Bab 2

85 3 0
                                    

Hud duduk sambil memeluk lututnya rapat. Dia menutup telinganya sambil menjerit kuat melampiaskan rasa yang terbuku di dadanya. Dia menyesal jadi begini. Dia menyesal tidak menjadi anak yang berguna kepada ayahnya.

Tapi,

Semuanya sudah terlambat. Ayahnya sudah pergi. Pergi tanpa sempat dia meminta maaf. Salahnya terlalu banyak pada ayahnya. Dia anak yang tidak berguna. Ayahnya sakit terlantar di rumah tapi dirinya di mana?  Masih berpeleseran di mana-mana.

Argh, aku memang tak guna!  Aku memang tak guna!  Hud memukul  kepalanya meluahkan rasa terkilannya. Sehingga hujung nyawa ayahnya dia tidak dapat menjadi anak yang terbaik. Apa yang aku berikan pada ayahku?  Hanya kesusahan sahaja selama ini.

Baju ayahnya dicium melepaskan rasa rindunya. Terngiang-ngiang di telinganya ayahnya memanggilnya untuk makan atau ke tandas. Katil yang selalu ayahnya berbaring bagaikan ada sekujur tubuh nipis di atasnya. Bayang-bayang ayahnya di dalam rumah ini masih terasa ada.

"Hud.... "

"Ayah! " jerit Hud kemudian tersedar dari lenanya.

"Astagfirullahalazim. " Hud meraup wajahnya. Baju ayahnya masih setia dipeluk. Rupanya dia bermimpi berjumpa dengan ayahnya tadi. Hud beristigfar beberapa kali cuba menenangkan dirinya.

Seminggu kemudian...

ISKANDAR melempar bola keranjang pada Hud yang sedang duduk termenung itu. Sejak mendapat berita ayah Hud telah meninggal dunia, beginilah hidup Hud. Hanya diam sahaja. Seperti orang yang sudah berputus asa untuk hidup. Dia sebagai kawan, ada perasaan risau padanya.

"Kau okay? "

Hud diam.

"Aku rasa kau okaylah sebab kau pergi sekolah ni. Orangnya dah tak ada Hud.  Tak usahlah kau kenang. Kau kena redha Tuhan ambil ayah kau. "

Hud memandang Iskandar. Lalu dia pergi dari situ. Dia cuma tidak ingin diganggu buat masa sekarang. Dia ingin sendirian. Lagi pula memang hidup dia ini sudah sebatang kara.  Dia tiada mak tiada ayah. Mak cik dan pak cik tiada seorang ingin membelanya.  Semuanya hanya bermanis muka di hadapannya tetapi di belakangnya semua mengeji dan mencaci hidupnya dan arwah ayahnya.

Eqa yang sedang menuruni tangga terkejut apabila Hud melanggarnya. Badannya tidak dapat diimbangi ditarik oleh Hud cepat. Matanya bertentangan dengan Hud. Entah kenapa perasaannya tidak selesa apabila Hud merenungnya begitu. Seperti mengumpul benci yang dia tidak tahu sebab apa.

"Kalau ikutkan hati aku, aku nak lepaskan tangan kau sekarang ini."

"Hud, bukan saya yang laporkan awak pada Cikgu Nasir. Percayalah.  Ahmad yang perangkap awak. "

Hud tersenyum sinis.

"Terima kasih! " Hud terus melepaskan tangan Eqa sehingga terduduk Eqa di lantai. Air mata yang ditahan-tahan sejak tadi akhirnya mengalir. Pantas dia berdiri berhadapan dengan Hud. Dia tidak salah jadi dia tidak perlu takut.

"Kenapa kau buat aku macam ini?  Kau siapa sebenarnya?  "Hud menolak bahu Eqa kasar.

"Hud!  Saya tak tahu hendak jelaskan macam mana lagi dekat awak. Bukan saya yang perangkap awak tapi Ahmad. Percayalah. Is pun tahu soal hal ini. "

"Aku percayakan kau Eqa. Bodoh selama ini aku terpedaya dengan muka suci kau ini. Tergamak kau buat aku macam ini. Sebab kau aku tak dapat jumpa ayah aku buat kali terakhir. "

Apa maksud Hud?  Kenapa dengan ayahnya?

"Kenapa dengan ayah awak? "

Hud pantas meragut kolar baju Eqa.  Matanya merenung ke dalam mata Eqa tajam. "Ayah aku mati waktu aku dalam tahanan polis. Aku tak dapat jumpa dia buat kali terakhir semuanya berpunca dari kau!  Puaslah kau dapat musnahkan hidup aku macam ini. "

Jembalang Pun Jatuh Cinta!!!Where stories live. Discover now