Bab 6

66 3 0
                                    

Eqa tercegat di pintu lif apabila dia disuruh untuk menaiki tangga. Ewah-ewah dia fikir dia anak raja ke nak naik lif seorang? 

Eqa peduli apa! 

Dia terus saja masuk ke dalam perut lif lalu menekan butang lif untuk naik ke tingkat sembilan.  Oh, dah tekan rupanya. Bisik Eqa di dalam hati.

Dia menjeling lelaki di sebelahnya.  Huh?  Kenapa pandang-pandang aku macam itu?  Tahulah aku cantik. Ceit!  Sempat lagi Eqa mengutuk Hud yang memakai kemeja berwarna biru gelap itu.

"Kau pekak ke tadi aku suruh kau naik tangga. Kau tak layak nak naik lif dengan aku. " hamun Hud tidak puas hati. Serasanya arahan yang diberi mudah untuk difahami. Tidak tahu pula Eqa ini spesis yang bebal seperti kera.

"Lalalalala.... " Eqa mengejek Hud.

"You're fired! "Naik satu oktaf suara Hud. Geram melihat perlakuan Eqa yang tiada adab itu.

Ternaik bahu Eqa seraya dia melatah.

"Oh mak kau! "Latah Eqa. Dia memandang Hud dengan pandangan tidak puas hati.

Renungan Hud pula tajam sedang merenung ke arahnya. "Eh hello, awak siapa nak pecat saya. Bos kacak tu bos saya. "Balas Eqa berani.

"Bos kacak ke apa ke aku dah pecat kau sekarang. Get out from here! "

Dah sewel ke ting tong mamat ni.  Aku dalam lif kot, dengan dia. Habis takkan aku nak gagau pintu lif ni bagi terbuka lepas tu terjun ke bawah.  Aiyoo, pagi-pagi dah mengadap orang gila! Kutuk Eqa lagi.

"Pekak ke? "

"Ish, diamlah. Cuba beristigfar dari marah-marah macam itu. Syaitan suka tau orang marah-marah macam awak. Lagipun apa salah saya sampai nak marah macm ini. Sekejap lagi sampai ofis saya turunlah. "

Hud terkedu dengan kata-kata Eqa.  Dia ini sama saja dari dulu sampai sekarang. Kalau melawan cakap orang langsung tidak takut. Mukanya ini tak cukup garang ke? 

"Nak gula-gula tak?  Takut darah awak turun tadi sebab marah-marah."Eqa mengeluarkan gula-gula dari poket bajunya.

"Maksud kau darah aku sepatutnya naik? " tanya Hud buntu.

"Eh? Yelah orang tengah marah mana ada darah rendah semua mesti naik punya. Saya simpan baliklah gula-gula ni. "Eqa terus menyimpan kembali gula-gulanya sebelum sempat Hud mengambil.

Ergh,  perempuan ni sengaja hendak menggenakan dirinya.

Hud berdehem kecil sambil membetulkan tali lehernya yang terasa ketat.

"Lepas ni aku nak kau panggil aku Tuan Hud. "

"Saya kan dah panggil TJ. "jawab Eqa selamba.

"TJ stands for what?  Tuan Jembalang maksud kau. "

"Dah tahu tanya lagi. "Kata Eqa perlahan takut didengari oleh Hud.

"Aku dengar kau cakap tu. "Kata Hud. "Berani kau panggil bos kau jembalang, kan?  Tak takut kena buang kerja? "

Eqa bercekak pinggang memandang Hud.

"Tuan Hud...saya ini setiausaha Bos Kacak bukan setiausaha Tuan Hud.  Mana boleh suka-suka nak buang saya. Lagipun Tuan Hud tahu ke selok belok syarikat ni. "

Ting! Pintu lif terbuka.

"Aku rasa kau pun macam tak tahu selok belok syarikat. Baru suruh hantar report dah mengigil lutut. " Hud seraya melangkah keluar meninggalkan Eqa.

Peh!  Panas betul hati Eqa melihat sikap Hud. Dasar jembalang. Perangai kalau dah macam jembalang sampai ke tualah macam itu. Huh,  Eqa merengus di dalam hati.

Jembalang Pun Jatuh Cinta!!!Where stories live. Discover now