Bab 23

54 3 0
                                    

Hud menekan suis untuk menerangi ruang tamu rumahnya yang gelap gelita. Eqa masih lagi terpacak di luar rumah. Takut dia hendak menjejakkan kaki ke dalam memandangkan hanya mereka berdua lagi di dalam rumah.

Mungkin sekali dia boleh terlepas tetapi rasanya tidak kali ini. Dia yakin pasti akan ada yang...

"Hah, baru balik cucu bertuah nenek ni."Sapa Nek Ma yang terkulat-kulat baru bangun di ruang tamu.

Hud segera datang lalu mengucup dahi yang berkedut dimamah usia itu.

"Kamu dari mana basah-basah macam ini. Hah, ini anak dara mana kamu bawa balik ni. "Bebel Nek Ma.

Eqa melangkah masuk ke dalam rumah apabila mendengar suara seorang perempuan tua yang sedang memarahi Hud. Lega sedikit hatinya apabila ada orang lain. Risau dia apabila berduaan dengan Hud seperti tempoh hari.

"Ini isteri Hudlah. "Gurau Hud seraya memandang Eqa.

Eqa membesarkan matanya memandang Hud. Ish, memandai aja.  Kata Eqa di dalam hati.

Nek Ma memandang Eqa kemudian dia memukul lengan cucunya kuat.

"Ish, apa kamu merepek ni. Jangan dilayan perangai Hud ni Eqa. Masuklah dulu. Lah, kenapa kamu berdua ni basah lencun. Main hujan ke? " tangan tua Nek Ma mengusap lembut tangan Eqa.

Eqa segan lalu menganggukkan kepala.

"Main hujan?  Ish, kalau demam macam mana. "Lengan Hud menjadi mangsa pukulan Nek Ma lagi. Kalau dibiar mahu lebam.

"Adoi Nek Ma. "Hud menggosok lengannya yang memerah kesan pukulan Nek Ma yang masih berbisa sama seperti dulu. "Percaya sangat cakap Eqa ni. Dia kena tolak dengan kawan Julia tadi dalam pool. Hud selamatkan dia. "

"Masya Allah. Kenapa jadi macam tu?  Habis kamu tak apa-apa ke sayang?  Ish, ada luka dekat mana-mana tak? "Nek Ma membelek badan Eqa mencari kut kut ada kesan lebam ataupun luka.

Eqa menggeleng. "Eqa okay, Nek Ma.  Jangan risau. "Balas Eqa lembut.

Hud merengus kasar sambil menguak rambutnya ke belakang.

"Huh,  biasalah Nek Ma. Eqa ni baik hati sangat. Sampai orang tolak dia pun dia diam saja. Ish, geramlah Hud. "Luah Hud tidak puas hati.

Nek Ma dan Eqa memandang Hud yang sedang membebel sendirian itu.  Kemudian mereka berdua ketawa kecil.

"Kenapa Nek Ma ketawa?  Betulkan apa yang Hud cakap ni. " Tanya Hud pelik apabila Nek Ma ketawa apabila dia mengatakan hal Yang benar itu.

"Memang betul tapi bagi Nek Ma mungkin Eqa ni tak nak burukkan keadaan. Lagipun dia tak ada apa-apa." Nek Ma menyebelahi Eqa.

Eqa mengangguk bersetuju dengan kata-kata Nek Ma itu. Entah,  hendak kecoh-kecoh buat apa. Bisik Eqa geram apabila Hud masih lagi mempertikaikan apa yang dia lakukan.

"Huh, apa-apalah you guys ni. Dahlah Hud nak naik atas mandi kemudian solat. Eqa pergilah tukar baju dekat dalam bilik kau. "

Bilik aku?  Aku ada bilik ke dekat rumah Hud ini. Lain macam saja bunyinya. Aku baru sahaja sekali ke sini. Sudah diberikan bilik?

"Hah? " Tanya Eqa pura-pura tidak dengar.

"Aik?  Macam tak biasa. "Hud terus meninggalkan ruang tamu yang penuh dengan tanya-tanya Nek Ma.  Dia kemudian memandang Eqa dari kepala sehingga ke hujung kaki. Satu kenyitan diberikan kepada Eqa sebelum masuk ke dalam bilik.

Dah buang tabiat jembalang ni!

"Eqa... " panggil Nek Ma lembut.

"Erm, Nek Ma. Eqa pergi salin baju dulu, ya. " Eqa terus pamit masuk ke dalam bilik yang dimaksudkan Hud. Tidak mahu Nek Ma bertanyakan soalan yang sudah bermain di kepalanya.

Jembalang Pun Jatuh Cinta!!!Where stories live. Discover now