Ternganga gadis itu melihat karenah jejaka di depannya. Pilih baju macam pilih gula-gula dekat kedai runcit Ah Cheng.
"Aku nak yang ini, ini, ini dan satu baris ni. Bungkus semua sekali." Terlentok-lentok jari Riz menunjuk setiap helai baju yang nak diborongnya.
"Kau beli baju banyak-banyak ni untuk apa?"
"Untuk majlis tunang Adam." Tenang Riz menjawab sambil membelek satu-satu kasut di rak.
"Kau ada sepuluh biji badan ke atau kau nak change baju setiap satu minit?"
Mengalahkan orang bertunang dah lagatnya jika seperti ini. Baru tadi Ava nak percaya bahawa akal Riz dan Adam memang betul tertukar. Maka, Riz boleh lah jadi matang sikit walaupun sehari cuma. Rupanya dusta berlaka. Ini lebih kepada Adam terjangkit kebebalan plus kebangapan Riz ni. Bodoh seketul Riz tidak akan pernah berkurang. Bertambah adalah.
"Rilek Ava, aku tak tahu mana yang ngam dengan aku dan aku insecure sikit dengan fitting room dekat butik-butik baju ni. So, aku beli je lah mana yang berkenan, nanti balik rumah baru aku try."
The heck dia nak try dekat rumah. Beginikah kelakuan orang-orang kaya berbelanja? Sungguh mengamalkan amalan syaitan betul mereka ni. Dahi diurut perlahan.
"Jadi siapalah nak bawa barang banyak-banyak ni?" Ava angkat tangan. Memang tak lah kalau disuruhnya angkat semua natang alah ni dari dalam mall pergi parking kereta.
"Rilek, my lady. Mereka ada servis hantarkan barang pergi masuk kereta."
Hmm. Yelah. Anak orang kaya. Monyet terbang pun dia boleh beli. Ava putar mata bosan.
"Ok. Jom pergi butik perempuan pulak." Kad kredit dimasukkan dalam dompet selepas membuat pembayaran.
Ava hanya menurut langkah Riz. Orang dah nak sponsor shopping. Kita ikut jelah. Rezeki jangan ditolak, bala jangan dicari bak kata ummi.
Rindu mak mertua dia tu. Apa khabar agaknya. Terchiduk seorang Ava terkenangkan Ummi Khadijah yang lepas ni boleh tukar title jadi mak mertua dia. Ehem.
Tengah-tengah tersengih kambing seorang Ava. Riz memberhentikan langkahnya dengan tiba-tiba. Maka berlagalah hidung mancung yang amat milik Ava di belakang badan Riz. Auch. Bengap-bengap Riz pun, badan ketak-ketak idola wanita.
"Kau dah kenapa, hanat?" Ava gosok hidungnya. Ni kalau Dann tak jadi lamar dia sebab hidung penyek. Dia nak Riz bertanggungjawab kahwin dengan dia. Biarlah bengap yang penting baka anak tu lawa-lawa.
"Baru aku perasan."
"Yang aku lawa? Well," Ava flip rambutnya yang panjang. Hari ni dia tak ikat rambut sebab baru habis cuci rambut tadi. Masih lembab tak elok ikat rambut. Rosak nanti.
"Vavi perasan. Hoodie yang kau pakai ni, hoodie Dann kan?" Gulp.
Ava pandang diri sendiri. Dia pun tak perasan ni hoodie Dann. Bila entah boleh masuk dalam beg baju dia.
"Entah. Iyalah kut. Selesa doh tu yang aku pakai ni." Baru ingat Dann pernah pinjamkan hoodienya masa dia bertukar jadi Ultraman Tiga berbaju tak cukup syarat tanpa bahu tu.
"Aku perasanlah kan. Aku perasanlah. Sebelum ni tak sure. Tapi aku perasanlah juga."
"Apa kau merepek ni syaitooon." Ava melangkah meninggalkan Riz yang dah tayang muka Detective Conan nak buat spekulasi sendiri. Dia tidak tahu butik mana Riz nak masuk. Takpe, jalan je. Riz sayang dia mana mungkin dia ditinggal pergi sendirian.
"Kau dengan Dann ada apa-apa ke?"
Uhuk! Tersedak air liur sendiri dibuatnya. Ava gelabah. Takkan Riz yang jenis otak siput oing oing ni pun boleh perasan pula.
YOU ARE READING
Bad Child [ON HOLD]
Teen FictionAva Isabella Gadis muda dengan masa silam yang gelap. Kehilangan satu persatu orang yang dia sayang menyebabkan dia hilang kepercayaan dan menjadi seorang yang anti-sosial. Ada satu rahsia yang disembunyikan menyebabkan dia lain daripada orang lain...