Bab 7

63 3 0
                                    

Mariah menyenduk nasi goreng ke dalam pinggan Hud begitu juga dengan anak terunanya, Jefri. Pagi-pagi lagi anak-anak lelakinya sudah memintanya untuk menyediakan sarapan. Katanya sudah lama tidak merasa air tangannya.

"Minumlah Hud. "Kata Mariah kepada Hud yang baru sahaja melabuhkan punggungnya di meja makan.

Hud mengangguk lalu melemparkan senyuman.

Kelihatan Jefri sedang sibuk dengan telefon pintarnya. Wajahnya sesekejap berkerut kemudian kembali seperti biasa. Jari jemarinya pula lincah menekan sesuatu di skrin seperti sedang menaip sesuatu.

Mariah melihat anak lelakinya kemudian menggelengkan kepala.

"Makan dululah Hud. Tunggu abang kamu sampai ke sudah kita tak makan-makan. "

Hud mengangguk sambil menyudu sesuap nasi goreng ke dalam mulutnya.

"Bila abang berangkat ke London? "

"Malam ini pukul 9 malam. Mummy minta maaf susahkan Hud untuk uruskan syarikat sementara abang dekat sana. "

"Tak apa mummy. Hud boleh uruskan syarikat mummy dengan baik sementara tunggu abang balik. Mummy jangan risau ya. "

"Hud banyak tolong mummy dengan abang dari dulu. Jasa Hud tak mampu mummy nak balas. "

Hud melemparkan senyuman sambil mengusap lembut tangan ibu tirinya itu. "Mummy saja keluarga yang Hud ada sekarang. Kita sama-sama uruskan syarikat ya. "

Mariah mengangguk.

Jefri memandang Hud kemudian ibunya. Matanya kemudian dialihkan pada telefon bimbitnya semula. Sesekali dia mencatat sesuatu di buku catatan di sebelahnya.

"Abang dahlah tu.Jomlah makan karang Hud habiskan nasi goreng yang mummy buat ni baru tahu."

Jefri mengangkat kepalanya apabila Hud menegur.

"Makanlah Hud.Abang dah puas makan nasi goreng yang mummy buat ni.Lagipun Hud lagi kesian sebab dah tak dapat nak merasa nasi goreng yang mummy buat lagi."

Giliran Hud pula mengerutkan keningnya.Apa maksud abangnya?

"Mummy ikut abang pergi London." Mariah menjawab terlebih dahulu sebelum sempat Hud bertanya.

"Lah, bukan abang pergi dengan Pak Mansur?"

Mariah menggelengkan kepala."Not for this time dear.Kali ini mummy kena uruskan semuanya dekat London dengan abang.But don't worry sebab mummy akan sentiasa call Hud untuk tahu perkembangan syarikat dekat sini."

"Kalau Hud ikut sekali? " Hud memandang Jefri.

Mariah tersenyum nipis.

"Eqa will guide you okay. Don't worry about us in London. "

Eqa?  Bukan gadis itu yang dia mahukan tetapi keluarganya. Apa guna dia pulang ke Malaysia kalau dia masih berseorangan. Disuruh pulang ke Malaysia fikirnya dia sudah tiada lagi kesunyian kerana ada keluarga di sisi rupanya masih sama saja. Tiga bulan bukan tempoh waktu yang singkat. Terlalu lama.

"Hud... "Mariah pula mengusap tangan anak lelakinya. "Hud tahukan kenapa mummy dengan abang terpaksa pergi London. Trust me,  sekejap saja kami dekat sana. Balik nanti kita boleh holiday sama-sama."

Jefri meletakkan telefon bimbitnya.  Buku catatan yang ditulis tadi diberikan kepada Hud.

"Semua details abang dah tulis dalam buku tu. Kau boleh refer apa-apa yang kau tak faham pada Eqa. "

Hud membuka buku catatan itu kemudian memandang Mariah. Dia tertunduk lemah. Di usia yang muda begini dia sudah memikul beban menguruskan syarikat yang besar. Malah dia langsung tiada pengalaman untuk ini. Hanya sekadar berpandukan buku catatan dan orang-orang sekeliling.

Jembalang Pun Jatuh Cinta!!!Where stories live. Discover now