Bab 1

220 2 0
                                    

"Jembalang Samseng! " jerit Eqa geram apabila sekumpulan lelaki itu masih tidak masuk ke dalam pekarangan sekolah walaupun loceng sudah berbunyi.

Hud memandang ke arah seorang pengawas perempuan yang sedang bercekak pinggang memandang ke arahnya. Putung rokok dijentik sebelum menghembus asap terakhirnya. Dia kemudian berjalan ke arah pintu masuk sekolah bersama kengkawannya yang lain.

Gadis yang bertubuh kecil itu direnung tajam. Serasanya dia tidak pernah melihat wajah ini sebelum ini. Pelajar barukah?  Nama di tag nama dibaca. Faeqah Aulia. Oh, budak barulah ni.

"Satu, dua, tiga..... Empat... " Eqa sibuk mengira sekumpulan lelaki itu untuk dicatat di dalam buku rekod pengawasnya.

"Kau tahu ke nama aku? "

"Zulfa Sallehuddin. "jawab Eqa selamba sambil jari-jemarinya lincah menulis nama lelaki itu. Dia tahu pun dari tag nama yang ada di beg galas lelaki itu. Orang pakai tag nama di baju seragam sekolah ini dipakai di beg pula.

Hud menjongketkan keningnya. "Erm,  baguslah dah tahu nama aku. Ingat sampai bila-bila. " bisik Hud.

Tak kuasa aku!  Bisik Eqa di dalam hati.

"Nama aku pula kau tahu ke? " tanya salah seorang dari sekumpulan lelaki itu.

Fuh!  Eqa meniup tudung sekolahnya  sebelum mengangkat kepala memandang lelaki yang berada dekat dengannya itu. "Aku tulis nama dia pun dah cukup. Tunggulah waktu rehat Cikgu Nasir panggil kau dan kau. " Eqa menunding jari ke arah lelaki yang bercakap dengannya sebentar tadi.

Iskandar menjeling Eqa. Tidak suka ditunding jari begitu. Huh, tunggu kau!

Bau rokok  menusuk ke dalam rongga hidungnya.  Wuekk!  Hendak termuntah baunya. Sangat kelat sehingga Eqa terpaksa menapak ke belakang. Tapi, mujur Hud sempat menarik tubuh Eqa dari termasuk ke dalam longkang kecil. Berdegup kencang jantungnya dek kerana terkejut. Lebih terkejut apabila berada dekat begini dengan Hud.

"Hati-hati. Nanti bau kau lagi busuk dari bau asap rokok aku. "Bisik Hud sebelum melepaskan tubuh Eqa.

Terjatuh Eqa apabila Hud melepaskan tubuhnya begitu. Apa guna lelaki itu menariknya tadi kalau mahu dilepaskan begini. Ergh, habis kotor baju sekolahnya. Baunya pula... Wuek!  Kali ini benar-benar Eqa termuntah. Bukan disebabkan bau rokok tetapi bau dari badannya.

"Euw!  "Ejek sekumpulan lelaki itu.

Eqa memandang Hud. Lelaki itu hanya beriak selamba saja seperti tidak membuat salah. Geram pula Eqa melihat wajah itu.

"Aku akan pastikan Cikgu Nasir hukum kau. " kata Eqa geram sebelum beredar dari situ.

"Kalau kau tak nak air longkang ni aku simbah dekat beg sekolah kau pula beritahulah Cikgu Nasir. Jumpa kau waktu rehat nanti Faeqah! " ucap Hud sebelum melintasi Eqa yang berdiri tegak mendengar ugutan Hud itu.

Iskandar tersenyum sinis kepada Eqa.

Eqa melihat Hud dari belakang. Siapa lelaki ini?  Dua bulan dia sudah bersekolah di sini tetapi kenapa baru hari ini dia melihat lelaki ini. Kena benarlah panggilannya tadi. Memang semua perangai jembalang. 'Jembalang Samseng' puihhh!!!

EQA menghembus nafas berat apabila melihat jadual di tangannya.  Dalam banyak-banyak tempat kenapa dia harus menjaga blok bangunan lama itu. Lagipula buat apa hendak berjaga di situ macamlah ada sesiapa yang berani ke sana.

Lemah kaki Eqa berjalan ke arah bangunan lama di belakang sekolah itu. Bangunan itu sudah tidak lagi digunakan sejak bangunan baru di hadapan sudah siap terbina. Dia pun tidak tahu cerita yang sebenar.  Hanya mendengar cerita dari kawan-kawan sekelasnya saja. Bangunan lama itu seperti ada 'penunggu'.

Jembalang Pun Jatuh Cinta!!!Where stories live. Discover now