain sarung berdiri di depan pintu dapur. Rambutnya disanggul tinggi dan sedikit kusut. Senduk pula erat digenggam.

"Korang pergi mana? Tau tak terkejut aku. Sedar-sedar je aku dah ada dekat tempat lain." Ava mengaum. Marah dia ditinggalkan sendiri dengan mak cik tadi. Eh salah. Ummi Khadijah tadi.

"Sorry weh. Sorry. Tadi Bella penat sangat, tu yang kami suruh dia rehat ja dulu." Memang tadi mereka ada ajak Bella, tapi dia mengelat tak nak bergaul sangat dengan orang kampung katanya. Ereyl tersengih kambing. Sesuai Ava dengan baju ni. Lawak pula dia tengok.

Dann dah lega habis. Mau je dia buat sujud syukur sekarang. Akhirnya doanya dimakbulkan juga. Tidaklah dia sibuk nak jaga perilaku budak Bella tu sepanjang mereka di kampung.

"Mak Jemah masak apa tu?" Terhendap-hendap Riz melihat ke arah dapur. Bau macam sedap. Tadi ummi kata ada tomyam.

"Tomyam. Sila layan diri sendiri. Aku sibuk." Laju Ava melangkah ke singki. Makanan dah siap dia masak. Tapi Makcik yang bahasakan dirinya ummi tu kata ramai lagi family yang nak datang so dia kena masak banyak sikit.

Empat ekor monyet tu dah duduk selesa di meja makan. Masing-masing senyap mencedok nasi dan tomyam kedalam pinggan. Lapar. Tadi dekat kedai kopi Pak Tam mereka sempat minum kopi o je.

"Kau pandai masak, Ava?" Hah, nilah dikatakan soalan sudah gaharu, cendana pula. Kalau dia jawab dia tak reti masak. Kau luah balik makanan dalam mulut tu Riz.

Soalan Riz dibiarkan sepi. Malas nak jawab soalan tak cukup cerdik dari Riz tu. Banyak lagi kerja nak dibuat ni.

Tengah-tengah dia sibuk tu boleh pula anak kak Humaira dok meraung dari dalam bilik. Apalagi kelam kabutlah Ava. Ayam yang sudah diperam itu, diletak ketepi dulu. Tangan dibasuh. Laju dia berlari pergi ke bilik kak Humaira.

Keluar saja dari bilik, Aisyah sudah berada dalam gendongannya. Nasib baik dia pernah berkerja sebagi babysitter dulu. Tidaklah kekok sangat dengan budak ni. Sambil dia menggoreng ayam, sambil tu dia mendukung Aisyah. Sambil-sambil tu juga dia menumis sayur. Segala tindak tanduknya diperhatikan je oleh empat ekor monyet yang sedap meratah tomyam dan nasi panas di meja makan. Sedap tomyamnya.

"Ava, kau ni sebenarnya senyap-senyap dah kahwinkan." Ereyl bertanya. Terkedu juga dia melihat Ava yang lincah buat kerja dapur sambil mengendong anak kak Humaira tu.

"Apa kau merepek ni sengal?!" Aish. Orang dahlah penat. Ditanya pula soalan bodoh.

"Serius ni, Ava. Nasib baik kau dah jadi Ava sekarang. Kalau still jadi Bella tadi, maunya tunggang terbalik rumah ni" Riz tepuk tangan. Tadi konon beria nak Bella, ada teman main tik tok katanya. Kini lengkaplah sudah. Bella kakak angkatnya. Ava pula mak angkatnya. Amasyam? Masing-masing ada kelebihan sendiri.

Bad Child [ON HOLD]Where stories live. Discover now