Bab 4

68 3 0
                                    

Gambar-gambar sewaktu hari sukan sekolah diselongkar oleh Eqa. Album kecil itu dikeluarkan dari kotak. Ah...cummm.... Eqa bersin perlahan. Hidungnya kemudian digosok ganas.

Dengan rakus dia menyelak helaian demi helaian gambar di dalam album itu. Banyak gambar dia dan kekawan yang dia sudah tidak ingat nama mereka. Dia mahu mencari gambarnya bersama dengan Hud di waktu sekolah dulu. Dia yakin lelaki petang tadi yang hampir melanggarnya adalah Hud.

"Mana ni... "Runggut Eqa apabila gambar yang dicari tidak jumpa.

Halaman yang terakhir hampir membuat Eqa berputus asa tetapi matanya terbuntang besar apabila melihat gambar itu. Yes!!!

"Memang kau Hud. Kenapa kau tak kenal aku? " kata Eqa kesal.

Dia akan memberitahu Iskandar soal hal ini. Dia yakin lelaki itu adalah Hud. Yup, dia Zulfa Salehuddin. Si jembalang samseng.

"EHEM,! "Jefri berdehem kecil apabila Eqa melangkah masuk ke dalam lif. Seperti biasa gadis itu sentiasa melemparkan senyuman kepadanya. Segak Eqa memakai blazer biru lembut dipadankan dengan selendang satin berwarna putih gading.

"Assalamualaikum Bos Kacak. " kata Eqa memulakan perbualan.

"Ish awak ni Eqa. Selalu sangat panggil saya Bos kacak. Naik segan saya dengan semua staff. " balas Jefri kembali.

Eqa menoleh ke arah Jefri.

"Dah memang bos memang kacak. Sesuailah tu. "

"Apa-apalah Eqa. Ni nanti dah sampai ofis saya nak jumpa awak dalam bilik saya. Ada hal penting saya hendak beritahu awak sebelum saya beritahu pada staff yang lain. "

Eqa mengerutkan keningnya.

"Hal penting?  Cakap sekarang tak boleh? " Eqa sempat mengerling no lif di atas. Masih berbaki lima tingkat jika mahu sampai ke ofisnya.

Jefri menggelengkan kepala.

"Hal yang formal rasanya tak sesuai cakap dekat sini. Melainkan hal 'kita'. "

Eqa tersenyum lebar.

Hal itu tidak perlulah cakap di dalam ofis. Aduhai, bos kacak ni malulah kiterr... Bisik hati Eqa gatal.

Tiba di dalam ofis Eqa segera ke tempatnya untuk meletak tas tangannya. Huda yang baru keluar dari pantri mendekati kawan baiknya itu.

"Hoi cik minah baru sampai. Bos Kacak pun dah sampai lama tau. " bohong Huda sambil menghirup milo panas.

Eqa menjeling Huda.

"Dah lama sampai apanya. Aku dengan dia sama-sama naik dekat atas ni, hah. " balas Eqa sambil menyilang tangan pada Huda.

Huda mengaru kepalanya yang tidak gatal.

"Eh, ya ke?  Baru nak takutkan kau. By the way Faizul cari kau tadi. "

Berubah wajah Eqa apabila mendengar Huda menyebut nama Faizul. Matanya berlegar sekeliling ofis mencari bayang lelaki itu. Fuh, tiada.

"Dia nak apa?" Tanya Eqa kepada Huda.

Huda menjongketkan bahu.

"Entah, dia datang meja kau tapi tak bawa apa-apa fail pula. Aku ingat dia hendak bincang apa-apa dekat kau pasal projek yang kau dengan dia terlibat tu. "

Eqa mengangguk.

Tak apa,  biar dia yang mencari Faizul nanti.

Bunyi interkom yang mengarahkannya untuk masuk ke dalam buat Eqa terkejut. Lantas dia menoleh ke belakang memandang Jefri yang mengarahkannya untuk masuk.

Tombol pintu dipusing sebelum dia menyumbat diri di dalam bilik yang luas itu. Set sofa yang berwarna merah hati itu menjadi tempat duduknya Eqa dan Jefri untuk membicangkan sesuatu.

"Ya, bos kacak ada apa-apa hal penting ke nak maklumkan pada saya?" Tanya Eqa dengan buku nota sudah siap di tangannya.

Jefri menghela nafas berat sambil memandang Eqa. Keputusan ini dia sudah buat berbulan lamanya akhirnya dia akur pada arahan mummynya.

"Esok, adik saya akan mula bekerja di sini. "

Eqa mengangguk.

Kalau setakat itu dia tiada masalah. Tapi, jujur dia sudah bekerja di sini hampir tiga tahun langsung tidak pernah melihat adik kepada bosnya ini. Entah lelaki atau perempuan dia sendiri tidak tahu. Yang dia tahu bosnya ini mempunyai adik.

"Saya tak ada masalah soal itu. Adik bos.... "

"Dia akan gantikan tempat saya sementara saya pergi London untuk tiga bulan. Dia akan jadi bos awak untuk sementara, Eqa. " potong Jefri.

Eqa terkedu.

Tiga bulan?  Biar betul.

"Tapi..... kenapa baru sekarang bos kacak beritahu saya. I mean yeah.. " Eqa tidak tahu hendak menyusun ayatnya bagaimana. Dia tidak mahu Jefri pergi ke London. Itu saja yang dia mahu katalan.

"Saya tahu keputusan ini terburu-buru tapi saya perlukan bantuan awak, Eqa untuk bantu adik saya. Dia masih baru dan tiada pengalaman. "

Eqa mengigit bibirnya.

"I know you can do this. He is fast learner. "Kata Jefri penuh mengharap.

He?  Lelakilah maksudnya adik bos kacak ini?  Aduhai,

"I will try. But kalau apa-apa keputusan urgent nak dibuat saya perlu refer bos kacak atau dia? "

"Sepanjang tiga bulan saya dah serahkan semua pada dia termasuk projek besar yang saya uruskan. Segala keputusan saya serahkan pada dia. "

Jatuh bahu Eqa.

Tiga tahun dia bekerja dengan Jefri lelaki itu mudah dan senang bekerjasama. Tetapi, dia tidak tahu adik lelaki itu bagaimana orangnya. Adakah sama seperti Jefri atau tidak.

"Anything bother your mind, Eqa? "

Eqa memandang Jefri kemudian dia menggeleng kepala.

"No, I'm just surprised by this hasty decision. I hope he's like you. "

Jefri melemparkan senyuman manisnya pada Eqa.

"Anything you can call me anytime dear. I will hear you. " Jefri memegang tangan Eqa sekejap.

Eqa mengangguk.

"Lama sangat you pergi, Jeff. " kata Eqa dengan nada sedih.

"Just for three months dear. Pejam celik I dah balik. "

"Lamanya... "

Jefri sekadar melemparkan senyuman nipis. "Jangan dah kerja dengan adik I you dah lupa dengan I. " usik Jefri.

Eqa membesarkan matanya. "Eh,  mana adalah. You tetap bos kacak I forever. "

"Of course, dear. Hurm,  I tengah tertunggu-tunggu nak dengar you panggil adik I apa sebab dia jauh lagi kacak dari I. Hope you jangan bagi tittle I dekat dia sudahlah. "

Eqa ketawa mendengar kata-kata Jefri.

"Why not if he's more handsome than you. "

"Faeqah Aulia... " Jefri menyebut nama penuh Eqa kerana geram.

Eqa ketawa melihat reaksi bosnya itu.

Jembalang Pun Jatuh Cinta!!!Where stories live. Discover now